Assalamualaikum
Da Jia Hoa
Pagi tadi ada Pasar Pagi/Pekan Nat depan office ni
Niat nak cari lauk sikit buat stock kat rumah
Pusing-pusing maka kita beli
Ayam seekor RM24
Ikan Siakap seekor RM10
Ikan Kembung 1kg RM10
Sotong 1kg RM25
Udang 1kg RM20
Tiba-tiba ternampak Belut Hidup
Lamanya tak makan belut
Belut ni sedap dimakan
tapi geli nak pegang
1kg RM 30
Cikpuaneqin ambil 2 ekor yang besar RM19.
Sekarang ni tengah memikir siapa yang nak siang belut tu
Sebab peniaga tu jual sahaja dia tak siangkan siap-siap
Rasa-rasa inciksuami jugak lah jadi mangsa nanti.
Kita deal lah
Dia siangkan
Kita masakkan
adil bukan???










