Wednesday, July 5, 2023

:::Wordless Wednesday 3:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Setiap pagi b4 pergi kerja mesti cikpuanEqin akan call my syurga.
Ya Allah, jagakan dia untukku
 always miss her every single times.


Love as always



Tuesday, July 4, 2023

:::Live is simple:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Live is simply, walk humbly, and love genuinely...

All good will come back to you..


Pic: Raya Bollywood

Al-Fatihah buat Pak Njang Abdul Rahmani.
Moga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Love as always

:::Colmar Resort:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Sekitar berada di Colmar Resort..
Kalau org tanya pernah pergi ke tak, boleh la cikpuanEqin cakap pernah jejak kaki kat situ.hihihi

Masa pergi tu pun cikpuanEqin pergi dengan team opis sebab kami ada teambuilding.
Time tu masih kerja dgn Jabatan Undang-Undang, Menara Dua Sentral.

Cuaca kat sana sejuk la jugak macam Genting Highland tu,nyaman je rasa.
seawal pagi kami da sampai sana n check in kat sana selama 3hari 2malam.

Kat Colmar Resort ni sesuai la nak bawa family,
 bangunan kat sana pun ala-ala overseas.
Jalan nak naik ke atas tu sape yang tak tahan boleh ambil ubat tahan muntah sesiap ye..jln memeningkan kepala den..huhhh 

Jom la cikpuanEqin belanja gambar kat sana.









Nanti ada rezeki cikpuanEqin bawak anak2 plak yer..buat masa ni kita menetap di Kedah jauh la sikit nak sampai ke sana..


Love as always.

:::Mustajab Doa Ibu:::

 Assalamualaikum..

Percaya atau tidak?

Doa seorang ibu boleh menembusi langit.

Ingat sejauhmana kejayaan dan kebahagian seorang anak adalah berkat dari doa seorang ibu.
saya kongsikan sebuah hadist bahwa,

“Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi (kemakbulannya), yaitu doa orang tua, doa orang yang bepergian (safar), dan doa orang yang dizalimi.” (HR Abu Daud)

Pic: Anis, Aenida, Aisy

P/s: saya bersyukur masih mempunyai seorang ibu yang selalu mendoakan saya untuk kebaikan di dunia dan akhirat



Monday, July 3, 2023

:::Al-Fatihah Muhammad Yusuff:::

 Assalamualaikum..

Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat putera kami 

Muhammad Yusuff bin Mohamad Bakri

AL- FATIHAH

Mama tahu Yusuff sedang bermain-main di taman Syurga.
1 Ramadhan 1438H Yusuff tinggalkan mama ayah

Saat kandungkan dan melahirkan Yusuff mama akan kenang sampai bila-bila.
Insyallah.mama redha dengan ujian ini.

Disini mama simpan agar kakak Yusuff boleh baca coretan ini bila mama tiada nanti.

Pic: Saat Yusuf dikafankan oleh Imam Rahman.

Pic: Ayah bersama Yusuf disaat akhir Yusuf akan disemadikan

Pic: Ayah Yusuf yang semadikan Yusuf.Masani mama dalam wad dihospital. Mama tidak dibernarkan mengikut Yusuf ke tanah perkuburan.

Pic: Ayah buka kain kafan dan cuba memalingkan muka Yusuff ke tanah.
 Air muka Yusuff sangat bersih suci. Yusuff macam tidur ja waktu ni

Pic: Pusara Yusuf di Jalan Bangsar.

Yusuff ingat tau, mama sangat sayangkan Yusuff.Selama mama kandungkan Yusuff 9 bulan mama tiada alahan lansung, mama tiada masalah dan boleh berkerja seperti biasa. Mama tak sangka yang Yusuff boleh tinggalkan mama selepas mama melahirkan Yusuf..
Coretan ini mama tulis sambil menangis dalam hati.Mama sedar mama perlu ikhlas dan Redha. Jika Yusuff ada usia Yusuff sekarang 6tahun.Kenangan bersama Yusuff masih segar dalam ingatan mama.

Alfatihah Muhammad Yusuff bin Mohamad Bakri.

Love as always



:::Princess Anis Adyna Aenida:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Perkenalkan buah hati mama ayah.
Anis Nuraisha 11years
Adyna Summayyah 10years
Aenida Ezreen 8years.

Moga hati anak2 mama disatukan serta ikatan kasih sayang ini berkekalan sehingga bila2..amin

Pic : since 2015

Love as always


:::Debaran Kian Terasa:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hou..

Hallu geng, 
mesti korang pun terasa debaran
result sem 7
 yang bakal keluar sekitar minggu kedua bulan Julai kan😁

Ini lah wajah-wajah kakak #GengRedahUUM dari sems 1 hingga 7 yang sama2 tarik tangan saya untuk sampai ke tahap ini.

Alhamdulillah masih lagi setia bersama..

Pic: Makan2 celebrate end of semester .

Semoga result kita lulus cemerlang, dan moga kuat semangat untuk sambung ke semester seterusnya hingga tamat study.

Love as always