Monday, June 24, 2024

:::Pesta Pantun:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-PESTA PANTUN-

Good luck kakak Anis untuk harini
Pesta Pantun peringkat Daerah
moga ada rezeki ke peringkat seterusnya

seminggu da remind mama
suruh cari baju kurung kedah
hari-hari tanya 
nak pakai kain batik mama boleh tak

semalam cakap nak pakai tudung bawal
tiba-tiba harini pakai shawl
nampak ayu plak pakai baju kurung kedah ni


muka senyum tak ikhlas sangat
sebab mama nak amik gambar
kakak anis takut lambat pergi sekolah
7.30 dah kena berkumpul
hihi

Good luck kakak!!

Friday, June 21, 2024

:::Nasi Daging In da house:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗❤️ 

Nasi Daging in da house
Dulu kurang suka nasi daging
Sejak tinggal kat Kedah Ni
Tiba2 jadi tersuka plak

Act ni kawan buat korban satu bahagian
Minta tolong kawan sorang lagi masak untuk jamuan kat office
Daging + tulang dalam 7kg
Menu nasi daging dan air asam kerisik
Elok2 je masak tu 
Air tangan Kakza memang selalu sedap

Air asam kerisik

Nasi daging

Sup daging+ tulang 

Sepinggan untuk saya

Selamat menjamu selera 
Pasni nak minta resepi dengan Kakza❤️




Wednesday, June 19, 2024

::: Pengorbanan:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 ❤️ 

Pengorbanan yang lahir dari hati yang ikhlas akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT

Sedikit penyesalan di hati mungkin akan membuatkan diri kita bersyukur.




Tengok ini budak suruh dukung dia sebab nak tengok cow
Kalau ringan takpe lah jugak 
ni 16kg wakk
sape larat dukung

kita duduk je la tengok cow
hihi


Tuesday, June 18, 2024

:::Sanah Helwah Umiku sayang:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 

16.6 is a special day for my syurga

Tahun ni my mak datang Kedah beraya bersama anak cucu
Alhamdulillah masih sihat dan berkesempatan memberi sedikit kegembiraan buat beliau

Ambil je Opah 
Kita singgah Ariani,Alor Setar
Suprise kan opah
Alang2 tu ambil lah tudung Raya untuk kita jugak
Rugi tak ambil
Ada discount 30% sempena Raya Aidiladha 


Ingat terus nak balik rumah
Anis dan Aenida nak singgah secret recipe 
Nak tiup lilin untuk opah
Alahaii
Tak turutkan nanti asyik bunyi tu je Nanti
Singgah solat Zohor di petrol pump 
Elok je siap solat Zohor dah masuk waktu asar
Sambung terus jela



Then singgah secret recipe Pokok Sena
Anis mulanya puasa arafah
Katanya nak kejar pahala diampunkan dosa setahun lepas dan setahun kendurian
Bila sampai je makanan yang kami order
Dia bunyi yang dia tak sahur pagi tadi
Dia nak buka puasa jugak boleh ke
Pujuk jugak sebab dua jam je lagi nak maghrib
Akhirnya anis tewas

Opah order fish n chips 
Mama order curry Mee
Aenida order spring roll
Anis order spaghetti Bolognese 🤤 
Minuman apple juice
Order jugak 2 slice of cake

Alhamdulillah semua happy 
Bermakna sangat birthday opah kalini❤️


Monday, June 17, 2024

:::Salam Aidiladha:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Salam Aidiladha 
Maaf Zahir Batin
Alhamdulillah masih beraya bersama mak ayah

Rutin pagi Raya
Kejut anak-anak 
Niat mandi sunat Hari Raya 
Dengar takbir dari surau
Enida,Anis,Opah dan Atok ke surau

Cikpuaneqin kat rumah jaga Si Aisy
Sambil siapkan juadah atas meja
Simple menu ja
Sebab Kita atur kenduri umah saudara dan kawan²

Special menu Raya ni Kurma Itik 
Ikut resepi kak saliza
Katanya nak bagi kuah kurma tu pekat kena blender Kelapa Putih bagi hancur betul2 then masuk dalam periuk tu..

Now tengah dengar Imam baca khutbah dari rumah 
Allahuakhbar 
Sesungguhnya pengorbanan kita yang ikhlas harini,sungguh besar nilai nya disisi Allah SWT..

Selamat Hari Raya Aidiladha 
Maaf Zahir Batin ❤️❤️❤️

Thursday, June 13, 2024

:::Hati Kita Milik Allah:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa💛

Sentiasa muhasabah dalam diri bahawa hati kita ini milik Allah
Apa yang berlaku adalah qada' dan qadar
Dan ianya boleh diubah melalui doa

Sehingga saat ini
masih sabar dan redha dalam segala hal
direzekikan memiliki anak-anak yang menjadi penyejuk dimata dan penawar dijiwa
dikurniakan ketenangan hati serta memiliki suami dan keluarga yang sentiasa bersama

Alhamdulillah untuk rezeki harini
See you when I see you

Wednesday, June 12, 2024

:::Burung Merbah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini Ops diteruskan pada hari ke -3
tapi harini cikpuaneqin buat tugasan kat office jer
bagi partner kita plak kuar jumpa customer

Semalam balik kerja, kepenatan
sampai rumah tengok inciksuami bawa balik
burung merbah yang dah siap siang n salai da bulu
tengok kecomelan tu nak masak pun kesian haha
comei n kecik sangat 
tapi sebab suka jenis-jenis burung ni
terus letak garam kunyit n masuk kuali goreng
goreng plak garing-garing rapuh 
sedap betul makan 
rasa macam burung puyuh jer
tapi tulang la sebab burung tu kecik je

Ada 14 ekor semuanya
sekali mengadap je
tak sangka anak-anak pun suka
padahal mama ni tak pernah ajar anak makan burung haha
risau la kalau diorang dah suka
takut makan tu lebih dari mama 
hahaha