Tuesday, May 28, 2024

:::Celebrate end of final exam:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Alhamdulillah
selesai sudah peperiksaan akhir semester ke-9
kalini memang down and struggle sangat
dengan anak-anak tak sihat mama nak masuk dewan
seminggu sebelum exam pun sibuk dengan Operasi potong bekalan

tapinya kena paksa jugak diri
2minggu before exam memang paksa jugak diri
try buat paper last year
jawab sebanyak mungkin paper last year
supaya bila masuk dewan nanti takde la rasa bersalah sangat kan
tak de la rasa kosong sebab tak study lansung
alhamdulillah semua smooth je masuk dewan

last day exam
kawan study kita semua celebrate
patut kami celebrate berempat
tapi disebabkan cikpuaneqin tukar kampus UUM Sintok
maka berpisahlah kami 


makan keseorang di Sintok
lepas habis exam je
kita singgah Cik Jah Ayam Bakar Changlun,
order bihun sup n smootie kiwi
layan sorang-sorang
sebelum balik memang tapaw je kat anak-anak
sifat mak-mak sangat kan

Sunday, May 26, 2024

:::Final Exam- Semester 9:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

24-26/5/2024 

Final Exam| UUM Sintok

Paper
Research Method
International business 
E commerce 

Lama tak update blog kesayangan ni
Busy sangat
Mana dengan kerja dan operasi
Mana balik busy dengan Anak³
Mana nak ulangkaji
Rasa tak keruan dah hidup ni


Alhamdulillah harini akan lalui 1 lagi paper e-commerce 





Good luck for myself



Thursday, May 16, 2024

:::Buah Sulung dah luruh:::

 Assalamualaikum 

 Da Jia Hao 💗❤️💐 

Durian oh durian
My favourite fruit nii❤️




Alhamdulillah balik kerja harini
Ada sebiji atas meja
Suami simpan katanya buah Sulung dah luruh
Sebiji tu Ada 6ulas
Kongsi 3orang
Mama, ayah dan Aenida 
Dapat 2ulas seorang
Jadi la buat rasa2 orang kata
Ni pokok D24 kata Inciksuami 
Mana² pun kita suka janji yg nama DURIAN


:::Hide and Seek:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

15.5.2024

Cantikkan date harini
secantik cuaca harini

Kita Throwback date 15.5

Kerja pun boleh tahan yer harini.
Lebih kurang kepada cari barang tersembunyi

Hide and seek 






Nak di jadikan cerita
Kena cari meter tanpa ada apa2 panduan
GPS xde
No tiang pun xde
Cari berpandukan alamat terdekat
Dah Sampai lokasi yang dituju
Meter pulak tak jumpa
Makanya cikpuaneqin n team gamble je
Redah hutang
Alhamdulillah Jumpa
Nak jumpa meter tu pun
Bercerau jugak la peluh 
Baju basah la jugak

Da jumpa memang happy
Kiranya misi Berjaya la
Yang dicari telah dijumpai
😆 
Sekian


::: Happy Teachers Day:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

-16 MEI 2024-
Hari Guru Akan disambut setiap tahun pada tarikh ini.

Dari kecil kita telah diasuh oleh guru pertama iaitu ibu ayah kita
Mereka layak menjadi idola dalam hidup kita kerana sehingga hari ini pun mereka menganggap kita masih kecil 
Bismillah yang kita pandai baca hari ini adalah diajar oleh ibu kita 
Terima kasih umi, terima kasih ayah

Untuk sambutan Hari Guru 2024
Aenida ezreen tidak lupa pada guru² yg mengajar beliau
Mama balik kerja semalam diajaknya ke eco shop 
Lalu depan Eco shop penuh la ibu ayah anak² tengah cari hadiah 
Mama segan nak cari parkir nak kena jalan jauh
Makanya kita ke guardian cari apa yang patut
Asalkan ada aje tanda ingatan buat para guru yg mengajar Aenida

Akhirnya kita beli hand wash and wipes tissue utk cikgu Aenida 
Terima kasih yer cikgu tidal jemu menjadi lilin buat anak bangsa

Untuk rakan² blogger 
Tahniah kerana anda jua mampu menjadi guru yang hebat di mata anak2..


Semoga jasa guru-guru dibalas
dengan ganjaran pahala dan dimasukkan ke syurga tanpa hisap..aminn

Tuesday, May 14, 2024

:::Ops Potong:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Syawal dah berakhir kan
makanya Ops potong dah bermula yer
Jangan lalai dengan bil utiliti anda
Peringatan untuk diri sendiri juga

Harini cikpuaneqin terlibat dengan Operasi Pemotongan
Semoga dipermudahkan segala urusan pekerjaan kami harini
Harapan saya jugak untuk harini adalah
semoga pengguna tak marah-marah bila kami lakukan kerja kami
Arahan dari atasan untuk kami 
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS.

:::Rutin ke Taska:::

 Assalamualaikum
Da JIa Hoa

Rutin my boy Aisy Fatih ke taska sekarang ni dah bertukar yer
Kalau dulu cikpuaneqin yang hantar ke sekolah naik kereta
sekarang ayah ambil alih hantar Aisy Fatih ke taska naik motor
Usia dah 1tahun 5 bulan
dah pandai duduk dalam raga motor


Pagi-pagi memang dah ready nak pergi taska naik motor
rilex santai jer dia sandar di dada ayah
mama cuba nak ambil pun dah tak mau dengan mama
punya santai naik motor
hihihi

Anak,
asalkan kamu sihat-sihat aja ya
pergi taska dengar cakap tc
behave 
dah lega dan senang hati mama

Love You Son