Wednesday, January 31, 2024

:::Yang di Pertua Agong ke-17:::

Daulat Tuanku



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

&

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Tuesday, January 30, 2024

:::Daily Review Meeting:::

 Assalamaulaikum
Da Jia Hoa

**DRM**

Diberi peluang jadi emcee harini
Banyak lah bebelan untuk adik2 MR
Jarang nak bercakap
tapi bila diberi peluang tu memang masaklah adik2 MR

Teguran untuk kebaikan bersama
Kadang-kadang diam kita ni membuatkan mereka lalai.

Safety first!!



Monday, January 29, 2024

:::Anugerah Retail Media Agent Kedah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Terpahat satu sejarah indah buat diri ini
Dianugerahkan
Sijil Penghargaan Retail Media Agent Kedah
Alhamdulillah
Usaha ini dipandang oleh pengurusan atasan


Anugerah ini diberikan Khas kepada anggota kerja 
yang menyalurkan berita dan menjadi perantara antara pihak stesen dan pihak Retail Negeri Kedah


Ahad 28 Jan 2024,
 telah berlansung Perhimpunan Bulanan Retail Kedah di TNB ALS
Permulaan majlis diadakan tayangan video serta ucapan pihak pengurusan
Selain itu turut diadakan majlis penghargaan buat pekerja yang telah berusaha menaikkan nama stesen 

Hampir jam 12 ditangan,
Diri ini mula gelisah nak keluar dewan sebab majlis dah hampir tamat
Elok je tangan dok berkemas tiba-tiba MC umumkan
Majlis dengan ini menyempurnakan Anugerah Khas
Iaitu Anugerah buat anggota kerja yang telah bertungkus-lumus 
menyalurkan info di stesen masing-masing.
Belum expect apa-apa tapi dah mula suspen

Tempat ke-3 RMAK stesen TNB Guar Cempedak
Tempat ke-2 RMAK stesen TNB Kulim
Manakala Tempat pertama
 RMAK Paling berprestij diberikan khas kepada Nurrahiiqin Adnin.
Wah nak tercabut jantung ni tau..Betul-betul terkejut..
Maka spontanlah cikpuaneqin berdiri menuju kepentas untuk terima sijil penghargaan dan cenderahati
Alhamdulillah, sujud syukur kepadanya.


Terima kasih pihak pengurusan
Bosses
Rakan-rakan beri kepercayaan dan peluang pada diri ini.
Moga kita sama-sama naikkan nama stesen ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara berita yang pernah cikpuaneqin karang:



Sekian, Coretan gembira untuk dikongsi.



:::Hijrah diri yang kerdil :::

Assalamualaikum 

Da Jia Hoa

Good Afternoon and Happy Monday!!

Kita dah hampir ke penghujung Januari...
Pejam celik dah 29 Jan
Cuba cek diri kita balik
Kita dah mulakan misi dan azam baru ke
Dah mula berubah untuk ke arah yang lebih  

Bagi diri cikpuaneqin
Diri ini masih on track
Cuba perbaiki diri setiap hari
Cuba paksa diri baca Al- Quran sebelum subuh
Paksa juga diri, kalau dulu susah nak buat
Bila dah paksa ni semakin hari semakin mudah 

Alhamdulillah
Cuba jadi lebih baik dari sebelum ini..


Pic: Semasa ronda sekitar kampung, ku dapati seorang wanita sedang memancing ikan puyu di tali air, nampak keceriaan diwajahnya, ku pasti dia sedang bahagia.

Ingat kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
Jika bahagia itu boleh dibeli, pastinya hanya orang kaya yang akan memiliki bahagia.

Alhamdulillah ala kulli hal

Sunday, January 28, 2024

:::Wiken di Tasik Pedu:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Wiken kalini inciksuami tunaikan janji pada anak-anak
Sejak inciksuami ada boat ni tak pernah lagi dia bawa kami ke 
Tasik Pedu,Kuala Nerang Kedah 
Asyik janji dengan anak-anak nanti ayah bawa
Makanya wiken kalini tertunailah janji
 
Jalan nak ke Tasik Pedu,Kuala Nerang,Kedah

 
Aisy Fatih dah ready 1st time ni round tasik

 
Si Aenida Ezreen minta nak makan nasi lagi 

 
Pemandangan Tasik Pedu 

 
Subhanallah cantik sungguh pemandangan 

Mak mak sangat kan hihi
 
Penambah selera...budu di serata Kedah haha

Posing sebelum Naik boat

Macam biasa sebagai seorang ibu mithali 
Pasninya sibuk sediakan juadah nak bawa ke Tasik Pedu
Sebabnya kat sana tiada gerai jualan atau kedai makan yang kami boleh singgah
Pagi-pagi lagi cikpuaneqin masak untuk bekalan ke sana

Menu teramatlah simple
Nasi putih +Sup ayam +Ikan goreng + 
Singgah kedai runcit kat rumah beli 100plus dan jajan

Lebih kurang jam 9 pagi
Incik suami dah loading engine boat dalam trooper
Loading semua barang-barang dan pakaian untuk dibawa kesana

Jarak rumah kami ke Tasik Pedu lebih kurang 30 minit sahaja
Jam10 pagi kami dah tiba di Tasik pedu.
Mulakan misi, pasang engine boat pada boat yang sememangnya dah ada kat sana
Loading barang dalam boat
Pakaikan anak-anak life jacket
Safety first
Anak kecik-kecik ni mak ayah kena beringat lah
Walaupun bukan laut tidak berombak tapi still dalam Tasik dalam
Cikpuaneqin pun pakai life jacket sebab kita ni sah-sah dah kalau berenang susah nak timbul
hahaha

Hampir 40 minit ronda tasik
Check point pertama incik suami singgah di pondok kawan beliau
Kami singgah makan nasi seterusnya bagi anak-anak mandi manda di gigi tasik
Happy lah kakak Anis dan Kakak Enida
sementara anak-anak mandi dan si kecik tidur
cikpuaneqin solat zohor

Anak-anak dapat mandi memang diorang tak tahu penat ke
Kita yang penat panggil diorang
 Takpe lah anak-anak janji happy 
Exam pun dah habis
Enjoy before masuk next school session...

Love as always

Wednesday, January 24, 2024

:::Wordless Wednesday #18:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

***Wordless Wednesday- DRM***


Harini barulah rasa tenang sikit.
Selesai hantar dokumen yang audit minta.
Nanti dah finding - kita betulkan apa yang tak betul
Nak tenang-tenang je harini
Esok dah Public Holiday (CUTI HARI THAIPUSAM)
Berapa hari dah tak sempat nak blog walking

Sabar yer kawan-kawan
Nanti kita singgah kat blog you and youu.hihi

:::Kertas akhir UPKK 2024-SIRAH:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Last paper UPKK -SIRAH

Semoga Anis Nuraisha dan anak-anak UPKK yang lain dikurniakan ketengan hati dan kegerdasan minta untuk menjawab kertas akhir subjek Sirah petang ni.


Usaha terakhir Anis dan mamaeqin sama-sama study santai-santai

Tengok live tiktok GerakgempurUPKK..Alhamdulillah dengan mama pun dapat tambah ilmu.


Tarikh-tarikh penting dalam islam
Peristiwa-peristiwa penting dalam islam
Pembentukan negara islam
4 Masjid utama (Masjidil haram, Masjidil Nabawi, Masjidil Aqsa, Masjid Quba)
Perkembangan agama islam
Akhlak Rasulullah 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjalanan Isra' Mikra'

Sama-sama kita belajar ya kakak..
Good luck kakak

Friday, January 19, 2024

:::Masih proses Audit:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini Jumaat patutnya Kedah CUTI
Dalam mimpi time ni cikpuaneqin santai kat rumah bersama anak-anak
Tapi disebabkan audit billing belum selesai
Datang semak failing yang mana tak lengkap
Dari 8.00 pagi dah terpacak kat office
Untill now, H1851 masih belum balik lagi


Banyak error,
Banyak kena betulkan balik ikut pekeliling terbaru
Haih rasa geram pun ada
Rasa nak nangis pun ada
Awal tahun dah kena audit

Kesian pulak kat anak-anak
Tinggal si kecik pagi tadi tak bangun tidur lagi
Anak asyik call mama nak balik pukul berapa ni

alahaii sabar anak sikit lagi
Esok pun ni kena datang office lagi
bersambung-sambunglah
Cukup sibuk lah seminggu-dua ni

Letihhhhnyaaa....sabarrr cikpuaneqin
Bukan senang nak senang
Pujuk diri sendiri😆😆

Thursday, January 18, 2024

:::Birthday girl-Cake cutting:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Try to make birthday girl happy happiness
Balik sekolah kebangsaan
Cikpuaneqin ajak birthday girl pergi kedai kek D'Bagus
Minta pilih sendiri nak kek apa
Birthday girl pilih 'Blueberry Cheese Cake'

Sebelum jawab paper UPKK
Birthday girl request nak potong siap-siap kek

Sweet moment... Lepas potong kek
Birthday girl suap untuk mama dulu pastu baru ayah
Kakak Anis cakap sorry ayah dia kena suap mama dulu sebabnya mama yang lahirkan kakak..



Semoga yang terbaik buatmu Anak..

❤️❤️❤️

:::Internal Audit:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

**Internal audit**

Hectic weekdays
Fuhhh..minggu ni tersangatlah sibuk
Settle Ops Pemotongan Bekalan
Tiberr harini masuk office ada tetamu yang tak diundang pulak datang 
OMG
Internal audit masuk station cikpuaneqin harini
Patutnya diorang ni pergi station Sik tapi sebab kat sana ada renovation
Station minta tangguh
Boleh pulak kan camtu, rasa tak adil hahaha

Paling tak suka audit datang ni,
Banyak dokument nak kena prepare
Yang mana tak lengkap terpaksa 'Backdated'
tapi Audit kalini nak semak Financial Year 2023(Jan-Dis)
Makanya 
Bertabahlah kita..

Happy Thursday 😀

:::Sanah Helwah Anis Nuraisha:::

 Assalamualaikum
💛Da Jia Hao💛

SANAH HELWAH ANIS NURAISHA 
12 TAHUN | 18/01/2012 | Hosp Besar Melaka | 2.9 kg

Ya Allah anakku ini Anis Nuraisha Binti Mohamad Bakri tidak mempunyai ibu yang terbaik..

Namun ya Allah dia mempunyai Tuhan yang Terbaik..dia ada Allah yang Maha Terbaik..

Maka..

Jangan ambil kira lupaku,

Jangan ambil kira kelalaianku

Kerana anak ini mungkin tidak memiliki ibu yang terbaik..

Tapi sekarang aku memohon kerana anak ini atas nama hambaMu dia memiliki Allah yang Maha Terbaik, 

Maka..Berikanlah anakku ini:-

Akhlak anakku seperti Akhlak Rasullullah s.a.w.

Kesihatan anakku seperti kesihatan Rasullullah s.a.w.

Perwatakan anakku seperti perwatakan  Rasullullah s.a.w.

Ilmu anakku seperti ilmu Rasullullah s.a.w.

Kepimpinan anakku seperti kepimpinan Rasullullah s.a.w.

Kesabaran anakku seperti kesabaran Rasullullah s.a.w.

Selamat Hari Lahir Anis Nuraisha ❤️..

🍰🎂💐❤️

P/s: Kakak tengah exam UPKK...Nanti dah settle Kita celebrate yer.

Wednesday, January 17, 2024

:::DRM:::

Assalamualaikum

Da Jia Hoa

**Daily Review Meeting**

Kerja is kerja!!
Selagi ada kudrat, maka berkerjalah kita



Harini DRM dengan team MR
Rutin DRM,
Berpesan antara satu sama lain akan safety first
Nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
Begitulah pesanan setiap hari. 

:::Wordless Wednesday #17:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Wordless Wednesday - Petua Salah Bantal??

Pic : Kita salah bantal ni rasa tak sanggup nak dukung debab ni..

Ada tak petua salah bantal??
Bangun pagi ni tiba-tiba dah jadi macam robot
Sakit tengkok tak boleh nak paling dah ni

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Sebab harini operasi, makan harus berkerja jugak lah kita.


Tuesday, January 16, 2024

:::Happy working:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Happy working on Tuesday!!




Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga anak-anak kita yang sedang menghadapi ujian UASA & UPKK diberi ketenangan hati dan kecerdasan minda.
Debar hati ini usah diceritakan.
Pegang kuat-kuat ayat ini.
Anak kita anugerah dariNya
Apa pun keputusan yang keluar nanti mereka tetap no 1 dihati kita.

Love as always

Monday, January 15, 2024

:::Anis UPKK-BittaufiqWannajah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

-Calon UPKK 2024-
Anis Nuraisha Binti Mohamad Bakri 

Ya Allah , Permudahkanlah segala urusan anakku Anis Nuraisha, berikan kesihatan yang terbaik ,badan yang cergas ,otak yang cerdas sepanjang menduduki UPKK mulai esok sehingga hari terakhir. 
Semoga Berjaya dengan Cemerlang. 
Aminn Amin Ya Mujib.
Mama maafkan segala dosa kakak dan halalkan segala makan minum dan tiada sekelumit dendam kecil hati pada kakak.
Kakak anak yg baik dan mama tahu kakak dah pun buat yg terbaik.
Apa pun keputusannya mama tak kisah. 
Kita akan tempuh bersama jalan yang lagi panjang di masa hadapan. 
Ini hanya la salah satu permulaan.
Kakak akan berjaya dunia akhirat...
Insya-allah.

Sesi pagi UASA
Sesi petang UPKK

LOVE U Kakak Anis..

Sunday, January 14, 2024

:::Result Semester 8:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini hilang debaran selepas keluar keputusan peperiksaan akhir Semester ke-8
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana
Malam tadi tidur pun tak lena
Bangun awal buat solat hajat minta dipermudahkan segalanya, 



Jam 10.00 PAGI 14/1/2024 PACE UUM update result dah boleh semak
Alhamdulillah killer subjek yang akhirnya lulus dan mendapat gred C+
Memang tak target A++ sebabnya cikpuaneqin cukup tak minat subjek kira-kira ni

Management Information System - A
Financial Management - C+
Mandarin III- B
Negotiation Communication - B+

Terima kasih pensyarah
Terima kasih kawan-kawan
Terima kasih inciksuami
Terima kasih anak-anak

Keputusan ini tidak terlalu cemerlang tapi cukup membuatkan diri ini mengucap syukur alhamdulillah.
Next sems 9 & akhir sekali sems 10
Tak sabar nak habiskan pengajian
nak habiskan tittle Pelajar PJJ merangkap emak anak 4.
Cabaran yang luarbiasa hebat.

Tahniah untuk diri sendiri!!


Friday, January 12, 2024

:::1 Rejab 1445H:::

 Assalamualaikum



Malam pertama bulan Rejab jangan biar terlepas. Jumaat malam Sabtu.- malam ini❤️
Baginda ingatkan kita ada 5 malam doa kita tidak ditolak oleh Allah.
malam pertama bulan Rejab. Usah terlalu meminta dunia, tapi minta yang nilainya mahal disisi Allah, minta yang kekal selamanya, yang abadi.


Bukan yang sementara.
Bismillah,
📝 Minta mudahkan sakaratul maut.
📝 Minta dijemput Allah dalam keadaan Iman.
📝 Minta peluang pulang dalam keadaan Husnol Khotimah.
📝 Minta ketika dimandikan, kita dimandikan dengan kasih sayang Allah.
📝 Minta Ketika di alam kubur kita mendapat Rahmat.
📝 Minta dimudahkan untuk menjawab pertanyaan malaikat Munkar & Nakir.
📝 Minta kita terhindar dari siksa kubur. 
📝 Minta dikurniakan kubur kita menjadi kebun daripada kebun Syurga Allah.
📝 Minta Allah perkenankan kita menerima buku amal catatan dengan tangan kanan
📝 Minta kepada Allah s.w.t Ketika melintasi sirat kita mendapat kemuliaan tidak terjatuh ke dalam Neraka.
📝 Minta kita dikurniakan peluang nanti berdampingan dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Credit to Pn Zarini

:::Ulam segar:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗

**Salam Jumaat Baraqah**

Cuti-cuti ni kena masak meriah sikit
Anak-anak Ada kat rumah
Inciksuami Ada kat rumah
Pagi lepas sidai baju cikpuaneqin tengok ulam pucuk jangguih/ pucuk ketereh mencanak² naik.

Lama tak petik dia, makin suburlah pulak
Makanya harini kita petik lah dia



See, segar kann..

P/s: Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ❤️


Thursday, January 11, 2024

:::Giveaway Sampul Raya Rare 2024:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa👱

 Giveaway Sampul Raya Rare 2024


Klik pada gambar untuk ke blog Permaisuri Cuya.

Semalam dapat perutusan di ruang komen dari Permaisuri Cuya untuk join GA.
Makanya harini terus kita sahut perutusan darinya. 
Kalini Permaisuri Cuya berbesar hati untuk meraikan rakyat kerajaan kelapa yang selalu mengunjungi kerajaan kelapa😆

Sapa tak kenal blogger kreatif ni
Selalu je describe sesuatu penulisan dan penceritaan melalui lukisannya yang lucu.

Lets follow syarat-syarat permaisuri:


GA ni onzz 2 minggu sahaja dari tarikh ni tau.
Moga berjaya semua yang join.
JOM SUPPORT!!

nota kaki: SABTU ni 13hb Jan dah masuk bulan Rejab.
Makanya tak lama lagi Sya'ban seterusnya Ramadhan.


:::Nasi Kerabu di hari Khamis:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-Sarapan Khamis-



Nasi Kerabu dihari Khamis
Alhamdulillah 
hari ni sampai je office
ada sesuatu diatas meja
rupanya kawan belanja nasi kerabu daging bakar

Inilah yang dinamakan rezeki nasi kerabu di pagi Khamis
Moga kak Nik Zuraini dilimpahkan rezeki selalu.
Amin

Happy Thursday!!

Wednesday, January 10, 2024

:::Asam Pedas tanpa daun kesum:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Menu kami sekeluarga untuk harini❤️

Nasi Putih + 
Asam Pedas  tanpa daun kesum + 
Masak lemak udang + kubis dan carrot + 
Ayam Goreng kunyit


Asam pedas ni favourite kakak Anis, jadi kita masakkan juga walau tak cukup bahan.
Apa ada kat rumah je kita masak. 
Asam pedas cara kita : 
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan
Ketuk serai
Masukkan air asam jawa
Masukkan air hingga mendidih
Last masukkan ikan dan bunga kantan

Setiap pagi memang cikpuaneqin akan masak lauk heavy sebab anak-anak akan bawa bekal ke sekolah dan inilah jugak yang kami makan untuk dinner. Nak masak time balik kerja tak daya dah sebab ada sikecik yang suka sibuk kat dapur nak tolong cikpuaneqin masak,

Anak minta bawa bekal tahun baru ni, katanya pengusaha kantin yang baru kat sekolah diorang masak tak sedap. Ramai murid-murid bawa bekal.
Even nasi telur kicap pun diorang nak bawa dari rumah je, sebab taknak makan kat kantin.

kesian pula kat anak-anak...
Selagi ada kudrat, masak lah kita..ehee:)

Love as always

:::Suprise bot lagi ke ni?:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ingat lagi tak pasal entry suprise anniversary ni

Harini dia buat kerja ni lagi
Cuma dah bagitahu awal-awal

Kata inciksuami dia nak pergi Tasik Beris, Sik, Kedah

Ambil bot lagi untuk letak kat Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Pic: Time ni boat baru sampai depan rumah dalam proses nak turunkan boat

Pic: Penduduk sekitar dah tunggu depan rumah, masing-masing nak tolong turunkan boat dari loader tu
Jam 11 malam
Inciksuami ketuk pintu rumah
Bot dah landing depan rumah
meriah betul, dah ramai yang tunggu depan rumah tu
Masing-masing nak tolong angkat bot

Bot tu kena parking depan rumah dulu
Nak service enjin dan cat bagai
Bot second hand kan
Kena la manjakan dulu

Lepasni kalau ada yang nak join

 Group memancing
Group round Tasik Pedu
Group ronda melihat keindahan Tasik Pedu
Group gantung hammock
boleh roger tau

Pic: Boat pertama dan kedua

1st boat : 09/12/2023
2nd boat :10/01/2024

Lots of love



:::Giveaway Perfume SR:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa💚💛💙

Jom join Segmen suka-suki Giveaway Perfume SR

syarat -syarat tersangat lah mudah :

1. Follow blog SR CLICK HERE

2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR

3. Copy banner diatas dan letak sebagai 1st pic di post pada syarat ke-2

Tinggalkan link tuan/puan pada post SR

5. Boleh join semua blog yang ada tapi perlu follow syarat 2,3,4

Valid giveaway ni dari 9-25 Januari 2024

Thanks semua!!


:::Wordless Wednesday #16:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Wordless Wednesday #16


Jangan ajar diriku sabar
sebab minyak belum panas pun ku dah campak ikan ayam sotong
Sampai merecikkk la kat dinding-dinding tu
 haha

Happy Wednesday GuyS!!
Esok da Khamis 
Jumaat Kedah cuti..💛💛