Friday, October 6, 2023

:::JAANE JAAN:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗

Moh kite nak review filem Bollywood

JAANE JAAN


Actress yang berlakon cite ni

MAYA DSOUZA @ Kareena Kapoor

Kisahnye Mrs. D'Souza @Kareena Kapoor atau seorang ibu tunggal yang terlibat dengan pembunuhan kejam suaminya.
Kisahnya 15-16years ago suaminya pernah jual beliau hanya semata-mata untuk dapatkan duit.

Apabila mereka dikurniakan Anak, Kareena Kapoor bawa anak beliau lari ke sebuah Kampung di pedalaman iaitu Kalimpong.

Akhirnya suami beliau iaitu Ajit menjumpai tempat tinggal mereka dan Cuba mengugut untuk dapatkan wang..semasa di rumah Maya Dsouza@Kareena Kapoor membunuh suami nya dengan coil(wayar paip) dibantu oleh Anak perempuan nya.

Jiran mereka iaitu Teacher Naroo membantu mereka dalam menyembunyikan perkara ini daripada diketahui oleh pihak polis..
 Teacher Naroo berjanji akan buat apa saja demi 
Maya disebabkan Maya telah menolong beliau daripada menemui ajal ketika Tidak dapat menyelesaikan Formula Math.

Akhirnya, Teacher Naroo mengaku semuanya dihadapan pihak polis bahawa beliau lah yang membunuh suami Maya dengan menjerut leher,memukul dengan Batu serta membakarnya.

Maya D'Souza dibebaskan daripada pertuduhan ini..

Suspen and best citerr nii
Saya bagi 5bintang💗

Ok till then love as always 

::: Throwback Cat Expo:::

Assalamualaikum

Da Jia Hao

.
Betul lah kan kenangan tu perlu dicipta tak semestinya tunggu ada duit berjuta² baru nak pergi jalan.

Sementara ada kudrat, mama takkan siakan moment indah kita.

Time ni Aenida kecik lagi, ayah and mama  bawa anak pergi Cat Expo.. pelbagai species kucing ada kat sana. Dari yg fluffy, berbulu kembang lebat hinggalah yang tiada Bulu.
Kemasukan percuma maka free ja boleh bagi pengalaman baru kat anak² kan..

Jangan Tanya mana Aisy sebab beliau belum wujud ya guys..

Cikpuaneqin kena writing bnyk² kat sini..untuk asah balik skill copywriting.

Ok till then
Love as always 💝 








:::Kita punya Allah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

Retak hatiku hancur berderai
Namun hati ini Milik Allah


Moga yang ditinggalkan baik-baik aja
Dan Moga yang meninggalkan baik jua

Perasaan ini yang perlu dijaga demi anak³
Busy dengan kerja di pejabat
Busy dengan study
Busy dengan anak³

Walau apa yang terjadi,kami tahu hanya Allah tempat berganding.
Hati menangis sedih suka duka semua perlu atasi sendiri.

06/10/23- hati menangis


Ingat U Ada Allah nurrahiiqin

Love as always 

 

Wednesday, October 4, 2023

:::10th Years Olds of Adyna Summayyah:::

 Assalamuaaikum 

Da Jia Hoa

Selamat Hari Lahir yang ke 10 Tahun

 ADYNA SUMMAYYAH BINTI MOHAMAD BAKRI.

25/09/2013-25/09/2023

Barakallah fi umrik.

"Semoga Allah memberkati usiamu" 

Semoga Allah melindungi setiap langkah mu, Di berikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, diperluaskan rezeki, dirahmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Aamiinn ya rabbal Aalamin 🤲

Love U❤️

Saturday, September 30, 2023

:::Sukan TNB 2023:::

 Assalamualaikum

Da Jia How

Sukan TNB 2023

28 September -1 Oktober 2023

United Ilsas , HQ Bangsar

Pada tarikh Ni cikpuaneqin n anak2 n incik suami hadir tanda memeriahkan lagi Karnival Sukan TNB.

Cikpuaneqin telah masuk pertandingan Acara Badminton mewakili negeri Kedah/Perlis. Hampir dua bulan training kalini betul² cikpuaneqin pukul habis.

Kitorang fun² her pergi HQ takdela nak stress bagai...

Pergi BERMAIN tau bukan untuk BERMAIN2.

 
Antara kit sukan y Kelab Kilat Kedah Sponsor

1)Jersi Hijau
2) Jersi Hitam
3) Jersi Kontigen
4) Jaket Kontigen
5) Treksut
6) Bag

Meriah kann


  
 
Cikpuaneqin ambil berkat solat di Balai Islam sebelum memulakan  pertarungan.hihihi

Untuk game kalini cikpuaneqin enjoy ja

1st game 
Kedah/Perlis vs Pahang

2nd game
Kedah/Perlis vs Johor

Sekian untuk post kalini...


Tuesday, September 26, 2023

::: RMAK #1:::

 

JOM PAPERLESS - bersama Warga Hospital Kuala Nerang

20 Sept 2023, Kuala Nerang

Kempen bagi mempromosikan MyTNB seterusnya Digital Billing -Jom Paperless telah berjaya di jalankan dengan meriahnya bersama warga kerja Hospital Kuala Nerang (HKN). Kempen kali ini lebih menekankan pengguna yang telah mendaftar aplikasi MyTNB agar bersama ke arah Jom Paperless bagi menyahut seruan ESG.

Sesi mempromosikan Digital Billing ini telah diketuai oleh Puan Noor Iliani binti Abdullah, Lead - State Retail Customer & Partner Engagement (Kedah) , Encik Aqiel Bin Mazli, Team Member Customer Engagement (Kedah) bersama anggota kerja Customer Service & Billing Operation TNB Kuala Nerang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kerja Hospital Kuala Nerang. 

Timbalan Pengarah HKN, Dr Nik Hidayatul Iznin Binti Mohd Hatta telah berbesar hati turut serta memeriahkan program ini.

Program kali ini telah berjaya menarik minat seramai 60+ pengguna yang telah mendaftar MyTNB dan secara tidak lansung telah Go Paperless.


-RMA KNRG -Nurrahiiqin Adnin

Wednesday, September 13, 2023

:::Wordless Wednesday #9:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa..

My sis, moga persahabatan yang ikhlas ini kekal sampai bila2.

Time ni kitorang pi taklimat sama2 then collect hadiah sama2..aura bijak tu kadangkala berjangkit sebab tu kitorang dapat jwb kuiz paling banyak hahaha...

 
Nur Fariha...sister for evaaaaahhh

lepas habis taklimat kat ALS, Terus shoot balik opis then ada supriseeee...
 
tadaaaa...new collection my photobook...
cantekkkkk sgt...puas hati..hahhaha

love as always..