Thursday, May 16, 2024

:::Buah Sulung dah luruh:::

 Assalamualaikum 

 Da Jia Hao πŸ’—❤️πŸ’ 

Durian oh durian
My favourite fruit nii❤️




Alhamdulillah balik kerja harini
Ada sebiji atas meja
Suami simpan katanya buah Sulung dah luruh
Sebiji tu Ada 6ulas
Kongsi 3orang
Mama, ayah dan Aenida 
Dapat 2ulas seorang
Jadi la buat rasa2 orang kata
Ni pokok D24 kata Inciksuami 
Mana² pun kita suka janji yg nama DURIAN


:::Hide and Seek:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

15.5.2024

Cantikkan date harini
secantik cuaca harini

Kita Throwback date 15.5

Kerja pun boleh tahan yer harini.
Lebih kurang kepada cari barang tersembunyi

Hide and seek 






Nak di jadikan cerita
Kena cari meter tanpa ada apa2 panduan
GPS xde
No tiang pun xde
Cari berpandukan alamat terdekat
Dah Sampai lokasi yang dituju
Meter pulak tak jumpa
Makanya cikpuaneqin n team gamble je
Redah hutang
Alhamdulillah Jumpa
Nak jumpa meter tu pun
Bercerau jugak la peluh 
Baju basah la jugak

Da jumpa memang happy
Kiranya misi Berjaya la
Yang dicari telah dijumpai
πŸ˜† 
Sekian


::: Happy Teachers Day:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 

-16 MEI 2024-
Hari Guru Akan disambut setiap tahun pada tarikh ini.

Dari kecil kita telah diasuh oleh guru pertama iaitu ibu ayah kita
Mereka layak menjadi idola dalam hidup kita kerana sehingga hari ini pun mereka menganggap kita masih kecil 
Bismillah yang kita pandai baca hari ini adalah diajar oleh ibu kita 
Terima kasih umi, terima kasih ayah

Untuk sambutan Hari Guru 2024
Aenida ezreen tidak lupa pada guru² yg mengajar beliau
Mama balik kerja semalam diajaknya ke eco shop 
Lalu depan Eco shop penuh la ibu ayah anak² tengah cari hadiah 
Mama segan nak cari parkir nak kena jalan jauh
Makanya kita ke guardian cari apa yang patut
Asalkan ada aje tanda ingatan buat para guru yg mengajar Aenida

Akhirnya kita beli hand wash and wipes tissue utk cikgu Aenida 
Terima kasih yer cikgu tidal jemu menjadi lilin buat anak bangsa

Untuk rakan² blogger 
Tahniah kerana anda jua mampu menjadi guru yang hebat di mata anak2..


Semoga jasa guru-guru dibalas
dengan ganjaran pahala dan dimasukkan ke syurga tanpa hisap..aminn

Tuesday, May 14, 2024

:::Ops Potong:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Syawal dah berakhir kan
makanya Ops potong dah bermula yer
Jangan lalai dengan bil utiliti anda
Peringatan untuk diri sendiri juga

Harini cikpuaneqin terlibat dengan Operasi Pemotongan
Semoga dipermudahkan segala urusan pekerjaan kami harini
Harapan saya jugak untuk harini adalah
semoga pengguna tak marah-marah bila kami lakukan kerja kami
Arahan dari atasan untuk kami 
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS.

:::Rutin ke Taska:::

 Assalamualaikum
Da JIa Hoa

Rutin my boy Aisy Fatih ke taska sekarang ni dah bertukar yer
Kalau dulu cikpuaneqin yang hantar ke sekolah naik kereta
sekarang ayah ambil alih hantar Aisy Fatih ke taska naik motor
Usia dah 1tahun 5 bulan
dah pandai duduk dalam raga motor


Pagi-pagi memang dah ready nak pergi taska naik motor
rilex santai jer dia sandar di dada ayah
mama cuba nak ambil pun dah tak mau dengan mama
punya santai naik motor
hihihi

Anak,
asalkan kamu sihat-sihat aja ya
pergi taska dengar cakap tc
behave 
dah lega dan senang hati mama

Love You Son

Monday, May 13, 2024

:::Musim Durian hampir luruh:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 

Musim Durian hampir luruh tak lama lagi merasa la kutip durian pagi-pagi

Semalam balik dari ambil anak2 tuisyen, Sajalah singgah kebun durian
Tak jauh sangat dari rumah still dalam Kampung juga



Tengok buah merimbun dan besar
Alhamdulillah syukur padaNya 
Incik suami cakap dahan tak kuat untuk tampung buah
Kena tongkat pakai buloh risau dahan patah
Semua pokok2 dijaga dan dibaja oleh Inciksuami 
Moga ada sedikit rezeki, boleh kita sama² berkongsi rezeki dengan kawan² dan saudara mara❤️

Sunday, May 12, 2024

::: Happy Mother's Day:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 


Walaupun hari² Hari Ibu

Tetap nak wish pada Ahad minggu kedua Bulan Mei

Happy Mother's Day ❤️ 

Daripada yang kecik sampai ke yg besar mama dapat ♦️card


Simpan sini kenangan tulisan :

We Love You Mama

Even mama garang tetap sayang mama kann❤️❤️

Thursday, May 9, 2024

:::Buah Pelam, jom nyicah:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Petang-petang ni
mata layu je nak kerja rasa lemau
lama dah tak keluar operasi

Team member opis kita ni memang rajin bab menjamu kawan-kawan
tengah mengantuk ni
dia datang dengan sepinggan pelam untuk menyicah
Nikmat apa lagi yang engkau dustakan??

Jom menyicah!



:::Dhuyufurrahman:::


Assalamualaikum
Da Jia Hoa

 Selamat berangkat ke tanah suci para Dhuyufurrahman. 

Semoga beroleh haji yang mabrur.

Alhamdulillah, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia KT01 yang terdiri daripada jemaah haji negeri Kedah dan Kelantan selamat berlepas ke Madinah pada jam 12:16 pagi tadi. Semoga dipermudahkan urusan ibadah mereka.

Kakak antara salah seorang jemaah haji Malaysia KT01.
Kami memberi penghormatan terakhir pada kakak.
Perasaan sebak sedih gembira semua bercampur baur
Walaupun kakak pergi seorang diri tanpa arwah abg disisi
Kakak sangat gembira
syukur alhamdulillah
tercapai cita-cita kakak untuk mengerjakan ibadah haji

Sebelum kakak berangkat

Semua jiran tetangga dan sanak saudara mendoakan kakak

Kami semua melambai kakak dengan tangisan kegembiraan



Semua orang sayang kakak
ramai orang tunggu dan mendoakan kakak
semoga selamat pergi dan pulang

Kakak doakan eqin sama yer
semoga kita semua dapat mengerjakan ibadan umrah dan haji semasa sihat.
aminnn


:::Hari Sukan SKKN:::

 Assalamaulaikum

Da Jia Hoa

Wahh berhabuk da blog kesayangan ni
terlalu sibuk dengan macam-macam hal
nak menulis sehari 1 post pun x sempat uiii

Minggu ni kakak Anis dan Aenida sibuk dengan latihan sukan kat sekolah
Dari hari Ahad lagi bawa buku pun lepas rehat je
Pagi semua murid berada kat padang sekolah

Kakak Anis masuk acara Lontar Peluru
Kakak Aenida masuk acara lumba lari

09/05/2024 -Hari sukan sekolah
semua waris dijemput hadir


Aenida rumah MERAH

Senyum je muka dapat pingat 
Tengah-tengah kecik je semua murid tahu 3 macam dia plk paling kecik

Kakak anis pakai spec...senyum jugak, asyik ulang cakap pecah rekod lontar peluru

Eh ayah pun kat tengah padang nak terima hadiah

mama cakap kat anak-anak mama mendoakan kejayaan hampa dari office je
mama takdapat nak pergi tengok anak-anak sukan kat sekolah
ayah mengalah, ayah bagi masa pada anak-anak ayah
lepas hantar adik Aisy kat taska terus ayah ke sekolah kakak

dengan tenang dan sabar ayah tunggu setiap acara yang dipertandingkan
rupanya ayah pun masuk acara juga
cikgu lawan para waris
acara lumba lari 4x100
bekas tentera kan lari-lari ni memang makanan depa
ayah dapat tempat pertama
kira puas hati la pergi bagi sokongan kat anak satu family dapart hadiah
haha

okei sekian dulu ceritera sukan anak-anak
Majulah sukan untuk NegaraπŸ’™πŸ’™πŸ’™