Thursday, November 16, 2023

::: Cigarette Girl(Gadis Kretek):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

🍀🌿 NETFLIX: CIGARATTE GIRL 🍀🌿
(Gadis Kretek)


Filem ni diadaptasi dari sebuah Novel karya Ratih Kumala yang berkisahkan
CINTA & MISTERI
dengan latar belakang sejarah Industri Tembakau di Indonesia.

Kisahnya tentang seorang Gadis Kretek  (Jeng Yah@ Dian Sastro) yang cukup pandai memcapurkan ramuan tembakau untuk menjadikan rokok yang bagus.

Racikan tembakau dan mencampurkan dengan pelbagai ramuan seperti cengkih, bunga mawar menjadikan dirinya cukup terkenal dan handal dalam mencipta rokok.
Seorang pemuda ( Soeraja @ Ario Bayu) sangat tertarik apabila mencuba kretek yang dibuat oleh
 Jeng Yah.

Pada zaman itu, seorang gadis tidak boleh ambil tahu dan ikut campur dalam proses membuat kretek, mereka  hanya boleh menggulung kretek yang sudah jadi.

kretek yang dihasilkan Jeng Yah ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan.
Hal ini membuatkan Jeng Yah komited untuk membuktikan bahawa Kretek yang diciptanya akan diterima oleh masyarakat.

Semasa Jeng Yah menghasilkan kretek, beliau selalu ditemani oleh Soeraja yang membuatkan mereka jatuh hati.Situasi politik ketika itu menyebabkan mereka perlu berpisah.

Sedih sangat time ni dimana perniagaan keluarga Jeng Yah Jatuh,
Ayah Jeng Yah mati ditembak.
Jeng Yah dipenjarakan sehingga menjadikan beliau bukan dari kalangan golongan berada.
Saat itu, Soeraja diperangkap untuk menjadi sebahagian dari rakan kongsi musuh perniagaan kretek keluarga Jeng Yah.

Jeng Yah akhirnya berkahwin dengan Mas Seno (Tentera) yang selalu ambil berat terhadap mereka sekeluarga semasa Soeraja sibuk dengan perniagaan kretek.
Jeng Yah dan  Mas Seno dikurniahkan anak bernama Anum Cengkeh

Moral : Cinta sejati tidak akan pudar selamanya, 
Biarpun jauh dimata, mereka sentiasa berada dihati kita.
Nangis jugak la ada scene sedih dalam citer ni, masuk episode 2 xsesuai ditonton oleh kanak2.
Jaga2 ya ibu ayah.

Tak Nyesal tengok, sekurang-kurangnya tahu juga sejarah tembakau dulu2.

Till then,

Love as always.

No comments:

Post a Comment