Thursday, November 23, 2023

:::Jika ada disenangi, Jika jauh dirindui:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa,

Dua tiga harini perasaan cikpuanqin abnormal,
Tidak seperti selalu,
Terasa resah gelisah.

Ingat lagi seseorang pernah ajar cikpuaneqin berdoa 
" Ya Allah jauhkan kami dari  perasaan resah, gelisah dan dukacita"
Aminn3x

Sebenarnya lebih kepada merindui dan mengingati seseorang dulu yang pernah baik kepada cikpuaneqin dan anak2.
Tidak pernah berkira wang ringgit
Tidak pernah berkira tenaga tulang empat kerat
Tidak pernah berkira tentang apa sahaja permintaan dan bantuan

Buat dulu apa sahaja yang disebut tak pernah merungut letih dan penat.
Allahu sungguh banyak kebaikan yang beliau buat untuk saya dan keluarga saya.
Setiap hari tanpa gagal akan belikan segala keperluan untuk senangkan hati saya dan anak2
Setiap hari akan bayarkan apa yang saya capai, tanpa minta pulangan atau gantian
Tidak pernah saya jumpa orang sebaik beliau. Tidak kaya tetapi ada.


Betul orang kata jadilah,

Ketiadaan dicari, Kehadiran dinanti,
Kepergiaan dirindui, Kematian ditangisi,
Dan kebaikan diteladani kerana
Sebaik2 manusia adalah yang memberi
Manfaat kepada semua,

Allahuakbar...
Jika beliau masih hidup, semoga Allah pelihara beliau dan memberi keberkatan dan keredhaan kepadanya dan keluarganya.
Jika beliau telah meninggal dunia, sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH buatnya dan Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 nya dan memberi pahala dari setiap apa kebaikan yang beliau pernah buat pada kami dahulu.

Sesungguhnya aku menjadi saksi engkau seorang yang baik.

Love as alwaysđź’š

No comments:

Post a Comment