Thursday, February 1, 2024

:::Itik Ternakanku (Batch ke-2):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

ITIK TELUR KUEK KUEKK💛



Sejak berhijrah balik kampung ni
Cikpuaneqin dan anak-anak dapat buat hobi yang tak boleh nak buat 
masa kami menetap di Kuala Lumpur
Hidup di Kampung kami lebih bebas untuk buat apa yan kami suka

Inciksuami ni minat pada binatang
Kat rumah ni dia bela :
Burung (pelbagai jenis)- berpuluh ekor
Kucing - pernah ada berbelas ekor
Iguana - seekor
Kera lukuseekor
Angsa- 4 ekor mati seekor
Itik - hampir 30 ekor 2 batch
Ikan (pelbagai jenis ikan) - 2 akuarium besar

Sampai satu tahap kawan-kawan cakap rumah kami ni dah macam zoo...
Enida kutip telur itik..suka kemain dia dapat 5 biji

 
Ni batch ke-2..cepat nya besar baru je bulan 12 hari tu RM3.80 seekor
Beli 20 ekor
Mati seekor

 
Tabur dedak sebelum bagi nasi pada itik-itik


Rutin setiap hari cikpuaneqin masak nasi itik
Stock beras hancur dan dedak sentiasa ada kat rumah
Kalau xsempat masak nasi beras hancur kat itik tu dorang kena makan dedak la
Tapi jarang lah nak lupa masak nasi untuk dorang
Harga beras hancur RM 2.20/kg
Beli 10kg tu hampir 2minggu kadang tak sempai 2minggu

Untuk itik batch pertama
da boleh makan hasil
Ada lah telur setiap hari yang anak-anak boleh kutip
Rasa dah beratus biji kami kutip
tak pernah jual
jiran-jiran terdekat dah merasa
Kawan-kawan kat opis pun dapat merasa
Time rajin kita buat telur masin siap2 bagi kat depa
time kurang rajin kita bagi je telur mentah 

Ni sebahagian telur yang enida kutip
Baju sekolah pun tak sempat tukar lagi.
Rezeki harini
Boleh la buat masak lemak telur itik kuah pekat2
Yummehhhh

28 comments:

  1. Sedapnya kalau masak lemak cili api tolo itik...... teringin lah pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...himpun 3 Hari dah selamat buat telur masin...dapatlah sebalang

      Delete
  2. hebat lah..suami suka berkebun gitu..ok lah...suami kita tak gemo..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dia pencen mgkin dia pon suka berkebun haha

      Delete
    2. memang tak kot...hahaha...dia suka kereta, motor...tp dia tak suka berkecah2, comot2...cmne tu?? hahaha

      Delete
  3. Arwah tokwan saya penternak itik. Buat telur asin. Rindu kenangan lalu...

    ReplyDelete
  4. Wahhhh boleh kutip telur itik ni....masak lemak best tu....

    ReplyDelete
  5. Telur masin harga mahallll.sila lah berbisnesss🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah jual lagi telur itik ni mz..setakat harini dok berbagi2 je kat jiran ngn kwn opis..pasni klu stock bnyk kita try biz hehhe

      Delete
  6. seronoknya. dulu pernah bela itik tapi sekadar suka-suka. dapat kutip hasil walaupun sebiji tu happy sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul kak rodiah,,,pagi2 lepas bagi itik makan kita cari la telur sb dia jens bertelur merata ...da jmpa tu mmg hepi lah

      Delete
  7. Bestnya Eqin! Suami pula rajin & minat menternak gini, bagus sangatlah.
    Doakan akk dapat berhijrah ke kampung juga suatu hari nanti 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer seronok sgt PH...moga satu hari nt akak jugak dpt balik kampung yerr

      Delete
  8. halah halah comel jee. seronok! tapi kite tak boleh hidup tanpa internet. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer zaman skrg ssh nk hidup tanpa internet semua dihujung jari...
      even nk order mkn pon boleh guna fon xperlu nk cri parking pergi kedai tunggu lama mkn masa.

      Delete
  9. seronoknya kehidupan mcm ni.. Allah.. bestnye..

    ReplyDelete
  10. Memang seronok. Kami ada juga bela itik...tapi sy belum merasa lg sbb kebun jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,,,yer seronok MM....Time bagi makan pun seronok riuhhh je dorg ni

      Delete
  11. allahu seronoknya macam- macam ada..rajin suami eqin ye..bagus ni..semua sumber makanan...x perlu beli dah kan...kalau dekat nak je tadah bekas nak telur itik..fav Pak Zain tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber rezeki betul tu...hidup dikampung ada yg xperlu beli...setakat nk mkn masak lemak telur itik. daun kunyit pon ambil tepi rumah je SA

      Delete
  12. aduh terus teringin telur itik..sedapnyaa

    ReplyDelete
  13. Isssshhh itu lah enaknya tinggal di kampung kak 😍😍. Halaman rumah pun lebih besar , jadi bisa kita buat macam2 kebun atau peternakan kan.

    Best sangat kalo bisa kutip telur tiap hari. Tapi kalo hewan2 peliharaan begini, saya biasanya tak akan tega untuk makan dagingnya. Jadi hanya ambil telur atau susu 😅

    ReplyDelete