Assalamualaikum
Da Jia Hao ❤️
Musim cuti sekolah kalini kita tak ambil cuti
Ambil peluang hantar kakak Anis tuisyen Mathematic
Dia kan stay di asrama
Jadi nya time cuti ni la peluang nak bantu dia subject math
Kalau nak suruh mama yang ajar
Minta maaf sangat
Mama dah lupa formula
Maka lepas tuisyen baru kita jenjalan
Tak plan pun
Balik kerja hari Rabu
Kita suruh anak-anak bersiap
Teringin nak makan Capati
Tapi kalini Makan Capati jauh sikit
Keluar rumah 6.30 petang
Tuju ke Kuala Perlis dulu
Sampai Kuala Perlis berkumandang azan Maghrib
Kita selesaikan yang wajib dulu
Kat Kuala Perlis tak rilex okeh
Punya la ramai manusia
Memang nak hadap jem tu berejam jugak
Inciksuami cakap kita parking la area lapang ni
Pastu jalan kaki ke Masjid betul² dekat dengan jeti Kuala Perlis
Masjid ni memang jadi tumpuan orang ramai untuk ke Pulau Langkawi
Luas dan cantik kawasannya
Ni kawasan untuk ke pintu utama Masjid
Sementara tunggu anak data solat
Eqin snap je ruang dalam masjid
MasyaAllah cantik sangat design dalaman
Lepas selesaikan yang wajib
Kami lepak di dataran Kuala Perlis
Layan anak-anak main belon bulih sabun
Layan jugak Busking
Dalam 9.30 malam
Kami gerak ke Arau
Kat sini ada pelbagai pilihan makanan juga
Bukan hanya Capati
Ada western dan goreng-goreng
Tujuan utama nak makan Capati
Alhamdulillah puas hati
Sedap dan lembut
Pilihan kuah yang ada kari daging,kambing dan sardin
Eqin order Capati+Kari daging
Inciksuami - Nasi goreng daging kunyit
Anis - mee goreng
Aenida - Mushroom soup
Aisy - Cheezy wedges
Lokasi:
Capati Tok Abah
Sebelah Mc Donald's Arau, Perlis
Tutup setiap Isnin
Buka: 5.00 pm-12.30 am
Sekian.
😀
No comments:
Post a Comment