Wednesday, October 22, 2025

:::Day 2- kursus with new outfit:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Day 2 berkursus di Kulim
Outfit of the day

Tudung ShawlPublika RM12.00
Blouse TT RM22.90
Pants KM Fashion RM39.90

Murah-murah sahaja
yang penting selesa



Jom layan kelas 
First time rasa menyesal datang kursus
sebab susahhhh banyak kira-kira
Billing LPC
pegang calculator ni dari mula masuk kelas sampai ke petang
Stressss Makkk!!




Tuesday, October 21, 2025

:::LPC Billing di Kulim:::

 Assalamualaiakum

Da Jia Hoa

Belum sempat habis makan maruku
Dah kena outstation
Seusai Subuh eqin dah gerak ke Kulim
Perjalanan memakan masa hampir 2jam setengah 
Boleh mengundang mengantuk

Terlibat dengan Kusus LPC Billing
Layankan je lah kan
Anak-anak masih bercuti
Semalam sebelum tidur eqin dah masak rendang daging
Untuk diorang makan harini

Cuaca pagi tadi 
Mendung berarak awan kelabu


Eqin masih meneruskan perjalanan
Exit Sg Dua
Ikut jalan dalam
Kalau terus ikut highway memang makan jem
Sambil dengar Hot FM 
DJ annouce ada kemalangan


Alhamdulillah
Sampai juga akhirnya ke destinasi yang ingin di tuju
TNB Kulim

Jom berkampunglah kita disini
Selama 2 hari
Good luck my self



Monday, October 20, 2025

:::Hari Komuniti Kampungku Sejahtera:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Throw back Sabtu
Eqin dan officemate kena kerja
Sempena buka booth ditapak event
Hari Komuniti Kampungku Sejahtera
Pekan Nat,Naka
Padang Terap Kedah

Antara pengguna yang berjaya download apps MyTNB
Memang kita educate pengguna supaya setiap isi rumah mesti ada 1 apps
Senang buat pemantauan bil elektrik

Good job Hani ramai dapat customer Harini


Penerangan tentang apps MyTNB


Muka happy dapat menjadi pengguna apps MyTNB dan dapat goodies



Eqin dan teammate
Wajib wefie❤️
Seharian di booth


Ni yang paling best
Lepas tutup booth
Kami self Reward 
Di Kedai Tun Emas
Cuci Mata yang sweet-sweet
18/10/2025
RM548/gram tanpa upah


Kalau macam ni tak boleh selalu kerja di Hari sabtu
Sebab nanti asyik nak self Reward pulak
Hani teman eqin
Dapat la sorang 1 gelang yang sweet
Balik dengan senyuman walaupun penat kerja di Hari Sabtu❤️😆


Saturday, October 18, 2025

:::Ambil Kak Anis di Maktab:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Habis kursus di Alor Setar
Terus gerak ke Pendang
Ambil Kakak Anis dah mula cuti sempena Cuti Deepawali 
Dapat notis tamat cuti sekolah nanti
Maktab akan sambung PDPR pula
Untuk putuskan rangkaian influenza 


Moga anak-anak sihat selalu
Semalam pun eqin meeting dengan Pengurusan Muafakat untuk dapatkan info suntikan vaksin Influenza kepada pelajar di Maktab Pendang.

Harga pasaran RM150-RM200 
Untuk hire klinik swasta perlu persetujuan 250 orang pelajar yang setuju untuk ambil vaksin
Then, klinik boleh datang maktab untuk beri suntikan dengan harga RM40.00/seorang

Masih dalam perbincangan sebab bukan semua parent setuju untuk beri suntikan pada anak².

Sekian.


Thursday, October 16, 2025

:::Kursus NEM:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hoa❤️

Berkampung di Alor Setar selama 2 hari
Selamat berkursus NEM Solar 2.0 untuk diri sendiri

Time lunch jalan-jalan cari Makan di Pacific,Alor Setar
Tiba² ternampak 2 orang kelibat yang Ku kenali
Yesss!!
Puan Tini and Puan Farrah
Ex Legal Service Department 
Wajib dulu bergambar sebab nak up kat group Kak Esah FC 


Selingan kursus 
Sebab trainer nampak kami dah mula mengantuk
Peserta kena keluar ke depan terus hilang ngantuk ye masing2



Sekian dulu coretan hari kedua kursus 
Good luck to me petang ni ada exam!


Sunday, October 12, 2025

:::Pilihan ditangan Kita:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Pilihan ditangan kita
Balik kerja nak rest atau nak Zumba?
Kalau dulu yaa! Pilihan eqin adalah stay kat rumah masak, makan, rest.
Tapi sekarang balik kerja rushing nak join class Zumba 5.45pm

Jadual Zumba Coach Yunk (Latipah Ahmad)
Ahad,Isnin,Selasa (5.45-6.45pm)
Jumaat (7.45-8.45)
Bayaran: RM5/hours


Harini layan slow rock ja
Total calories burn pun tidak mencapai tahap maximum 
Buat main² je janji keluar peluh sejam


Balik Zumba barulah kita bersilat kat dapur
Masak makan malam untuk husband dan anak²
Eqin tak makan da..rugi la workout tadi
Minum milo O panas sambil teman Aenida tuisyen❤️

:::Masak Lomak Daging Salai:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sapa pernah try product by MakJenny
Lama sangat scroll TT
Kan dah terbeli
Sebab tu la jangan lama² scroll TT ya

RM19.90



Cuba bayangkan kita tengah menikmati juadah tengah hari yang mendamaikan, hadir sepiring masak lemak daging salai yang lembut, berlemak, dan aroma asap salai dan santan hasil tangan Mak Jenny. Podeh tapi sodap..

Lepas ni kita try tanya cik gugel ya recipe Mak Jenny❤️