Tuesday, February 18, 2025

:::Meeting Annual Operation Plan @Langkawi:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

11-14 Feb 2025

Meeting AOP for collection di Pulau Langkawi
Bukanlah cikpuaneqin nak story pasal meeting cuma kat sini 
Nak share moment indah kami geng gegurl di Langkawi

Dapat tau kena pergi meeting pada 10/2/2025 
Masa tu dalam perjalanan pulang dari KL ke Kedah
Pick up anak-anak yang dah hampir 2 minggu menghabiskan cuti persekolahan mereka
Maklumlah kampung anak-anak di KL
Kira cuti sekolah balik kampung jumpa opah dan atok

Masa dalam kereta dah sampai Taiping boss whatsapp
"Eqin nanti pergi meeting AOP kat Langkawi"
"Boleh isi outstation form dan cari tiket ferry"

Jenis adhock macam ni mencabar jugak la
so disebabkan masih cuti sekolah
Mama bawa anak-anak gegurl sekali teman mama di Langkawi
So time mama meeting diorang terpaksa stay kat hotel
Bila mama habis meeting baru kitorang jalan-jalan cari makan hihihi

Jom scroll gambar 

Aenida Ezreen with m&m

Sini pun dia posing suh mama amik kan gambar

Hello at Datarang Lang
Yang geramnya suruh kakak anis amik gambar tapi tak nampak kepala Lang tuu

Hari terakhir mesti la borong chocolate untuk team opis
Takde la beria nak beli chocolate mahal kot

Ni beli sebab comel
Anak-anak punya ni 
Mama sebiji pun tak makan

Aenida at Pantai Cenang tengok Fire Show

Anis pun kita kasi happy sebelum dia home sick nak masuk asrama esok hahaha

Order fish n Chip at Pantai Cenang memang sedapp la harga 

Mama nak makan mee goreng seafood je

Ehem2 mama posing dulu ngan gegurl sebelum makanan sampaii

Ni sampai kat Pantai Cenang dalam pukul 7 malam da
Manusia penuh di sepanjang pantai
Memang ramaiii la dorang record sunset kot


Seee...at Pantai Cenang

Saja la beli gelang nak maching2 dengan Kakak Anis at Haji Ismail Group HIG
Cuba teka...ni buah apaa

Still pilihh keychain nak bagi hadian kat Kawan-kawan kelas


Kat Pasar Malam Kuah...Tengah tunggu order makan xsampai-sampai lagiii alahai

Muka xready nak amik gambar..hahaha

Ni kira percutian sambil menyelam minum air
Anak-anak happy sangat
Mau tak happy
Paw mama sampai licinnn hahaha

:::1st Day of school 2025/2026:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hari Pertama sekolah bagi sesi persekolahan 2025/2026

Alhamdulillah

Syukur masih diberi peluang menguruskan persiapan buat anak-anak

 
Anis Nuraisha - Tingkatan 1
Adyna Summayyah - Tahun 6
Aenida Ezreen - Tahun 4
Aisy Fatih - 2 Tahun

Adyna Summayah

Aenida Ezreen

Kakak Anis masih belum ada gambar

Alhamdulillah berkat usaha dan tunjuk ajar guru-guru
Kakak Anis mendapat tempat di

MRSM Pendang
SBP Kubang Pasu
Dan SekHar Dato' Syed Ahmad

Kakak Anis akan lapor diri di MRSM Pendang, Kedah pada 19.02.2025




Monday, December 30, 2024

:::Terjun Bendang:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Mesti ada yang rindukan cikpuaneqin kan..haha
sorry la perasan kejap
act suka baca komen2 kawan2 blogger mencari2 mana update baru dari cikpuaneqin
actually kita ni tersangat lah sibuk semenjak dua menjak ni
sibuk dengan kerja, dengan tugasan adhock yang tak pernah putus

okes panjang dah tu pendahuluan,

Act nak story about my daughter main bendang
masa cuti Hari Christmas 25 December 2024
Cikpuaneqin bawa anak-anak balik Kampung Ketol, Tunjang Kedah

Sebabkan kita sendiri dulu tak pernah merasa suasana main bendang
kita cuba cipta memori untuk anak-anak ingat bila mereka dewasa kelak

Adyna Summayyah dan Aenida Ezreen
asalnya kasut enida lekat dalam tanah lembik kat bendang tu
katanya nampak ikan banyak so dia cuba nak tangkap ikan sekali bila dah terjun bendang
kaki enida sangkut dalam tanah lumpur
okay maka bermula lah cerita seperti gambar dibawah :


kakak summayyah bawa aenida naik atv

tiba-tiba kasut jatuh dalam bendang

nampak dah dalam tanah bendang tu ada kesan tapak kaki

masing-masing kena tolak siapa jatuh dulu dia kalah


enida dah kalah kena tolak dengan kakak


siap meniarap dah 

satu badan dah kena lumpur
Ya Allah anakku dah tak de rupa orang dah ni haha

boleh dia buat lumpur mcm facial wash
siap berbual
best kan dorang ni takde masalah



hampir sejam main bendang
mama ajak balik
maka jom lah kita pulang 

Kalau mama ni boleh jadi kanak2 alik, teringin juga nak main macam diorang
jiwa anak-anakku jiwa orang kampung
insyallah suatu hari nanti akan menjadi insan hebat

Happy tauu
cekedouuttt...



Friday, December 13, 2024

::: Welcome Izz Danial:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Welcome Izz Danial 🩷 
Memperkenalkan my latest niece
Mungkin 2025 ada lagi new niece 



Handsome kan 
So now shafiqah da jadi
Mother's of two 

Sara Eryna 
Izz Danial 

Jadi Anak soleh n solehah ya
Mama love you all



:::Happy Belated Birthday Aisy Fatih:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Happy Belated Birthday Aisy Fatih 
2 years old already 

Jom spam gambar celebrate birthday my baby


Say cheese 
Sampai ke sudah taknak pendang camera

Bila makanan sampai mama xsempat da nak ambil gambar
Sibuk melayan kanak2 Ribena


With aunty Yaya baby Izz Danial n Sara Eryna ❤️ 

 Baby izz 1st day out at Mytown 



My town, KL

Dia pilih menu, Kita yang paying
Best kan
Happy birthday baby

Waaa cepat nya my baby membesar

Jadi big boy yang credik pandai ya
Moga menjadi anak yang soleh
Mama sentiasa doakan Aisy Fatih dalam setiap sujud mama

Celebrate birthday kat
  Nando's, Mytown
Bersama aunty Yaya yang baru habis pantang

Sekian tatapan di hari tua nanti

With love, Mamaeqin


Saturday, December 7, 2024

:::15th Anniversary:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Selamat Ulangtahun Perkahwinan 
yang ke -15 tahun buat awak dan saya.

Tiada ucapan panjang lebar
Hanya mampu doakan 
Semoga Allah memberkati usia perkahwinan kita serta menjadikan kita seorang yang penyabar dalam mendidik amanahNya..




Sunday, December 1, 2024

:::Mangsa Banjir Part 1:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa 

1 Disember 2024

Ku mulakan hari ini dengan kisah banjir
Bermula 25 Nov 2024 hujan lebat tanpa henti
Rabu 27 November 2024
Masih berkerja dan anak-anak ke sekolah seperti biasa
Balik kerja suami call bagitahu suruh ambik Anak awal di taska dan parkir kereta di luar kawasan rumah 
Sebab air dah mula Naik

Ku sangka hanya air hujan dan banjir biasa
Redah air paras buku lali bawa Si Aisy dan Aenida bersama beg taska beg laptop 
Sampai rumah masih boleh masak untuk makan malam
Lepas mangrib Inciksuami berlari dan ajak ke surau katanya air dah hampir nak masuk pintu surau
Kena cepat lipat karpet surau
sayang kalau ken banjir
Sebab karpet surau baru je dapat sponsor dr NGO tahun 2023
Kami call orang kampung terdekat semua tak jawab call sebab masing2 sibuk kemas barang rumah dah mula masuk air 
Hujan lebat non stop 

Cemas!!
Karpet baru memang gam tu kuat lagi
Inciksuami, eqin, Kak Syadah dan abg Zaidi 
Berempat usaha lipat karpet surau

Air sungai mula naik di surau depan rumahku
Jam 7.40 Malam berempat lipat karpet surau depan rumah kami

Alhamdulillah sempat lipat cuma tempat tuan imam karpet xboleh Tarik sebab Ada almari
 
Air dah penuh dalam surau
Allahuakhbar tak terduga paras dada air naik
Ni dah surut sampai pinggang Ku cuba beranikan diri masuk surau
Sedih memang sedih 
Tengok tempat mengaji dalam keadaan macamni

Rumah Ku juga banjir 
Air masuk ke rumah tapi tak seteruk surau
Doa dan terus berdoa 
Semoga hujan ini menjadi hujan yang manfaat
Semoga ujian ini menjadi peringatan buat kami

Nanti sambung lagi ya banjir part 2,3,4❤️