Showing posts with label aenidaezreen. Show all posts
Showing posts with label aenidaezreen. Show all posts

Sunday, October 12, 2025

:::Pilihan ditangan Kita:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Pilihan ditangan kita
Balik kerja nak rest atau nak Zumba?
Kalau dulu yaa! Pilihan eqin adalah stay kat rumah masak, makan, rest.
Tapi sekarang balik kerja rushing nak join class Zumba 5.45pm

Jadual Zumba Coach Yunk (Latipah Ahmad)
Ahad,Isnin,Selasa (5.45-6.45pm)
Jumaat (7.45-8.45)
Bayaran: RM5/hours


Harini layan slow rock ja
Total calories burn pun tidak mencapai tahap maximum 
Buat main² je janji keluar peluh sejam


Balik Zumba barulah kita bersilat kat dapur
Masak makan malam untuk husband dan anak²
Eqin tak makan da..rugi la workout tadi
Minum milo O panas sambil teman Aenida tuisyen❤️

Saturday, October 4, 2025

:::Grand Shooting:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Berpagian di SMK Agama Kedah (SMAKAK)
Temankan anak dara kecik ke

Grand Shooting 
Badan Sukan Beruniform
Persatuan Memanah Tradisional
Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan -Zon Utara

Kali ke-5 Aenida Ezreen terlibat dengan pertandingan Memanah dan harini rezeki dapat tempat ke 12/42 untuk kategori bawah 12tahun- Perempuan


Anak dara ni badan je kecil
Semangat besar
Posing dulu sebelum buat pendaftaran untuk dapatkan nombor badan


No badan 106 (1A)
Sementara tunggu ustaz bagi taklimat ringkas
Snap suasana di Padang
Kalini eqin dah bawa kerusi healing sendiri
Aenida parking Bow and Arrow 


Senyum n semangattt!!


Aenida paling hujung  tepi tali tu.
Ready untuk shoot.


Giliran shoot
A partner dengan B
C partner dengan D
E partner dengan F

Aenida duduk atas pangku mama dulu sementara C,D,E,F shoot

Wajib pakai sunscreen n ada payung tauu.
Menunggu di tengah padang
Ya ampun dia punya panas tuu


Selesai semua ya
dari jam 7.20am di SMKAK sampai habis Majlis penutup 3.30pm.
Semua anak2 Berjaya habiskan panahan.

Moga Aenida Akan dapat top-10 lepas Ni dan Moga sentiasa mencintai sukan sunnah ❤️

Saturday, September 20, 2025

:::Kejohanan Memanah:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 


Ceritera anak dara Aenida Ezreen terlibat dengan Kejohanan Memanah KSGPI Peringkat Negeri Kedah.

Ini kali ke- 4 Aenida masuk pertandingan tetapi kali pertama mama dan ayah teman.
Sebelum ini cikgu yang bawa Aenida dan kawan-kawan ke pertandingan peringkat sekolah mahupun daerah.

Kalini pertandingan dibuat di 
SEK KEB AMBANGAN HEIGHT,
SUNGAI PETANI,KEDAH.

Disebabkan ini kali pertama mama dan ayah teman, kami tak tahu suasana di Padang lapang sasar macamana.
Kalau ikut ibu bapa lain semua sediakan kerusi dan meja healing masking.
Kita gamble ja datang melenggang haha
Nasib baik parents kawan Aenida datang Bawa tukar boleh la tumpang duduk

Kami tumpang kan ini budak healing bersama.
Asyik lari-lari kearah padang nak kacau kakak.
 


Peserta bukan sembarangan
Memang pelbagai jenis arrow ada
Kalini pertandingan Memanah Traditional 
Peserta dari seluruh Negeri kedah


Semua ada 32 target di lapang sasar
Setiap target ada 4 peserta 
Peserta A,B,C,D
Peserta A dan B Akan shoot serentak
Seterusnya peserta C dan D akan shoot pula.




Ada rezeki Aenida Ezreen kalini
Bawa pulang hadiah wang tunai
Antara pakaian yang mengikut tema


Ini lah yang mama dan ayah kena standby lepasni kalau nak ikut Aenida ke pertandingan Memanah
Kerusi dan meja healing 
Bawa sendiri yaa


Cantik suasana dan cuaca di Sungai Petani 



Anak dara Saya yang kecik molek ni.



Bersama Auni Aqiqah
Rakan seperjuangan


Selesai Acara Memanah KSGPI 
Semoga anakku sentiasa mencintai sukan sunnah ini.

❤️

Tuesday, February 18, 2025

:::1st Day of school 2025/2026:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hari Pertama sekolah bagi sesi persekolahan 2025/2026

Alhamdulillah

Syukur masih diberi peluang menguruskan persiapan buat anak-anak

 
Anis Nuraisha - Tingkatan 1
Adyna Summayyah - Tahun 6
Aenida Ezreen - Tahun 4
Aisy Fatih - 2 Tahun

Adyna Summayah

Aenida Ezreen

Kakak Anis masih belum ada gambar

Alhamdulillah berkat usaha dan tunjuk ajar guru-guru
Kakak Anis mendapat tempat di

MRSM Pendang
SBP Kubang Pasu
Dan SekHar Dato' Syed Ahmad

Kakak Anis akan lapor diri di MRSM Pendang, Kedah pada 19.02.2025




Monday, December 30, 2024

:::Terjun Bendang:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Mesti ada yang rindukan cikpuaneqin kan..haha
sorry la perasan kejap
act suka baca komen2 kawan2 blogger mencari2 mana update baru dari cikpuaneqin
actually kita ni tersangat lah sibuk semenjak dua menjak ni
sibuk dengan kerja, dengan tugasan adhock yang tak pernah putus

okes panjang dah tu pendahuluan,

Act nak story about my daughter main bendang
masa cuti Hari Christmas 25 December 2024
Cikpuaneqin bawa anak-anak balik Kampung Ketol, Tunjang Kedah

Sebabkan kita sendiri dulu tak pernah merasa suasana main bendang
kita cuba cipta memori untuk anak-anak ingat bila mereka dewasa kelak

Adyna Summayyah dan Aenida Ezreen
asalnya kasut enida lekat dalam tanah lembik kat bendang tu
katanya nampak ikan banyak so dia cuba nak tangkap ikan sekali bila dah terjun bendang
kaki enida sangkut dalam tanah lumpur
okay maka bermula lah cerita seperti gambar dibawah :


kakak summayyah bawa aenida naik atv

tiba-tiba kasut jatuh dalam bendang

nampak dah dalam tanah bendang tu ada kesan tapak kaki

masing-masing kena tolak siapa jatuh dulu dia kalah


enida dah kalah kena tolak dengan kakak


siap meniarap dah 

satu badan dah kena lumpur
Ya Allah anakku dah tak de rupa orang dah ni haha

boleh dia buat lumpur mcm facial wash
siap berbual
best kan dorang ni takde masalah



hampir sejam main bendang
mama ajak balik
maka jom lah kita pulang 

Kalau mama ni boleh jadi kanak2 alik, teringin juga nak main macam diorang
jiwa anak-anakku jiwa orang kampung
insyallah suatu hari nanti akan menjadi insan hebat

Happy tauu
cekedouuttt...



Wednesday, August 7, 2024

:::Spaghetti- open order by Anis:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ceritanya mama masakkan spaghetti untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah
setiap kali bawa bekal memang selalu akan buat lebih
untuk anak-anak kongsi dengan kawan sekelas 

Balik dari sekolah kakak Anis cakap kawan sekelas semua nak order spaghetti mama
wahhh
dia dah siap-siap open order
kawan perempuan sekelas 14 orang nak order
ada yang request nak tambah Cheddar Cheese you
hahaha

maka kelam kabut la mama petang balik kerja 
terus pergi K - Ceria
beli bahan yang tak cukup
topup sikit2 je sebab kebanyakan barang dah ada

Just beli
Capsicum, Tomato cherry, cube pati ayam

Pagini jam 6.10 am mama dah masuk dapur
bahan dah siap potong malam tadi
1st goreng udang celup tepung sebab dorang request nak spaghetti udang okehh
pastu masak then siap masuk bekas tupperware


Kakak cakap nak jual RM5 sebekas
Kalau untuk orang yang xde duit RM4, RM3 
Hutang pon boleh 
taktau la camne dorang ni meniaga
untung xde pun
Modal je yang keluar
dah la niaga tu kena bahagi dua plak dengan dorang
mama ni kuar modal je

apa-apa la anak
Yang tak bayar tu, sedekah je la

Janji anak-anak happy kannn

p/s: Teacher Hamizah dapat 2 pax spagetti harini, 
sebab Anis n Enida bagi kat teacher portion dorang. 
Teacher Favourite merekaπŸ’œπŸ’›


Tuesday, July 9, 2024

:::Ceria Dental::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao πŸ’— 

Harini ada budak sakit gigi

Sape lagi kalau bukan #aenidaezreen

Jom lah ke Klinik Gigi Ceria Dental 



Muka ada senyum sebelum cabut gigi 
Kemain la posing
Da cabut tu takde la manis mulanya

Rate cabut gigi susu RM35
Sekian


Sunday, June 2, 2024

:::Anis & Aenida Tuisyen:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Anak-anak sebelum ke kelas tuisyen
ada je nak paw mama
mulanya cakap dahaga nak beli air
nak singgah la kedai runcit
sekali cakap taknak air kotak
Nak Zuss


wow sangat
sorang order Spanish latte
hat sorang lagi Australia Chocolate
sambil turun kete bye-bye mama dengan muka manis
mama pulak yang rasa kelat haha

pape la anak,
janji belajar rajin-rajin and study smart

 

Thursday, May 16, 2024

::: Happy Teachers Day:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 

-16 MEI 2024-
Hari Guru Akan disambut setiap tahun pada tarikh ini.

Dari kecil kita telah diasuh oleh guru pertama iaitu ibu ayah kita
Mereka layak menjadi idola dalam hidup kita kerana sehingga hari ini pun mereka menganggap kita masih kecil 
Bismillah yang kita pandai baca hari ini adalah diajar oleh ibu kita 
Terima kasih umi, terima kasih ayah

Untuk sambutan Hari Guru 2024
Aenida ezreen tidak lupa pada guru² yg mengajar beliau
Mama balik kerja semalam diajaknya ke eco shop 
Lalu depan Eco shop penuh la ibu ayah anak² tengah cari hadiah 
Mama segan nak cari parkir nak kena jalan jauh
Makanya kita ke guardian cari apa yang patut
Asalkan ada aje tanda ingatan buat para guru yg mengajar Aenida

Akhirnya kita beli hand wash and wipes tissue utk cikgu Aenida 
Terima kasih yer cikgu tidal jemu menjadi lilin buat anak bangsa

Untuk rakan² blogger 
Tahniah kerana anda jua mampu menjadi guru yang hebat di mata anak2..


Semoga jasa guru-guru dibalas
dengan ganjaran pahala dan dimasukkan ke syurga tanpa hisap..aminn

Thursday, May 9, 2024

:::Hari Sukan SKKN:::

 Assalamaulaikum

Da Jia Hoa

Wahh berhabuk da blog kesayangan ni
terlalu sibuk dengan macam-macam hal
nak menulis sehari 1 post pun x sempat uiii

Minggu ni kakak Anis dan Aenida sibuk dengan latihan sukan kat sekolah
Dari hari Ahad lagi bawa buku pun lepas rehat je
Pagi semua murid berada kat padang sekolah

Kakak Anis masuk acara Lontar Peluru
Kakak Aenida masuk acara lumba lari

09/05/2024 -Hari sukan sekolah
semua waris dijemput hadir


Aenida rumah MERAH

Senyum je muka dapat pingat 
Tengah-tengah kecik je semua murid tahu 3 macam dia plk paling kecik

Kakak anis pakai spec...senyum jugak, asyik ulang cakap pecah rekod lontar peluru

Eh ayah pun kat tengah padang nak terima hadiah

mama cakap kat anak-anak mama mendoakan kejayaan hampa dari office je
mama takdapat nak pergi tengok anak-anak sukan kat sekolah
ayah mengalah, ayah bagi masa pada anak-anak ayah
lepas hantar adik Aisy kat taska terus ayah ke sekolah kakak

dengan tenang dan sabar ayah tunggu setiap acara yang dipertandingkan
rupanya ayah pun masuk acara juga
cikgu lawan para waris
acara lumba lari 4x100
bekas tentera kan lari-lari ni memang makanan depa
ayah dapat tempat pertama
kira puas hati la pergi bagi sokongan kat anak satu family dapart hadiah
haha

okei sekian dulu ceritera sukan anak-anak
Majulah sukan untuk NegaraπŸ’™πŸ’™πŸ’™



Friday, January 5, 2024

:::Time to Heal:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao

***Time to Heal for #AnisNuraisha***

Dari semalam Kakak Anis minta belikan set geometry katanya nanti cikgu dah nak start ajar pakai alat tu..

Makanya jom lah kita ke Kedai buku #FirstTouch
Bila dah masuk kedai buku ni bukan sekejap lah kat dalam tu
Sorang nak tengok buku, sorang nak pilih hadiah untuk ustazah
Sementara mama ni masih larat nak dukung Si adik mama layankan je kakak² tu

Dah setel semua, dapatlah hasil tangkapan

Anis : Time to Heal
Aenida: Komik
Aisy: Our body

Kakak Anis minta novel versi English..mama confius betul ke boleh faham ni ke nak beli sebab tengok tajuk..
Sangkaan mama silap,memang masuk je kereta dia mengadap baca buku tu..Satu² dia cerita sinopsis buku tu kat mama..Until malam ni dah lebih setengah buku tu kakak Anis baca..
Pic: Lepas solat maghrib dia sambung baca lagi..abaikan pakai kain pelikat ayah yer.haha

Setelah survey,memang buku Iman Publication ni semuanya best..pasni habis Time to Heal kita cari buku lain yer 😍