Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Monday, November 27, 2023

:::Jom marathon} Strong Girl:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Anak² da tido maknanya 
Jom lah Kita ber'Me Time


Malam Ni nak mula marathon
Strong Girl Nam-Soon..
Harapnya xde gangguan lain..
Nanti kita review 😍

Luff#koreandrama

Thursday, November 16, 2023

::: Cigarette Girl(Gadis Kretek):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

πŸ€πŸŒΏ NETFLIX: CIGARATTE GIRL πŸ€πŸŒΏ
(Gadis Kretek)


Filem ni diadaptasi dari sebuah Novel karya Ratih Kumala yang berkisahkan
CINTA & MISTERI
dengan latar belakang sejarah Industri Tembakau di Indonesia.

Kisahnya tentang seorang Gadis Kretek  (Jeng Yah@ Dian Sastro) yang cukup pandai memcapurkan ramuan tembakau untuk menjadikan rokok yang bagus.

Racikan tembakau dan mencampurkan dengan pelbagai ramuan seperti cengkih, bunga mawar menjadikan dirinya cukup terkenal dan handal dalam mencipta rokok.
Seorang pemuda ( Soeraja @ Ario Bayu) sangat tertarik apabila mencuba kretek yang dibuat oleh
 Jeng Yah.

Pada zaman itu, seorang gadis tidak boleh ambil tahu dan ikut campur dalam proses membuat kretek, mereka  hanya boleh menggulung kretek yang sudah jadi.

kretek yang dihasilkan Jeng Yah ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan.
Hal ini membuatkan Jeng Yah komited untuk membuktikan bahawa Kretek yang diciptanya akan diterima oleh masyarakat.

Semasa Jeng Yah menghasilkan kretek, beliau selalu ditemani oleh Soeraja yang membuatkan mereka jatuh hati.Situasi politik ketika itu menyebabkan mereka perlu berpisah.

Sedih sangat time ni dimana perniagaan keluarga Jeng Yah Jatuh,
Ayah Jeng Yah mati ditembak.
Jeng Yah dipenjarakan sehingga menjadikan beliau bukan dari kalangan golongan berada.
Saat itu, Soeraja diperangkap untuk menjadi sebahagian dari rakan kongsi musuh perniagaan kretek keluarga Jeng Yah.

Jeng Yah akhirnya berkahwin dengan Mas Seno (Tentera) yang selalu ambil berat terhadap mereka sekeluarga semasa Soeraja sibuk dengan perniagaan kretek.
Jeng Yah dan  Mas Seno dikurniahkan anak bernama Anum Cengkeh

Moral : Cinta sejati tidak akan pudar selamanya, 
Biarpun jauh dimata, mereka sentiasa berada dihati kita.
Nangis jugak la ada scene sedih dalam citer ni, masuk episode 2 xsesuai ditonton oleh kanak2.
Jaga2 ya ibu ayah.

Tak Nyesal tengok, sekurang-kurangnya tahu juga sejarah tembakau dulu2.

Till then,

Love as always.

Sunday, November 12, 2023

:::Day 12 #Fav movie:::

Assalamualaikum

Da Jia Hao 

Masih lagi dengan Challenge 30 days

Tittle: Fav Movie (Crash Landing on You)

Siapa je tak tau citer ni kannnπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



Tuesday, November 7, 2023

:::Day 7 #Movie:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 


Tittle: Movie review

Nampak sangat jarang beno tengok movie ni.Tak gemar sangat tu yang kurang sangat nak review movie bagai..

So untuk tatapan bloggers kita takkan hampakan awak²,
Makanya kita share kat sini movie yang pernah Kita tengok yang best

Tekan sinie tau..

Tq Sudi baca entry post cikpuaneqin
Love as always πŸ’˜

Tuesday, October 10, 2023

:::NOWHERE at Netflix:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Jom nak review sikit citer latest kat Netflix on October 2023.

...NOWHERE..



Kisahnya negara Sepanyol atau Spain bertukar pemeritahan (Dictatorship)
Dengan pemerintahan baru ini mereka membuat zalim terhadap golongan kanak-kanan dan wanita.
Awalnya yang mana sempat lari, mereka akan menyelamatkan diri. Mia n suami nya sempat lari ke dalam Kargo untuk menyelamatkan diri mereka dan lari ke Ireland.

Semasa dalam Kargo, suami Mia telah dihalau keluar dan memisahkan mereka dari bersama,
Mia dengan keadaan sarat pregnant keseorang, tanpa suami dan anak mereka.
Mia selamat daripada ditembak apabila pemerintah kerajaan mengarahkan askar mereka menembak semua wanita dan kanak2 yang berada dalam kargo.
Mia terselamat kerana beliau bersembunyi di atas kotak kayu dalam Kargo.

Kargo Mia dibawa ke tengah laut, semasa hujan lebat Kargo Mia jatuh di lautan dalam.
Pelbagai cara Mia buat untuk keluar dari Kargo itu.
Dengan keadaan tidak larat dan tiada makanan, Mia menelefon suami beliau yang berada di Kargo yang berlainan.

Plot citer ni bila Mia melahirnya anaknya dalam keadaan seorang diri.
Di tengah lautan tanpa pertolongan.
Dalam keadaan lapar beliau berjuang seorang diri.
Sedih gak la time ni.
Pelbagai usaha Mia lakukan untuk keluar dari Kargo.
Husband Mia call bagitahu Mia kena usaha sendiri untuk keluar dari situ kerana Husband beliau cedera ditembak dan tidak dapat menyelamatkan mereka.
Akhirnya.. Mia berjaya keluar dengan umpilan besi kargo.
Untuk teruskan hidup bersama baby yang diberi nama Noa.
Mia membuat jala untuk menangkap ikan.

Akhirnya Kargo yang menjadi tempat Mia berteduh tenggelam, Mia diselamatkan oleh sebuah bot.

Mia dan baby selamat.

The film about survival, love, and patient.
18sx.

Thank you.

Friday, October 6, 2023

:::JAANE JAAN:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

Moh kite nak review filem Bollywood

JAANE JAAN


Actress yang berlakon cite ni

MAYA DSOUZA @ Kareena Kapoor

Kisahnye Mrs. D'Souza @Kareena Kapoor atau seorang ibu tunggal yang terlibat dengan pembunuhan kejam suaminya.
Kisahnya 15-16years ago suaminya pernah jual beliau hanya semata-mata untuk dapatkan duit.

Apabila mereka dikurniakan Anak, Kareena Kapoor bawa anak beliau lari ke sebuah Kampung di pedalaman iaitu Kalimpong.

Akhirnya suami beliau iaitu Ajit menjumpai tempat tinggal mereka dan Cuba mengugut untuk dapatkan wang..semasa di rumah Maya Dsouza@Kareena Kapoor membunuh suami nya dengan coil(wayar paip) dibantu oleh Anak perempuan nya.

Jiran mereka iaitu Teacher Naroo membantu mereka dalam menyembunyikan perkara ini daripada diketahui oleh pihak polis..
 Teacher Naroo berjanji akan buat apa saja demi 
Maya disebabkan Maya telah menolong beliau daripada menemui ajal ketika Tidak dapat menyelesaikan Formula Math.

Akhirnya, Teacher Naroo mengaku semuanya dihadapan pihak polis bahawa beliau lah yang membunuh suami Maya dengan menjerut leher,memukul dengan Batu serta membakarnya.

Maya D'Souza dibebaskan daripada pertuduhan ini..

Suspen and best citerr nii
Saya bagi 5bintangπŸ’—

Ok till then love as always