Thursday, February 29, 2024

:::Berkat 29.2.24:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗

Rakan sepejabat baru balik umrah
Kita ambil berkat
Jamah sedikit kurma dan air zam-zam
Niat dalam hati moga kita jua menjadi tetamu Allah SWT

Untung muda lagi dah dapat ke sana
Jemputlah kami ke sana menjadi tetamu Mu
Sangka baik pada Allah
Allah mendengar doa hambaNya

:::Muhasabah Diri:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

💛💚
Salam Khamis untuk semua rakan blogger cikpuaneqin.
suka untuk saya berkongsi ilmu dengan semua rakan-rakan saya
ada masa yang terluang
marilah kita sama-sama muhasabah diri


1)Tidak tersentuh dengan al-Quran
:- Orang beriman mudah tersentuh apabila menghayati al-quran.
 Jiwa mereka hidup dengan Al-Quran. 
Menurut al-iman al-Qurtubi, para sahabat menangis apabila ayat 60 dari surah Al-Najm ini diturunkan. 
Firman Allah :
 
"Apakah kamu merasa hairan dengan ketenangan al-Quran ini? Dam kamu tertawa dan tidak menangis (menginsafii peringatan yang disampaikan)" 
-Surah Al-Najm :59-60

untuk saya dan kamu..

:::Anak ayam anak itik:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Anak itik batch ke -2 mula membesar dengan jayanya

Semalam balik kerja
singgah kedai dedak 
niat nak beli dedak dan jagung hancur 
tengok dalam sangkar ada anak itik dan anak ayam baru sampai
geram comel je
sebabkan fikir kita ni naik motor je
tak boleh nak angkut banyak
tapi nak jugak beli
maka terbeli 3 ekor anak itik dan 3 ekor anak ayam daging
beli sikit camni sebenarnya nak  bagi anak-anak main je
anak ayam colourfull haritu mati 5 ekor, tinggal 3 ekor je lagi
ni kiranya ganti balik la
mati kesejukan kot sebab tak letak lampu


Dah minta inciksuami buat lampu oren untuk anak-anak ayam tu
sebab kecik lagi kan
kena ada lampu
malam-malam anak ayam tu sejuk
sekian dulu cerita anak-anak ayam

Wednesday, February 28, 2024

:::Dinner kami:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ni cerita Sabtu lepas
Seusai anak-anak tuisyen
cikpuaneqin ajak inciksuami pergi Longwan,Alor Setar
cari keperluan sekolah anak-anak
Alhamdulillah selesai semua keperluan anak-anak
yang mana boleh pakai dan elok lagi kita recycle ja
yang mana perlu beli kita beli baru
Total keseluruhan 2orang anak yang bersekolah rendah RM1K++

Dah settle shopping
singgah solat maghrib di Shell, Pokok Sena 
Anak-anak pun dah tanya balik nanti mama nak masak apa
Tak kuasa mama ni nak masak balik nanti
kita singgah makan di Kedai Coconut Shake, Pokok Sena
Kedai ni jenis open area
Kalau petang memang selalu penuh
ni singgah time lepas maghrib orang tak ramai sangat la

3 Beradik
Kakak Anis Nuraisha, Aenida Ezreen, Aisy Fatih



Sementara tunggu makanan sampai
Layan awang ni xnak duduk diam
Terpaksa la buat jongkang-jongkik pakai kerusi tu
diam lah 2 minit haha

Anak dara ai feeling sambil makan cheezy wedges 

dah kenyang semua
masing-masing dah senang hati
Aenida cakap, "mama nanti kita datang la sini lagi"
Baik anak, kalau senang-senang kita datang sini lagi.

Cikpuaneqin order kelapa original dan kerabu maggi
Ayah dan enida kongsi nasi goreng kampung 
Kakak order Nasi goreng tomyam
Aisy mama mintakkan cheezy wedges
Alhamdulillah semua muka ada senyummmm...


:::Hero ku tewas:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hero tewas dengan sendirinya
sendiri tak duduk diam
sendiri jatuh sendiri dapat sakit

Bukti tak duduk diam

Cubaan nak naik tangga tapi kantoi dengan mama

Pipi tu jatuh terkena bucu cabinet tv
luka la sikit
tiba-tiba demam
dah bawa ke klinik doc cakap tonsil bengkak dan banyak ulser
doc suruh bagi je makan aiskrim
mama terbeli aiskrim vanilla,choco,straberry nak bagi sedap lah kononnya
kawan cakap kena aiskrim vanilla baru cepat lega
makanya aiskrim tadi kakak-kakak lah makan

Moga cepat sihat my baby!!

:::Thaifood di Dusun Riffa:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini terasa nak share 
Thaifood yang Pelitawanis makan di Dusun Riffa, Changlun
Okeh, entry kalini nak post food sahaja
Kiranya kalau setakat nak makan Miang Pla tu tak payah susah-susah nak pergi Hatyai
Kat Dusun Riffa pun ada dan berbaloi sedapnya
Tambahan sedap tu bila makan orang yang sponsor 
Alhamdulillah kenyang sampai malam.

Dah kenyang, biasa la kita mak-mak ni
mesti akan ingat kat anak-anak kat rumah
habis event AGM, kita tapaukan anak-anak
Set Pulut pelam,Yogurt asli,Set Pulut Ayam,Asam gula dan susu Meiji.

Ni hidangan set yang disediakan untuk ahli Pelitawanis.

Miang Pla Siakap, ada dua jenis
satu lagi Miang Pla talapia

Hidangan pencuci mulut

Kerabu mangga, terasa manis pedas masam semua cukup rasa

Pulut pelam ni pon sedap, santan pekat rasa masin sikit makan dengan mangga manis

Cara makan miang pla ikan siakap ni lepas cubit isi tu tak payah balik ikan,
kita tarik je tulang ikan tu keluar

Daging bakar Danok, cicah sos boleh makan sampai dua piring tau

Sup tulang camput lemak-lemak sikit
aduiii gedik2 rasa lemak tu dalam peyutt haha

Hat ni boleh ratah camtu je
Udang bakar juicy cicah dengan dua jenis sos

Air boleh pilih nak air apa
Cikpuaneqin pilih oren, tak berani nak minum teh mak ni jenis angin nanti sakit kepala

Bukti mak-mak yang teringatkan anak-anak kat rumah
Haruslah menapaww

Sekianlah share kisah makan semasa AGM Pelitawanis Jitra
Sehingga berjumpa lagi di lain waktu hee:)


Monday, February 26, 2024

:::AGM Pelitawanis:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Waahh terasa lama jari jemari ni tak menaip 
Minggu lepas sibuk dengan operasi
makanya tak sempat lansung nak buka laptop
okeh kalini nak kita nak share kisah masa pergi event

MESYUARAT AGUNG PELITAWANIS TNB JITRA KALI KE-24

AGM Pelitawanis Jitra
Pelitawanis ni badan persatuan untuk wanita/ibu dalam TNB
para-para isteri anggota kerja lelaki TNB layak dipanggil Pelitawanis
Kalau ada event Pelitawanis memang para suami diberi pelepasan untuk jaga anak-anak
special sikit AGM Pelitawanis kalini tak buat di pejabat TNB Jitra
AJK bertungkus-lumus plan buat di Dusun Riffa, Changlun.
Semangat lah sikit nak meet & great dengan ahli Pelitawanis.

Nama pun mesyuarat agung kana
agenda minit mesyuarat dimulakan dengan
ucapan pengerusi
menyemak dan meluluskan minit mesyuarat lepas
laporan Setiausaha
laporan kewangan dari Bendahari
dan akhir sekali gambar aktiviti tahun 2023.

Pn Fariha, Pn Fatin dan cikpuaneqin ibu-ibu yang berjaya tinggal anak-anak 
untuk hadir AGM Pelitawanis hihihi

Selfie side kiri pula sebab masing-masing taknak duduk depan, takut gemuk katanya.
ish macam-macam kan

Tengah kusyuk mendengar Setiausaha membentangkan laporan 2023
agak-agak nak kusyuk ke makanan kat depan tu wakk haha

Pn Zuria yang sweet

Ini gambar Ahli AGM, Yang baju pink tu tentulah cikpuaneqin...
Terpaling Pengerusi haha

Candid girl..wee
Dah selesai mesyuarat,
semua ahli Pelitawanis dijemput makan.
Makanan memang sedap sangat
Kiranya kami ahli Pelitawanis memang dirai pada haritu.
Kisah makan, makan dan makan.
lepas makan wajib la sembang dan bergambar.
Masing-masing ambil port bergambar tempat cantik.
Memang cikpuaneqin tersangatlah puas hati AGM kalini.

p/s: Next AGM Pelitawanis kat mana yer??Dah boleh pikir siap-siap AGM tahun depan..hee