Wednesday, November 29, 2023

::: Wordless Wednesday #14:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—πŸ’•


Pagi² anta taska memang muka kena camtu eh..Mashammm je..takmau senyum lansung...Macam terpaksa redha je ditinggalkan..

10days to go...
Celebrate birthday my 1y.o baby 🍼

See u when I see you πŸ’ž

Tuesday, November 28, 2023

:::Ikan Pekasam:::

Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ‘€

Sambungan ceritera MISI MENCARI IKAN

Dari ikan fresh dijadikan ikan pekasam.

Sebenarnya da lama beliau dok buat ikan pekasam ni,
Katanya belajar buat ikan pekasam pun dari arwah mak Timah
Masa tu kecik lagi, 
Tengok cara mak timah besiang ikan
Tengok cara rendaman asam jawa dan garam
Tengok cara goreng beras api tu kena pelan xboleh kuat nanti beras hangus
Tengok lagi cara mak gaulkan ikan yang telah diperap tadi dengan beras.

Alhamdulillah,ilmu dari mak timah inciksuami guna sampai ke hari ini.
Zaman sebelum pencen askar dulu, time masuk Ops Belum ada la time2 beliau cari ikan
yelah, dok kat hutan tu berbulan takan nak makan lauk paket je
Kena la cari ikan kat sungai jugak kalau nak makan sedap
Bila da dapat ikan terlalu banyak kena la buat pekasam
Sapa pernah rasa pekasam incikbakri kita tau la camna kan haha

Da pencen ni, angin turun tasik tu tak habis lagi,
Inciksuami and da geng cari ikan then balik tu dia syok nak buat pekasam
Awal2 dulu puanisteri tak pandai pun nak besiang ikan sungai tu
Sekarang ni da mahir + kerajinan tahap kena A+
Kalau malas jangan buat nanti takkan jadi ikan pekasam tu.

Done pekasam ikan lampam + ikan toman
Lagi beberapa hari nanti boleh makan la ni
Nampak sedap kan..bau beras pun sedap..
Alasan tak boleh nk mula diet lagi nie..

Okes cikedout..
love as alwaysπŸ’š


Monday, November 27, 2023

:::Jom marathon} Strong Girl:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Anak² da tido maknanya 
Jom lah Kita ber'Me Time


Malam Ni nak mula marathon
Strong Girl Nam-Soon..
Harapnya xde gangguan lain..
Nanti kita review 😍

Luff#koreandrama

:::Jejak Kasih Kembali:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Jejak Kasih Kembali bertaut hahahaha

Alhamdulillah beliau masih hidup..
Taktau macamana tergerak hati nak email kat beliau.Tup² beliau reply email saya...yela contact number da takde so kiranya memang lost contact..

Wah rasa macam hidup kembali, yela boleh gelak balik sebab ingat memori dulu² kan..
Zaman shopping kat Star Grocery,Zaman tolak troli kat NSK..wehh takde orang buat keje macam kita buat...

Zaman PKP orang len WFH kita hari2 pacak khemah niaga cari income lebih..

Alhamdulillah Rasa lega bila dapat contact beliau balik.. walaupun da kena bebel sebab sunyi sepi tanpa berita...diam tak diam...dalam hati insyaAllah selalu ada..

 Jiwa kita ibarat pokok..tanpa baja ianya akan mati..Tanpa kasih sayang ianya akan pudar...tak kira la dengan siapa pun kann..hati ini sentiasa milikmu..

Seburuk² orang lain,buruk lagi saya
Sebaik² saya, baik lagi orang lain

Love as always ❤️😍

:::Nieyl Mencari Bloglist Baru:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa..

Jom Join Segmen Nieyl Mencari Bloglist Baru

join untuk suka-suka kan...


Pencarian bloglist untuk blog nieyl bermula pada 23 November 2023 sehingga 27 November 2023 . Semua blogger dijemput join.



Syarat-syaratnya :



1. Follow blog seindahcerita / Follow Instagram @nieylanadia 


2. Blog yang aktif dan rajin tinggalkan komen


3. Buat entri bertajuk Nieyl Mencari Bloglist Baru


4. Jangan lupa buat entry di Blog Masing-masing


5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini okay



Hokeh...done join segment suka-suki


Lots of Luff



:::We Made It:::

 Assalamualaikum

Da Jia HoaπŸ’›

Ingat lagi tak pasal

 Ceritera Majlis Perpisahan

Yes We Made It.
Alhamdulillah
Tak rugi kita buat kawan-kawan kita happy kan
Bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran
SENTIMENTAL VALUE tu yang mahal



done wrappping hadiah, asah skill kreativiti
okla kan dari bagi hadiah togey camtu je, kita kasi wrap cantik2
Moga bermanfaat buat semua.

Moga rakan-rakan yang berada jauh dimata, dekat dihati sentiasa sihat dan
baik-baik aja.


Lots of Luff...

Sunday, November 26, 2023

:::Hati Kita Milik Allah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—


insyaAllah Hati ini sentiasa tenang dan redha dengan apa yang Ku lalui setiap hari.

Tanpa pengorbanan ini, tidak akan wujud apa yang ku punya harini...

Semoga hati ini pulih dari kesedihan dan keluh kesah..

Alhamdulillah syukur padaNya

See you when I see you ❣️

Thursday, November 23, 2023

:::Sirih Pulang Ke Gagang:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao

Sejak kerja ditempat lama lagi, memang selalu je cikpuaneqin handle Majlis.
Tak kisah la Majlis apa,
kalini diberi amanah untuk menjadi AJK bagi Majlis Sirih Pulang ke Gagang bagi anggota kerja yang bersara.
Ofis cikpuaneqin tak ramai tapi kami tetap ada untuk meraikan mereka meninggalkan dunia pekerjaan.

Ringkasan Tentatif Majlis :
Date : 29/11/2023
Time : 9.00 am
Venue : Ruang Legar TNB Knrg

Menu :
Nasi Tomato+ Ayam Masak Merah + Acar Jelatah
Pulut Kuning+Rendang ayam
Ketupat
Seri muka + Cucur badak
Kek Pisang + Kek coklat
Bihun Goreng
Nescafe Panas + Teh o'

Pegawai yang dirai :
Bersara :
Puan Hindun- CCO
Puan Zanarian
Puan Rahizi
En Razak

Berpindah :
Puan Faezah
En Said Ehsan

Plan asal buat kami2 je, sekali da buat majlis ni buat la untuk semua terus.

Tak salah kan raikan kawan2 kita yang bakal tamatkan zaman pekerjaan.
Semoga sedikit kegembiraan buat mereka ini menjadi tanda ingatan dan terima kasih kita pada mereka yang suatu ketika dulu pernah memberi jasa dan tenaga buat syarikat.

sekian,
till then see ya.


 

:::Jika ada disenangi, Jika jauh dirindui:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa,

Dua tiga harini perasaan cikpuanqin abnormal,
Tidak seperti selalu,
Terasa resah gelisah.

Ingat lagi seseorang pernah ajar cikpuaneqin berdoa 
" Ya Allah jauhkan kami dari  perasaan resah, gelisah dan dukacita"
Aminn3x

Sebenarnya lebih kepada merindui dan mengingati seseorang dulu yang pernah baik kepada cikpuaneqin dan anak2.
Tidak pernah berkira wang ringgit
Tidak pernah berkira tenaga tulang empat kerat
Tidak pernah berkira tentang apa sahaja permintaan dan bantuan

Buat dulu apa sahaja yang disebut tak pernah merungut letih dan penat.
Allahu sungguh banyak kebaikan yang beliau buat untuk saya dan keluarga saya.
Setiap hari tanpa gagal akan belikan segala keperluan untuk senangkan hati saya dan anak2
Setiap hari akan bayarkan apa yang saya capai, tanpa minta pulangan atau gantian
Tidak pernah saya jumpa orang sebaik beliau. Tidak kaya tetapi ada.


Betul orang kata jadilah,

Ketiadaan dicari, Kehadiran dinanti,
Kepergiaan dirindui, Kematian ditangisi,
Dan kebaikan diteladani kerana
Sebaik2 manusia adalah yang memberi
Manfaat kepada semua,

Allahuakbar...
Jika beliau masih hidup, semoga Allah pelihara beliau dan memberi keberkatan dan keredhaan kepadanya dan keluarganya.
Jika beliau telah meninggal dunia, sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH buatnya dan Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 nya dan memberi pahala dari setiap apa kebaikan yang beliau pernah buat pada kami dahulu.

Sesungguhnya aku menjadi saksi engkau seorang yang baik.

Love as alwaysπŸ’š

Wednesday, November 22, 2023

:::Biar gambar berbicara:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—


No caption 🚫 Biar gambar berbicaraπŸ˜‚πŸ˜‚
Haishh laju2 nak pergi mana tu..
Nak lari rumah pun bagi la pandai jalan dulu..hahaha

Usia 11m16d *belum boleh jalan ye

Love as always
See you when I see you ❤️

::: Wordless Wednesday #13:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

#Repost my 1born 

~Anis Nuraisha |KLCC |2014~
Rindu saat ini, susah senang tika ini hanya anak pertama yang menjadi saksi.
Ketahuilah Anak, dikau adalah kekuatan buat mama hingga ke saat ini..

Sayang kamu❤️

Love as always
Till then see you when I see you 

Tuesday, November 21, 2023

::: Channel semudah ABC:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

Siapa tak kenal flatform ni..
Semudah ABC.
Samada anda sebagai pengguna atau sebagai peniaga!
Semua boleh guna platform ni sebagai medium untuk mengiklankan sesuatu.

Mudah.my
Boleh dijadikan transaksi untuk
B2B
B2C
C2B
Membuat pelbagai aktiviti pengiklanan

Tadi BW di blog kenkawan blogger tetiba ternampak this post..Naik iklah di Mudah.my

Yess.. this is my house for rent.
Sape ada kenalan yang mencari rumah sewa boleh direct personal contact me okay..

#Cempakapuri Apartment (RM800)
#Partially furnished 

Kita sebolehnya nak penyewa yang pandai jaga rumah...
Yelahh...Kita jauh di Kedah...rumah untuk disewa di Nilai, mana mungkin nak pergi spotcheck selalu kan..
Kita percaya,
Serah padaNya insyaAllah selamat semuanya.

Till then see y'all when I see you πŸ˜πŸ’•

::: Kreativiti:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—


Usia : 11m 19d

Xtvt Aisy Fatih kat Taska
Perkembangan Kreativiti
Merancang motor halus dan
Daya ingatan.

Jadi Anak Soleh yer
Sihat selalu
Jadi anak yg 
penyejuk dimata penawar dijiwa.

Kesayangan hamba🎈


Monday, November 20, 2023

:::Dusun Kelapaku:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

Ceritera 20/11/23 | Isnin |6p.m

Harini balik kerja sampai je rumah tengok Inciksuami takde.Alamak kemanakah beliau??

Tanya kakak Anis,katanya ayah pergi dusun..Makanya cikpuaneqin terus tidokan Si kecik Aisy then start keta terus ajak Enida ke dusun.

Sah..beliau ada di dusun tengah mesin rumput..Maka tepat lah ramalanku dia pergi dusun menebas bagi cerah..

Makin busy big boss..Ada je kerjaan yang dia buat yang membuatkan dia tak boleh duduk diam..yela abam ashkar pencen kan,dulu da kerja lasak manakan nak duduk diam kat umah.. Alhamdulillah dapat pasangan yang rajin.. Harini seharian ni memang Inciksuami tumpu kat dusun kami je la..Sekali lagi masuk elok la.

Katanya sekarang ni kena bahagi kasih sayang ..Amanah orang meninggal jangan buat main.Inciksuami ada la juga tolong jagakan kebun kawan dia yang baru meninggal 31 Ogos 2023.Makanya beliau betul² jaga tanah arwah tu..

insyaAllah 

Berbudi pada tanah tak rugi,Tanah tidak menipu🫢🀲

Any idea tak atau ada cara khas untuk penjagaan pokok kelapa??? maklumlah cikpuaneqin kan baru dalam bidang pertanian ni..😁

Till then see u when I see you 

:::Dunia itu Penat:::

 


Dunia itu memenatkan…

Belajar itu penat,

Tapi direndahkan orang lain kerana kurangnya ilmu pengetahuan juga penat!

Bekerja itu penat,

Tapi berbaring dan duduk seharian tanpa buat apa-apa juga penat!

Bersenam dan jaga pola makan itu penat,

Tapi bawa badan yang berat juga penat!

Berjuang untuk mencapai mimpi itu penat,

Tapi penyesalan kerana tidak pernah mencuba juga pasti akan membuat jiwa kita penat!


Tinggal PENAT mana yang kita pilih,

Penat yang membuat kita berkembang,

Atau penat yang buatkan kita duduk di takuk yang sama!


Takde benda yang tak penat betul tak?😌

Selamat berpenat-penat gengπŸ˜‡


Credit by Ani Zahidah

:::Day 18 #Thirty fact about my self:::

 Assalamualaikum

Da Jia HaoπŸ€ 

Jom sambung Challenge 30 days 

 Tittle :Thirty fact about myselfπŸ€πŸŒ·



Banyaknya challenge ni nak fakta tentang diri saya. 
Tak tau la describe camna yang pasti nya:

 1) Jadi isteri kepada IncikBakri πŸ‘”
 2) Pernah jadi isteri tentera b4 inciksuami bersara🌹
 3) Mama kepada 3 anak perempuan 1 anak lelaki πŸŒ„
 4) Hanya ada seorang BFF - moga persahabatan kekal ke syurga
 5) Ada la adek pempuan yang bajet lawa n kurus dari kakak dia, hakikatnya hmmm
 6) Mama panggilan dari anak buah (Sofea, Sara, Marissa, Naira)πŸ‘¨πŸ‘§πŸ‘¦
 7) Lahir pada 12 April selepas setahun abang ku dilahirkan
 8) Test Lesen nan abam JPJ 2X repeat weh..tu pun lulus sebab tgh pregnant 😍
 9) Penakut yang amat sangat pada cicak,,,lebih kepada geli gelemannnn
 10) Suka memaafkan kesalahan daripada terus bergaduh
 11) Banyak pendam masalah, banyak juga bercerita bila tak tertahan.
 12) Kuat cemburu walaupun inciksuami tak ensem hahah
 13) Tak kuat untuk hadapi kehilangan orang tersayang
 14) Pernah berkerja dan menetap di Kuala Lumpur 10Tahun🌈🌁
 30) Suka dan bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini. 

Alhamdulillah selesai, 
Aci lah ye 30 fakta tentang diri saya. 
Nak tulis banyak sangat, kita buat 30 terus hahaha...


Thanks sudi baca, till then see u soon


 

:::Atouna el toufoule:::

 Assalamualaikum

Doa buat saudara kami di Palestine:

Ya Allah,
Ampunilah kami yang belum mampu berjuang untuk membela saudara kami di Palestina..
meskipun demikian, doa hati dan dukungan kami untuk para pejuang kemerdekaan Palestina dan seluruh masyarakat Palestina.
Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kemenangan.

Sampai detik ini kami hanya bisa menangis melihat penderitaan yang terjadi disana (Gaza) semoga Allah tetap memberikan kesabaran kepada seluruh manusia di muka bumi. Aamiin yaa robbal 'aalamiin....
πŸ’šπŸ’šπŸ’š

 Atouna El Toufuli merupakan lagu yang dicover oleh Nissa Sabyan.

Lagu ini seolah melekat dengan lagu Palestina karena lagu ini menceritakan tentang anak-anak di Palestina yang menjadi korban konflik dan perang di Gaza.

 Atuna Tufuli by Sabyan:

Jeena N'ayedkon Bel-Eid Mnes'alkon
Lesh Ma Fee 'Enna La 'Ayyad Wula Zeineh

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Samana 'Am Tehlam 'Am Tes'al El-Ayam
Wein Esh-Shames El-Helwe W-Rfouf El-Hamam

Ya 'Alam Ardhi Mahroo'a
Ardhi Huriyyeh Masroo’a

Ardhi Zgheere Metli Zgheere
Atouna Es-salam 'Atouna Et-Tufoole

A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam

I am a child
With something to say
Please listen to me
I am a child
Who wants to play
Why don't you let me

My doors are waiting
My friends are praying
Small hearts are begging
Give us a chance
Give us a chance

Give us a chance
Give us a chance
Give us a chance
Please, please, give us a chance

A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna Et-Tufoole
A'touna, 'Atouna, 'Atouna Es-Salam


Sunday, November 19, 2023

:::Happy Wife, Happy Family:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Kisahnya bermula dari SINI YAAA

PERGINYA DENGAN HARAPAN,
PULANGNYA MEMBAWA KEJAYAAN.

Setelah 2h1m meninggalkan anak3 dan puanisteri,
 maka inciksuami pulang ke pangkal jalan membawa 
2guni ikan.

Alhamdulillah 3x

Surah Ar Rahman Ayat 13
فَΨ¨ِΨ£َΩ‰ِّ Ψ‘َΨ§Ω„َΨ§ٓΨ‘ِ Ψ±َΨ¨ِّΩƒُΩ…َΨ§ ΨͺُΩƒَΨ°ِّΨ¨َΨ§Ω†ِ
Arab latin: Fa bi`ayyi ālā`i rabbikumā tukażżibān
Artinya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


1st time cikpuaneqin dan anak2 tengok ikan toman.

Ya Allah besar kemain camni, takut pun ada tengok.
 Nak angkat sebelah tangan memang tak daya.

Rezeki sekali dapat 3 ekor, tapi katanya jarang orang makan ikan toman ni



Untuk ikan kecik2 plak, 
Hampir 2 besen setiap orang dapat.
Gagah la inciksuami bersiang dengan kakak Anis nak buat ikan pekasam.

Cikpuaneqin perati je cara dia buat pekasam,
Mula ikan tu kena buang sisik dan bersiang bersih2.
Pastu rendam garam dulu ngan asam bagi buang hanyir ikan tu.
Pastu rendam la air asam jawa dan garam,
Last sekali goreng beras dan salut je ikan tadi ke dalam beras

Dapat 2guni beras jugak la dia proses ikan lampam tu.
Ikan sebarau pun dapat,
Yang tu cikpuaneqin gaul garam kunyit then terus goreng je.
Makan ikan fresh ni memang sedap tak kira la.
Anak2 pun pandai makan.

Mungkin da biasa makan ikan sungai yang banyak tulang tu,
Tapi dok pesan jugak makan pelan2,
Tengok tulang betul2.
Kalau rasa tulang kat tekak, cepat2 buat nasi bola telan terus.haha

Kalau macam ni hasil yang inciksuami bawa balik, 
Lulus la untuk dorang pergi Dam lagi pasni.hahaha.
Cita2 cikpuaneqin bila siap ikan pekasam tu nanti, nak la bagi kawan-kawan merasa air tangan inciksuami kita buat pekasam, nak harap air tangan isteri tak tau bila la

Love as always

Saturday, November 18, 2023

:::Day 17 #Ways to win my heart:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Jom sambung challenge 30 days 

Tittle: Cara memenangi hati saya😍 

Wahh...tajuk kemain lagikan...
Takde la sesusah mana pun seseorang nak memenangi hati cikpuaneqin ni.

Dari dulu lagi, jenis gamble n redah je sensorang.Jadi tak perlukan perhatian sangat pun.
Tak perlu nak menangi hati saya 
Cukup menjadi PENYEJUK DIMATA PENAWAR DIJIWA dah memadai buat cikpuaneqin.


Naluri seorang ibu,
Sekecil apa pun penghargaan yang anak2 Berikan dah cukup bermakna buat diri ini.
Cara mereka menangi hati kita, eh sedapnya mama masak rendang...esok mama buat lagi tau...selagi tak jemu hari2 pun mama sanggup nak masak rendang tu tau..haha

Naluri seorang isteri kpd Suami pula,
Yakin Inciksuami cuba sedaya untuk membahagiakan anak dan isteri...yela xcuba membahagiakan lagi ke..Harini beliau bawa ikan berguni...penat nak bersiang tauu.

Haha

Love as Always ❤️❤️

:::Solusi Baby Batuk:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Sekarang Aisy kurang sihat dan ianya bermula dari SINI 

Kesian baby masih batuk berkahak maka cikpuaneqin cuba ikhtiar cara lain pula.

Suggest by - rakan office
Katanya anak dia lega lepas guna 
Minyak Herbal Asmak.
Batuk yang berminggu akan hilang
Muntah pun akan keluar kahak.

Makanya kita try beli di tiktok shop.
Harap sesuai untuk baby.


Bukan nak promote pun, sebab cikpuaneqin tak jual pun..Ni pun beli je kat Tt shop.

Ada rakan Blogger pernah guna tak..
Function teruks ke?? Any suggestions πŸ˜”

Love as always πŸ’


:::Peristiwa Nakbah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

Allahuakhbar3x
Siapa nak tahu tentang Peristiwa Nakbah??
Klik Sini Ya...❤πŸ’š


Situasi sekarang.
Tak sangka menyaksikan peristiwa Nakbah dalam hidupπŸ˜”πŸ˜­
Syurga tertinggi untuk saudara-saudara kami🀲🏻
#FreePalestineπŸ’š 

Love as always 

Friday, November 17, 2023

:::Day 16 # Someone I Miss:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

Jom sambung challenge 30 days 

✅ Tittle: Seseorang yang ai rinduuuu

Perasaan rindu hadir tikamana kita ditinggalkan atau berjauhan dengan seseorang yang kita sayang..Betul tak?

Harini cikpuaneqin dan anak² ditinggalkan oleh Inciksuami..Healing with kawan² katanya..masuk Dam Tasik Pedu..
Makanya kami anak beranak healing cara kami berhuha dirumah..Si kecik #AisyFatih kurang sihat,malas la cikpuaneqin nak bawa pergi jenjalan. 


Rindu itu Subjektif utk ditafsir..

Rindu ibu ayah lain
Rindu anak lain
Rindu Inciksuami lain
Rindu sahabat lain

Makanya setiap apa kebaikan atau kenangan yang mereka berikan pada kita pasti membuatkan perasaan rindu itu hadir tanpa sengaja tanpa diminta.

Pesan pada diri, cipta sebanyak mana kebaikan dan kenangan buat orang sekeliling kita pasti diri kita jua dirindui oleh mereka.

Love as always πŸ’






::: Healing Cara Inciksuami:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—
Salam Jumaat Baraqah

Setelah beberapa kali meeting bersama
Harini tibalah masanya Inciksuami n the geng laksanakan misi mereka..πŸ’š


#Misi
(Memancing, Menyelam dan Menjala) 


~Konvoi 2biji kete~
Penuh la dua2 bonet tu ngn enjin bot,Ngan makanan n minuman, Ngan jala, n pelbagai kelengkapan dorang stay di Dam untuk 2h1m.

Inciksuami minta cikpuaneqin masak simple² ja
untuk geng dorang masuk
 Dam Tasik Pedu harini..

Yang cikpuaneqin tau bahagian dia kena bawa nasi n telur dadar je tapi sebabkan isteri ni terlebih rajin skit harini.  Kita masak la special sikit.

Cikpuanisteri sediakan:
 Nasi Putih
Masak Lemak Telur Itik
Sambal Ikan kembung 
Telur Dadar 
Cabai picit belacan

(Masak dengan penuh kasih sayang tau moga² segala pahala kebaikan ni dipulangkan kepada ibubapa kami)

Selepas Solat Jumaat tadi incik suami minta untuk makan dulu then dia siap² untuk gerak.Yela kena la pergi awal sebabnya kat tasik nanti bot tu dorang kena ceduk kuarkan air dulu ..Sini musim hujan kena la set up yg mana patut..

Bot tu pun kena setup enjin bagai,lama jugak la kot ambil masa.Plan nya malam ni dorang akan stay kat tasik Pedu la..
Bab tu cikpuaneqin tak risau sangat sebab memang Inciksuami mahir da bab selok belok hutan ni.
Geng ex- tentera kan..Hutan tu rumah kedua dorang la..dulu operasi berbulan² tinggalkan anak isteri makanya da biasa la benda cmni.

Inciksuami pujuk anak² katanya 
Ayah masuk survey tempat kelah kita,kalau 
semua okay nanti ayah bawak kakak ngn adik²... makanya anak2 pun happylah.

Kalau memang tempat tu ok...
Nanti cikpuaneqin yg akan mewakili anak2 tuntut janji ngn ayah dorang..haha

Till then,

Love as always ❤️




Thursday, November 16, 2023

:::Day 15 #If u could run away:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jom sambung Challenge 30 days 

Tittle : Tempat saya mahu lari???

Kalau ditanya mana tempat yang cikpuaneqin akan lari..
semestinya tempat yang paling tenang adalah dengan cara bersendirian.
Dalam bersedih sebenarnya tak terfikir da nak pergi mana,
start je enjin kete tengok la tayar tu nak bergolek sampai mana.
Jarang nak bersedih sorang-sorang ni sebabnya ada anak2 kan.
Selalu kalau geram kat inciksuami nak lari pon xleh memikirkan anak kecik2
kadang geram kat anak pun nak lari tak boleh memikirkan inciksuami plak, hahaha

Lastnya dok la dendiam..

Till then,

Love as always πŸ’“

::: Cigarette Girl(Gadis Kretek):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

πŸ€πŸŒΏ NETFLIX: CIGARATTE GIRL πŸ€πŸŒΏ
(Gadis Kretek)


Filem ni diadaptasi dari sebuah Novel karya Ratih Kumala yang berkisahkan
CINTA & MISTERI
dengan latar belakang sejarah Industri Tembakau di Indonesia.

Kisahnya tentang seorang Gadis Kretek  (Jeng Yah@ Dian Sastro) yang cukup pandai memcapurkan ramuan tembakau untuk menjadikan rokok yang bagus.

Racikan tembakau dan mencampurkan dengan pelbagai ramuan seperti cengkih, bunga mawar menjadikan dirinya cukup terkenal dan handal dalam mencipta rokok.
Seorang pemuda ( Soeraja @ Ario Bayu) sangat tertarik apabila mencuba kretek yang dibuat oleh
 Jeng Yah.

Pada zaman itu, seorang gadis tidak boleh ambil tahu dan ikut campur dalam proses membuat kretek, mereka  hanya boleh menggulung kretek yang sudah jadi.

kretek yang dihasilkan Jeng Yah ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan.
Hal ini membuatkan Jeng Yah komited untuk membuktikan bahawa Kretek yang diciptanya akan diterima oleh masyarakat.

Semasa Jeng Yah menghasilkan kretek, beliau selalu ditemani oleh Soeraja yang membuatkan mereka jatuh hati.Situasi politik ketika itu menyebabkan mereka perlu berpisah.

Sedih sangat time ni dimana perniagaan keluarga Jeng Yah Jatuh,
Ayah Jeng Yah mati ditembak.
Jeng Yah dipenjarakan sehingga menjadikan beliau bukan dari kalangan golongan berada.
Saat itu, Soeraja diperangkap untuk menjadi sebahagian dari rakan kongsi musuh perniagaan kretek keluarga Jeng Yah.

Jeng Yah akhirnya berkahwin dengan Mas Seno (Tentera) yang selalu ambil berat terhadap mereka sekeluarga semasa Soeraja sibuk dengan perniagaan kretek.
Jeng Yah dan  Mas Seno dikurniahkan anak bernama Anum Cengkeh

Moral : Cinta sejati tidak akan pudar selamanya, 
Biarpun jauh dimata, mereka sentiasa berada dihati kita.
Nangis jugak la ada scene sedih dalam citer ni, masuk episode 2 xsesuai ditonton oleh kanak2.
Jaga2 ya ibu ayah.

Tak Nyesal tengok, sekurang-kurangnya tahu juga sejarah tembakau dulu2.

Till then,

Love as always.

:::Jom Zikir Khamis:::

 Assalamualaikum

Da Jia HoaπŸ’š

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah swt
Dipagi Khamis ini sedekah kah senyuman untuk orang sekeliling kita,
Pastikan kita lalui harini dengan tenang dan ceria.
Maafkan segala kesalahan 

Jom sama-sama2 amalkan 
Zikir Khamis.
    Moga Allah memberkati hidup kita
Juga buat saudara kita di Palestine,
Semoga kemenangan milik mereka.πŸ’š
 
Subhanallahi wabihamdihi
Subhanallahil Azim

Maha Suci Allah dengan pujian bagiNya
Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya:
Allah akan ampunkan dosa sebanyak buih dilautan.
Sekali kita menyebutnya, akan tumbuhnya pohon syurga untuk kita di Taman Syurga

Love as always 

Wednesday, November 15, 2023

::: Wordless Wednesday #12:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

πŸ’šπŸ’šWEAR GREEN FOR PALESTINEπŸ’šπŸ’š

The world unites for Palestine on 15 November
To Honor
Palestine's 1988 declaration of independence, signifying a worlswide solidarity in support of their autonomy n recognition.

Tanda sokongan terhadap keganasan yang dialami oleh Bumi Palestine,
Kita turut serta #WEARGREENFORPALESTINE



#TeamPelitawanisJitra
Turut serta menunjukkan sokongan dan solidarity untuk Palestine πŸ€❣️
marilah sama-sama kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestine,
Semoga mereka diberi kemenangan terhadap serangan Zionist laknatullah 


LOVE AS ALWAYSπŸ’šπŸ’šπŸ’š



:::Day 14 #Describe Ur Self:::

 Assalamualaikum
Da Jia HaoπŸ“

Jom sambung Challenge 30days

πŸ€Tittle : Describe ur Self



Tentang saya.
Tak banyak yang special pun.
Sekadar
πŸ’š menjadi penyejuk dimata suami
πŸ’šmenjadi terhebat dimata anak-anak
πŸ’šmenjadi kebanggaan ibu bapa
πŸ’šmenjadi seorang yang memberi manfaat untuk semua.

Actually cikpuaneqin seorang yang redah je dalam melakukan sesuatu.
Ingat lagi, masa nak interview kerja. Long ranger sensorang pergi HQ Bangsar tanpa ditemani sesiapapun
tawakal je masatu, Alhamdulillah dapat berkhidmat di di syarikat utiliti
PENGERAK KEMAJUAN NEGARA

then,
Masa buat lesen kereta, time tu anak da sorang tapi bila memikirkan sampai bila nak jalan kaki ulang alik pergi office pastu anta anak pergi taska.
Kalau anak sakit, sapa nak tolong bawa pergi hospital. Yela time tu, inciksuami masih lagi berkhidmat sebagai tentera and kami plak PJJ.
Redah sensorang  pergi register buat lesen kete hingga test JPJ.
2x test baru lulus..haha

next,
Ceritera sambung belajar.
Ikutkan yang ni la paling gamble.
sensorang pergi Subang sebab nak register Kelas PJJ di UUM.
Walk in bawa yuran pendaftaran RM350 berserta sijil2.
Alhamdulillah now da sem 8, doakan cepat2 cikpuaneqin habis study.

Kesimpulanya,
Diri ini bukan seorang yang senang, pernah susah suatu ketika dulu.
Cuba mencari kesenangan dan memberi manfaat buat semua.
Cuba menjadikan diri ini bernilai.
Cuba belajar sesuatu yang baru agar kita sentiasa menjadi yang terbaik.

love as alwaysπŸ’š