Monday, October 30, 2023

:::Debaran Kian Terasa:::

 ASSALAMUALAIKUM
DA JIA HOA

Debaran kian terasa, lagi beberapa hari je cikpuaneqin nak final exam.

Ya Allah kuatkan ingatanku, terangilah pintu hatiku, pulihkan semangatku.

DONE: 
Jawab paper passyear
Ulangkaji nota
Ulangkaji soalan spot.
Moga lulus cemerlang..aminnn ya rabb alaminn

carry marks:
MANDARIN : 47/60
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN : 45/60
KOMUNIKASI PERUNDINGAN : 45.5/60
FINANCIAL MANAGEMENT : 40.64/50

Doakan kami sama na,
love as always.


Sunday, October 29, 2023

:::Relaxing @Kg Belantik:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Persahabatan yang ikhlas tidak mengenal apa pangkat kamu,
Persahabatan yang ikhlas tidak memilih kamu miskin atau kaya,
PERSAHABATAN yang IKHLAS adalah lahir dari hati yang SUCI.

27/10/2023-Jumaat

Cikpuaneqin with anak2 and geng opis konvoi ke Kg Belantik Dalam,Sik
ni kali kedua kami ke sana, umah bangtat dan kakwa
dorang ni hanya lah kerja kampung tetapi hati sangat baik melayan kami
tak berkira lansung apa yang kami nak makan.

Nak jadi baik tak tunggu kaya dan ada wang berjuta, moga saya juga mampu jadi baik seperti mereka.
Melayan semua orang dengan adil dan saksama.










Menu special yang diorang hidangkan :
Ikan tengas bakar
Masak lemak rebung + bayam
Ayam bakar
Sup Tulang
Terung bakar
Ulam
Cabai picit

Anak-anak sampai je sana, terus turun sungai dari 9pagi sampai 6petang
Tak sejuk ke depa ni
makan pun kat sungai
geng mak2 n bapak2 ni tentu lah lepak2 sembang2 n makan2

Insyallah ada rezeki sampai lagi kami ke sana,
Tak minta banyak, 

MOGA PERSAHABATAN INI KEKAL SELAMANYA.

Love as always

:::Kenduri-FINAL EXAM:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

4-7 November 2023

Cikpuaneqin da nak start final exam untuk semester ke-8 PJJ,
Makanya ada rezeki lebih, kita buat kenduri sedikit
moga2 hati cikpuaneqin lebih tenang nak jawab exam nanti

Moga jugak rezeki orang yang berkongsi sedikit rezeki mereka diberkati
Alhamdulillah selesai tugasan cikpuaneqin masak untuk tetamu,
Awalnya nak jamu nasi lemak bungkus dan kopi o je

tapi inciksuami cakap, takyah la jamu nasi lemak.
buat gulai kepala ikan la sedap sikit orang nak makan

Makanya dipagi Sabtu hari nat settle barang2 untuk masak.

Menu kalini:
Nasi Putih
Kari kambing + betik muda
Sambal udang
Ikan goreng
Ulam cabai
Kangkung goreng belacan
Pisang
Kuih muih





Tak tunggu wang berjuta untuk kencuri,kecil-kecilan insyallah cukup untuk tetamu

ALHAMDULILLAH
MOGA ALLAH MEMBERKATI SETIAP AMALAN KAMI

"Doakan cikpuaneqin nak exam"
Moga diterangi hati, dikuatkan ingatan, lancar semasa menulis,dipermudahkan segala urusan

amin ya rabb

love as always

Thursday, October 26, 2023

:::Suprise for Him #PART1:::

Assalamualaikum,
Da Jia Hoa,

Act 19/10 incik suami punya birthday tapi saja la kita buat malas nak layan,
In my mind pon takde la apa sangat nak beli sebab hidup kami ni seadanya ja,

pada 25/10 lebih kurang jam 12pm incik suami datang opis cikpuaneqin, saja la tanya buat apa harini, dia cakap baru sudah mesin rumput kebun boy tapi mesin rumput tu da tak larat.
Makanya si isteri buat2 tanya, nape tak larat so die citer la mesin die tu sisi kecik.
patutnya untuk buat kerja heavy duty kena guna

MITSUBISHI TH/TU43

Waktu tu cikpuaneqin datang idea nk suprise kan die mesin rumput.Then terus cikpuaneqin pergi kedai Hardware survey harga mesin rumput.

ada beberapa jenis :
OGAWA 33 RM380
STEEL 43 RM520
MITSUBISHI TH43 RM980
MITSUBISHI 33 RM880

Disebabkan kepala da setting apa yang incik suami sebut tadi maka cikpuaneqin terus bayar je 

Mesin Rumput Mitsubishi TH43 RM980.00

Alhamdulillah ada sedikit rezeki boleh beri sedikit kegembiraan buat beliau..
Moga setiap keringatmu dibalas syurga, Wahai suamiku.

Love as always.


Tuesday, October 24, 2023

::: Pendidikan Seni : Aenida Ezreen:::

Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

Pendidikan Seni:  Burung Kekek
Aenida Ezreen Binti Mohamad Bakri

Minggu lepas cg da bagitau dalam group kelas anak² kena bawa bahan untuk pendidikan seni. 

Maka harini jadilah seperti dibawah:
Tadaaaa


Monday, October 23, 2023

:::Gegel ke Boboy ni:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa..

Hye, ni gegel ke boboi ni,
Da tak jadi ensem la kalau macamni terus jadi comel..bhahaha
Sihat n handsome sentiasa tau..
Yang penting jadi Anak Soleh buat ayah mama
Sayangku padamu melebihi sayangmu padaku wahai anak..

 

Love as always 💞
Till then see y'all 


Sunday, October 22, 2023

::: Laptopku Problem:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗

Laptop problem dikala aku perlukannya...Saat kritikal da ni.. 
Adakah ini sebagai ujian..
kurang dua minggu lagi diriku akan menempuhi final exam (sem8)..makanya banyak la yang patut diulangkaji...

update latest:23/10/23

My lappy da ok, En Hisham ICT FMS Kedah dah bantu repair my laptop.Alhamdulillah..
so happy..
 yela kan, banyak input dalam lappy ni, bukan setakat dokumen kerja, dokumen study semua dalam ni.
alhamdulillah.syukur,

Nak tunggu team PC Leasing amik masa jugak, makanya dengan bantuan En Hisham ni ku bersyukur sangat2. 
Terima kasih Allah sentiasa hadirkan orang yang baik2 disisiku.

Chaiyokkk cikpuaneqin

Love as always 

Saturday, October 21, 2023

:::Hati Kita milik Allah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

Hati kita milik Allah...tak ada satu pun apa yang kita punya kekal milik kita.Nampak gelak tawa di wajah ini tidak semestinya kita senang bergembira.

Cuba untuk pura-pura bahagia agar kita sentiasa dilihat bahagia dan tidak meminta simpati.

Allah adalah segalanya bagiku.
Sedih maka sujud Cari Allah.
Allah nak jadi yang pertama mendengar luahan kita.

Day-16 masih lagi kesunyian dengan ujian kecil ini.

Ingat Allah tidak menguji hambanya diluar kemampuannya.

Love as always till then,see ya

Thursday, October 19, 2023

:::Incik Suami Saya:::

 Click here: Birthday post to him

---> what's he replied

See ya..jarang sekali dia nak reply wasap seorang isteri haha




:::Ikan Keli kuar Bendang:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

Dapat WhatsApp Dari cg Nadia ttg mybaby

Boleh cg ckp perangai ikan keli kuar Bendang hahaha..

See ya 


:::Sanah Helwah Inciksuami:::

Wahai suamiku,

"Umur yang berlalu tidak akan berpatah balik, tetapi umur yang berbaki masih boleh digunakan dengan sebaik mungkin agar kehidupan kita tidak sia-sia di sana kelak."

"Berbahagialah orang yang bertambah umurnya makin bertambah ilmu dan amalnya."

Terima kasih atas segala penat lelah keringat mencari rezeki..Moga mnjadi asbab ke Syurga

Barakallah fi umrik.

"Semoga Allah memberkati usiamu" 

Semoga Allah melindungi setiap langkah mu, Di berikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, diperluaskan rezeki, dirahmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Aamiinn ya rabbal Aalamin 🤲

I Love U❤️

Tuesday, October 17, 2023

:::Aisy Fatih Keletihann:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao 

Anakku kepenatan kah??
Ambik dari taska,Lena betul dia Sampai mama angkat lansung xjaga..hihi

Ensem boy ke acham boii Ni...
Dalam tido pun encemm kann..
Sihat² je tau dikala usia 10m++
insyaAllah ada rezeki nnti kita buat kenduri ya❤️

 
Love as always 💕


:::Sara Eryna Turn Two:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao

17/10/2023-17/10/2023

Sara Eryna Turn Two
Sara ni anak saudara cikpuaneqin, anak kepada aunty yaya.
Sara ni manja tau, lebih kepada anak daddy.
yela sikit2 nak daddy,
makan nak daddy,
mandi nak daddy,
tido nak daddy.
gegirl sorang camtu la kan.. 
















SARA ERYNA

Pesanan dari mama untu Sara :
Jadilah anak yang pandai yang mampu menjaga serta mengasihani ibu bapa mu kelak dewasa nanti.
Jangan sesekali membiarkan airmata ibu bapa  mu tumpah.
Moga Sara dimewahkan rezeki yang berkah.
Moga tiada mara bahaya yang mendekati hidup sara.

Mama love you so much

Love as always.


Monday, October 16, 2023

:::Know² kat sini @Ikea Cheras:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa


Tb sikit di Hari Sabtu 14/10/23 Ku dapat WhatsApp Dari ayah  berbunyi:

Ayah: Angah habis kelas kul bape? Nanti Kita pegi KFC ayah nak belanja anak2 n cucu2 Makan KFC

Cikpuaneqin: Alaa,xyah la KFC..jom Kita P Makan kat IKEA Tiber tekak Ni teringin nk mkn meatball

Ayah: Tapi ayah takpandai nak order

Cikpuaneqin: takpa...bisa diatur..

Makanya habis kelas je ptg Sabtu tu zasss cikpuaneqin balik amik anak2 n terus pi Ikea Cheras..

Budget hampi RM200++
Berbaloi la dgn APA yg diorder tu tapi ayat last ayah Ku...angah klu pi mkn kedai Siam Kita dh boleh order ikan siakap 3ekor hahaha




 

Done
Meet all
Popia
Mushysouo
Fish n chip
Chicken wings
Garlic bread
Chicken salad

Alhamdulillah syukur

Love as always 



:::Doa buat Saudara kami di Palest!Ne:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao

Palestine diserang lagi..Allahuakbar


Isu Palestine diserang bukan isu baru dimata dunia.
Sebagai adik-beradik dan saudara se-islam
 patutkah kita berdiam diri.??
Tergamak kah kita tengok sahaja
 mereka diserang oleh tentera zionis.??
Anak-anak kecil menjadi kerakusan kezaliman mereka.
Even kita tidak dapat bersama mereka dimedan perang,
mari lah sama-sama kita mengangkat tangan memohon dengan yang maha Esa.
Memohon Allah melumpuhkan serangan Israel serta memberi balasan 

Jom sama2 baca doa ni...


اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim




:::Sanah Helwah Ayah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗
Sanah Helwah Ayah Ku

Barakallah fi umrik.
"Semoga Allah memberkati usiamu" 

Semoga Allah melindungi setiap langkah mu, Di berikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, diperluaskan rezeki, dirahmati kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Aamiinn ya rabbal Aalamin 🤲

Love U❤️

Saturday, October 14, 2023

:::Suka Suki Jadi Student:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗




Beginilah kami dalam kelas

 Negotiation communication 

Pasni mesti rindu suasana camni..yela dengan kawan² lain, dengan anak² lain..
Kita Jenis onzz ja klu geng ajak itu ini..
Lagi² bab makan memang tak tolak wak.haha

Ok till then,
Love as always 💝

:::Kelas Akhir Semester 8:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗


Morning
Muka ceria dipagi hari...
Layan Mandarin III pagi² ni.

Pasni kitorang da start final n cuti semester.
Kalau ada rezeki n mula kelas balik
 January nanti.
...Semester 9...

Ya Allah permudahkan urusan pembelajaran harini..
Aminn ya mujib 

Friday, October 13, 2023

:::P4 Semester 8:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗💕

Alhamdulillah selamat sampai..

Dari KN to KL

Untuk Kelas P4 Semester 8 kalini ku angkut semua anak² ke KL..
Ni la yg dikata bersusah² dahulu,
Moga nanti kita senang sama² ya anak²..
insyaAllah
 Allah tengok usaha Kita,
Allah dengar rintihan Kita
Kita doa yg baik².
Usaha sungguh².
Seterusnya tawakal pada Allah SWT.

Buat suamiku, Terima kasih sentiasa ada walaupun bukan disisi tetapi sentiasa ada untuk saya ketika diperlukan.
Membantu dari segi kewangan dan moral support..
Akanku kenang sampai akhir hayat.

Kelas akhir untuk semester 8.
Awal November 2023 da start Final exam.
Moga beroleh kejayaan buat kami semua..
insyaAllah aminn

Love as always

Wednesday, October 11, 2023

::: Wordless Wednesday #11:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗💕



My Sonshine..

Turn 10months (08/10/0/2023)

Selalu sihat dan menyenangkan hati orang disekelilingmu tau..

Love  As Always 

Tuesday, October 10, 2023

:::10/10/2023:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Sebabkan date rini cantik saja la nak buat entry post.


Disebabkan rindu debab mama ni...
mama wasap tc Nadia.

 

Conversation kami,

Mama : 'Rindu mok mok la, dia buat perangai tak'

Tc Nadia : "Tadi ja buat perangai sat, Buat prgai nk bg kwn kwn tgh tdo tu bgun kwn dgn dia"

Mama : "hahhaha yaka "

Tc Nadia : "Dia bosan kwn kwn tdo dia bgun xad spa hahaha"
Pas kwn kwn pkat bgun dia ok main elok mkn mndy skrg tdo
Dia bgun dia tgok kwn kwn dia tdo dia bisg kwn kwn pkat bgun x pa dh la

Mama :" hahahha akai jenuh"

Tq tc report kat mama kelaku boolat ni..

ok love as always..

:::NOWHERE at Netflix:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Jom nak review sikit citer latest kat Netflix on October 2023.

...NOWHERE..



Kisahnya negara Sepanyol atau Spain bertukar pemeritahan (Dictatorship)
Dengan pemerintahan baru ini mereka membuat zalim terhadap golongan kanak-kanan dan wanita.
Awalnya yang mana sempat lari, mereka akan menyelamatkan diri. Mia n suami nya sempat lari ke dalam Kargo untuk menyelamatkan diri mereka dan lari ke Ireland.

Semasa dalam Kargo, suami Mia telah dihalau keluar dan memisahkan mereka dari bersama,
Mia dengan keadaan sarat pregnant keseorang, tanpa suami dan anak mereka.
Mia selamat daripada ditembak apabila pemerintah kerajaan mengarahkan askar mereka menembak semua wanita dan kanak2 yang berada dalam kargo.
Mia terselamat kerana beliau bersembunyi di atas kotak kayu dalam Kargo.

Kargo Mia dibawa ke tengah laut, semasa hujan lebat Kargo Mia jatuh di lautan dalam.
Pelbagai cara Mia buat untuk keluar dari Kargo itu.
Dengan keadaan tidak larat dan tiada makanan, Mia menelefon suami beliau yang berada di Kargo yang berlainan.

Plot citer ni bila Mia melahirnya anaknya dalam keadaan seorang diri.
Di tengah lautan tanpa pertolongan.
Dalam keadaan lapar beliau berjuang seorang diri.
Sedih gak la time ni.
Pelbagai usaha Mia lakukan untuk keluar dari Kargo.
Husband Mia call bagitahu Mia kena usaha sendiri untuk keluar dari situ kerana Husband beliau cedera ditembak dan tidak dapat menyelamatkan mereka.
Akhirnya.. Mia berjaya keluar dengan umpilan besi kargo.
Untuk teruskan hidup bersama baby yang diberi nama Noa.
Mia membuat jala untuk menangkap ikan.

Akhirnya Kargo yang menjadi tempat Mia berteduh tenggelam, Mia diselamatkan oleh sebuah bot.

Mia dan baby selamat.

The film about survival, love, and patient.
18sx.

Thank you.

Monday, October 9, 2023

:::Depo #part2:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Depo #PART2

20/9/2023
 Kali ketiga cikpuaneqin ambik perancang depo.
kali ni effect yang paling ketara adalah berat badan cikpuaneqin naik mendadak
Patut la rasa badan lemau n lemah ja bila nak buat kerja rasa tak fit.

Sebelum ambik injection perancang depo, cik misi akan interview kita serba sedikit.
tanya la bila last period,
sihat ke tak,
ada rasa gatal ke mual ke pening ke,

then bila semua okay, timbang lah kita..
cer teka cikpuaneqin naik berapa kg...
5KG awak in within 3bulan.

Ya Allah taktau la nak cakap apa time tu, tapi cuba bertenang haha
malu gak ke cik misi kakzue yang baik hati tu..

then, masuk la kita ke bilik injection.last cucuk ritu kanan kalini kita kena cucuk belah kiri plk

pejam mata tarik nafas then siap...takde la nak sakit denyut bagai..chilll je hokeyy

ok till then, love as always.


:::Diri seorang Pendosa:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao 💗💕

Beberapa harini mental saya tidak kuat tapi cuba untuk kuat.
Cuba istighfar cuba selawat cuba berzikir.
Mungkin ini cara Allah swt jentik hati saya untuk kembali kepadaNya.
Ya mungkin sebelum ini saya lagha dan lalai.
peringatan buat diri saya..

Tiada yang istimewa dari diri saya.
sebaik-baik diri saya , 
jauh lebih baik orang lain.
seburuk-buruk diri orang lain, 
jauh lebih buruk diri saya.

Saya hanyalah insan yang punya banyak dosa tetapi ditutupi aib oleh Allah taala.

Kesilapan saya tidak terlihat oleh manusia tetapi 
Allah Maha Melihat
Allah Maha Mendengar
Allah Maha Mengetahui

love as always