Monday, October 6, 2025

:::Padprik Belut:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sapa kat sini suka makan belut.
Dalam rumah ni semua orang suka belut.
Jarang nak beli sebab jarang jumpa
Harga pun boleh tahan ya
Rm40/kg
Ni kebetulan jumpa di pasar pagi
Eqin pandai masak dan makan sahaja
Bab bersiang tu minta maaf ya

Padprik belut cooked by me..Tadaaaa


Cukup lengkap bahan tu yang sedap rasanya
Capsicum suka suki buat tambahan
Yang penting kunyit,cili,serai,daun limau
Haihh.. teringat² pula kesedaran tu😆

Saturday, October 4, 2025

:::Grand Shooting:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Berpagian di SMK Agama Kedah (SMAKAK)
Temankan anak dara kecik ke

Grand Shooting 
Badan Sukan Beruniform
Persatuan Memanah Tradisional
Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan -Zon Utara

Kali ke-5 Aenida Ezreen terlibat dengan pertandingan Memanah dan harini rezeki dapat tempat ke 12/42 untuk kategori bawah 12tahun- Perempuan


Anak dara ni badan je kecil
Semangat besar
Posing dulu sebelum buat pendaftaran untuk dapatkan nombor badan


No badan 106 (1A)
Sementara tunggu ustaz bagi taklimat ringkas
Snap suasana di Padang
Kalini eqin dah bawa kerusi healing sendiri
Aenida parking Bow and Arrow 


Senyum n semangattt!!


Aenida paling hujung  tepi tali tu.
Ready untuk shoot.


Giliran shoot
A partner dengan B
C partner dengan D
E partner dengan F

Aenida duduk atas pangku mama dulu sementara C,D,E,F shoot

Wajib pakai sunscreen n ada payung tauu.
Menunggu di tengah padang
Ya ampun dia punya panas tuu


Selesai semua ya
dari jam 7.20am di SMKAK sampai habis Majlis penutup 3.30pm.
Semua anak2 Berjaya habiskan panahan.

Moga Aenida Akan dapat top-10 lepas Ni dan Moga sentiasa mencintai sukan sunnah ❤️

:::Visit Anis di Maktab:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Minggu ni Kak Anis tak boleh pulang bermalam (PB)
Hanya boleh outing dan melawat sahaja
Kakak Anis cakap dia taknak keluar outing sebab tak iron baju batik dan dia tak sempat minta warder sign buku keluar maktab.

Wajib lah ambil gambar kan
Sebagai kenang-kenangan dengan budak asrama


Kakak Anis cakap rindu sangat 
2minggu dah tak tengok mama
Nama je anak sulung
Tapi manja kalah adik²
Hati lembut
Selalu menangis sebab kesiankan mama dan ayah..Sebab mama ni selalu.mengusik..haha


Punya seronok makan sambil bercerita perihal asrama, classmate, homeroom
Tudung senget pun abaikan


Moga baik² buat Kak Anis
Lagi 2 minggu dah nak exam
Kena usaha lebih tau
Study smart🤓 

Friday, October 3, 2025

:::Jumaat Baraqah:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Salam Jumaat Baraqah
Rutinku di hari cuti
Pagi-pagi dah hantar Aenida ke tuisyen bedah soalan UPKK subjek Bahasa Arab
Walaupun Aenida tahun 4 mama memang paksa dia join ustaz buat kelas sebab

"ilmu itu mendatangi bukan didatangi"

Oleh itu kejar lah ilmu anakku2.


Kat sini Aenida je darjah 4
Kakak-kakak tu dah darjah 5 nak exam UPKK tahun ni


Sementara tunggu Aenida habis kelas
Mama balik dulu
Bagi makan ternakan
Ayam-ayamku, Itik, Angsa
Tengok lah Angsa ni dengar kata tau
Kita baru ketuk periuk nak bagi nasi
Diorang dah berbaris nak balik Makan
Hihi


Pencapaian workout harini
Dapat sejam tapi lencun tauu
Puas hati sebab bila makan tu tak la rasa bersalah sangat.hahaha


Ok jom siap-siap nak pergi Maktab kak Anis
Melawat budak yang taknak outing❤️

Thursday, October 2, 2025

::: Breaking News:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao 

Berita duka buat seluruh Rakyat Dunia

Mama pinjam status Kakak Anis

Allahuakhbar (3x)



Semoga dipermudahkan segala urusan 

Semoga Allah sentiasa mendengar doa2 kita 

‎حسْبُنَا اللّٰہُ وَنِعْمَ الْوَكِیلُ....

Hasbunallahuwani'malwakeel..

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik baik pelindung .. semoga dipermudahkan segalaNya ..Aminnn ya rabb



:::Nasi Dagang,Ikan tongkol:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Pepatah ada mengatakan

"Kenyang perut senang hati"🤪

Setujukah???


Total damage harini.

Nasi Dagang + Ikan tongkol +Solok lada + Ulam + Sambal + Ais kosong (RM9.50)

Nasi tu banyak tau.. Alhamdulillah rezeki harini..

:::Daily Review Meeting:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Setiap pagi sebelum mula kerja
Haruslah kena berkumpul dulu untuk
 Daily Review Meeting (DRM)

Dah menjadi rutin pun
Mulakan DRM dengan doa
Seterusnya saling berpesan-pesanan
Selalunya yang diulang-ulang 
adalah berkenaan keselamatan 
"Safety First"


Jam 10.00 pagi
Eqin ada meeting di
 Pejabat Daerah Padang Terap
Untuk Program Sriwangsa Motorcross Member Siri 4.0



Sekitar di bilik mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan DO


Antara agensi yang terlibat:

PDRM- Menjaga lalulintas
Kastam/Imegresen- Kawalan keluar masuk pintu sempadan Kota Putra- melibatkan peserta dari luar negara.
Pej Kesihatan - Fogging kawasan terlibat
SADA- Sediakan bekalan air yang mencukupi
JPAM/BOMBA- sediakan ambulance 
TNB- standby bekalan elektrik




Program Sriwangsa Motorcross Member Siri 4.0

Tarikh : 22&23/11/2025
Masa : 8pagi - 6.30petang
Tempat: Trek Sriwangsa,Padang Sanai
Padang Terap,Kedah,Malaysia
Di Rasmikan Oleh : YAB Dato'Seri Muhammad Sanusi Md Nor 
Menteri Besar Kedah

Ayuhh datang beramai-ramai🎈

Wednesday, October 1, 2025

:::Laksam in da morning:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa💙💚💛

Mulakan pagi dengan senyuman.

Untuk menjadi wanita yang Positif, Kuat, Cekal, Hebat, Berjaya
Kita haruslah menjaga mental dan fizikal.
Gembirakan diri sendiri baru kamu,kamu dan kamu!!

Sarapan Laksam pagini.
Dalam piring tu tambahan sambal sotong kering.



Ayuh kerja sahabat Blogger!!

GA Me Cari Sahabat Akhirat 2.0

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa💜💛💚

Baru nak join GA Kak Notie
Moga ada rezeki yang ke - 10 hihihi



 Syarat-syaratnya adalah seperti berikut. Tak susah lah kalau nak join.

1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadiah lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.

4. Pemenang GA Mencari Saham Akhirat 1.0 di kecualikan daripada join. Tujuannya supaya lain orang boleh dapat juga. 


Zasss...siappp