Showing posts with label Selfreminder;. Show all posts
Showing posts with label Selfreminder;. Show all posts

Sunday, November 10, 2024

:::Struggle is Real:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Every person has their own struggle. 

Memang Allah bagi personalised pada masing-masing.

Atas kemampuan.

Atas keperluan.

Atas kekuatan.


Kemampuan untuk pikul.

Keperluan supaya u turn mencari Dia.

Kekuatan pada iman dan kesabaran. 


.


Selalu rasa lelah dan nak mengalah.

Tipulah kalau tak ada masanya yang rasa dibisik-bisik dengan pemikiran yang bukan-bukan.


Cuma satu je lah syukur Allah masih bekalkan pemikiran bahawa;


Ujian memang sudah mendatang dan sedang dihenyak keras.

Tapi walau apa pun yang berlaku, rugilah.

Amatlah rugi. Kalau aku tak pass ujian ni. 

Fail dengan flying colours bila buat benda bukan-bukan. 

Bila salahkan Allah, persoalkan why me? 

Bila makin menjauh dari Dia. 


Sakit memang dah dapat. 

Rugilah kalau selain sakit, makin sakit bila Allah murka.


Bila dah diuji, doa pada Allah bantulah untuk lalui. 

Apa apa pun bantulah supaya lulus. 

Sebab hanya dengan bantuan dan rahmat Dia kita akan pass. 


.


Jadi teruskanlah berjalan.

Bila sakit dan rebah, kita bangun lah balik pelan-pelan.

Bila berair mata, kita seka dan senyumlah semula walau terkadang rasa macam fake. 

Fake it till we make it gitu.


Dunia ni kan negeri ujian.

Allah dah sebut dalam surah Al Balad. 

Jelas dan terang.

So expected lah apa yang berlaku tu.


Jadi kita tak payah tengok life orang as if perfect semua, rasa dia lebih ke apa. 

Rasa kita je yang sesak dada diasak bertimpa-timpa. 


Jangan risau. Bukan kita je.

Semua memang dah ada bahagian masing-masing.


Kita ni, cuma kena strive untuk lulus part kita sahaja.


Moga Allah izin.

Wednesday, March 13, 2024

:::Pack Kurma & Soya:::

Assalamualaikum

Da Jia Hao

Ini cerita sehari sebelum Ramadan

Alhamdulillah, sebelum masuk Bulan Ramadhan
Dikurniakan sedikit lebihan rezeki untuk dikongsi
Kita tak punya banyak Wang tapi kita punya kudrat 
Semalam half-day,
Lepas hantar Aenida sekolah kafa
Ajak kakak pergi K ceria
Beli barang sikit nak sambut puasa
Stock emergency
Sardin, telur etc

Tiba-tiba datang idea nak goreng Mee bagi pada jemaah surau 
Cerita kat kawan opis
Diberi kita RM350 untuk tumpang buat kenduri 
Alhamdulillah 
Makanya terus beli bahan buat Mee goreng
Tak banyak pun dalam 7bungkus mee je
Beli lah sedikit sayuran,Udang,Isi ayam
Sebab ada lebihan duit lagi, datang idea nak bagi pack kurma dan air kotak soya
Minta kakak ambil dan masukkan dalam troli

Selesai membeli belah, balik lah Kita
Prepare bahan nak goreng Mee sementara Si Aisy tak balik dari taska 
Selesai semuanya jam 6.30petang

Beli kurma packing

Bantuan kakak untuk tolak troli

Perencah sambal udang untuk goreng mee

Mee kuning

sayuran yang nak masuk dalam mee

siap mee goreng by cikpuaneqin

Budak kecik ni  tolong tukang sibuk

Packing kurma dan soya

Alhamdulillah
Packing siap2 Minta Inciksuami Bawa ke surau
Lepas isyak,Ada buat tahlil sikit 
Packing cukup-cukup untuk jemaah surau

Semoga semuanya sihat dalam membuat amal kebaikan pada bulan Ramadan 
aminnn


Thursday, February 29, 2024

:::Berkat 29.2.24:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

Rakan sepejabat baru balik umrah
Kita ambil berkat
Jamah sedikit kurma dan air zam-zam
Niat dalam hati moga kita jua menjadi tetamu Allah SWT

Untung muda lagi dah dapat ke sana
Jemputlah kami ke sana menjadi tetamu Mu
Sangka baik pada Allah
Allah mendengar doa hambaNya

:::Muhasabah Diri:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

πŸ’›πŸ’š
Salam Khamis untuk semua rakan blogger cikpuaneqin.
suka untuk saya berkongsi ilmu dengan semua rakan-rakan saya
ada masa yang terluang
marilah kita sama-sama muhasabah diri


1)Tidak tersentuh dengan al-Quran
:- Orang beriman mudah tersentuh apabila menghayati al-quran.
 Jiwa mereka hidup dengan Al-Quran. 
Menurut al-iman al-Qurtubi, para sahabat menangis apabila ayat 60 dari surah Al-Najm ini diturunkan. 
Firman Allah :
 
"Apakah kamu merasa hairan dengan ketenangan al-Quran ini? Dam kamu tertawa dan tidak menangis (menginsafii peringatan yang disampaikan)" 
-Surah Al-Najm :59-60

untuk saya dan kamu..

Saturday, November 18, 2023

:::Peristiwa Nakbah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

Allahuakhbar3x
Siapa nak tahu tentang Peristiwa Nakbah??
Klik Sini Ya...❤πŸ’š


Situasi sekarang.
Tak sangka menyaksikan peristiwa Nakbah dalam hidupπŸ˜”πŸ˜­
Syurga tertinggi untuk saudara-saudara kami🀲🏻
#FreePalestineπŸ’š 

Love as always 

Monday, November 13, 2023

:::Day 13 # Fav book:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

 Jom sambung Challenge 30 days 

πŸ’™Tittle: Buku Kegemaran 


Dahsyatnya Petaka Kiamat
By JHD Zuhdi Ada Khasasi

Jom saya kongsi apa yang ada dalam buku ni..
Bersediakah kita dengan kematian.??
Dalam hidup kita ni ada 13 fasa.
Dari Alam Roh hingga ke alam kita di beri pembalasan oleh Allah swt.

Setiap kali baca buku ni akan insaf mengenangkan adakah 
amalan kita nanti diterima dengan tangan kanan atau kiri.

Seluruh anggota badan akan dikunci.malah setiap apa yang ada diatas muka bumi ini akan menceritakan apakah yg kita buat semasa hidup.
Allahuakhbar

Semoga saya dan rakan Blogger terus istiqamah dalam melakukan amalan yg membawa kesyurga..aminn
Love as always πŸ’

Thursday, November 9, 2023

:::Bukti Kasih Sayang:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

Segenap lapisan masyarakat 
dari kecil hingga dewasa
Mesti tahu doa ni kan.

Bukti kasih sayang kepada orang tua kita.
Jom baca da amal.
Tiada wang berjuta untuk kebahagian mereka,hanya setulus doa yang ikhlas buat orang tua kami .

insyaAllah
Moga hidup kita mendapat keredhaan kedua ibu bapa kita dan diredhai oleh Allah swt

Love as always 

Monday, October 16, 2023

:::Doa buat Saudara kami di Palest!Ne:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao

Palestine diserang lagi..Allahuakbar


Isu Palestine diserang bukan isu baru dimata dunia.
Sebagai adik-beradik dan saudara se-islam
 patutkah kita berdiam diri.??
Tergamak kah kita tengok sahaja
 mereka diserang oleh tentera zionis.??
Anak-anak kecil menjadi kerakusan kezaliman mereka.
Even kita tidak dapat bersama mereka dimedan perang,
mari lah sama-sama kita mengangkat tangan memohon dengan yang maha Esa.
Memohon Allah melumpuhkan serangan Israel serta memberi balasan 

Jom sama2 baca doa ni...


Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ₯Ω†Ψ§ Ω†Ψ¬ΨΉΩ„Ωƒ فى Ω†Ψ­ΩˆΨ± Ψ§ΨΉΨ―Ψ§Ψ‘Ω†Ψ§
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و Ω†ΨΉΩˆΨ° Ψ¨Ωƒ Ω…Ω† Ψ΄Ψ±ΩˆΨ±Ω‡Ω…
Wana’u dzubika min syururihim
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ¨Ψ―Ψ― Ψ΄Ω…Ω„Ω‡Ω…. و فرق Ψ¬Ω…ΨΉΩ‡Ω…
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشΨͺΨͺ Ϊ©Ω„Ω…ΨͺΩ‡Ω…. و Ψ²Ω„Ψ²Ω„ Ψ£Ω‚Ψ―Ψ§Ω…Ω‡Ω…
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
ΩˆΨ³Ω„Ψ· ΨΉΩ„ΩŠΩ‡Ω… Ϊ©Ω„Ψ¨Ψ§Ω…Ω†Ϊ©Ω„Ψ§Ψ¨Ωƒ
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا Ω‚Ω‡Ψ§Ψ± ياجبار يا Ω…Ω†ΨͺΩ‚Ω… يا Ψ§Ω„Ω„Ω‡ يا Ψ§Ω„Ω„Ω‡ يا Ψ§Ω„Ω„Ω‡
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… يا Ω…Ω†Ψ²Ω„ Ψ§Ω„Ϊ©ΨͺΨ§Ψ¨ يا Ω…Ψ¬Ψ±ΩŠ Ψ§Ω„Ψ³Ψ­Ψ§Ψ¨
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا Ω‡Ψ²Ω… Ψ§Ω„Ψ£ Ψ­Ψ²Ψ§Ψ¨ Ψ§Ω‡Ψ²Ω…Ω‡Ω… ΩˆΨ§Ω†Ψ΅Ψ±Ω†Ψ§ ΨΉΩ„ΩŠΩ‡Ω…
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim




Monday, October 9, 2023

:::Diri seorang Pendosa:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—πŸ’•

Beberapa harini mental saya tidak kuat tapi cuba untuk kuat.
Cuba istighfar cuba selawat cuba berzikir.
Mungkin ini cara Allah swt jentik hati saya untuk kembali kepadaNya.
Ya mungkin sebelum ini saya lagha dan lalai.
peringatan buat diri saya..

Tiada yang istimewa dari diri saya.
sebaik-baik diri saya , 
jauh lebih baik orang lain.
seburuk-buruk diri orang lain, 
jauh lebih buruk diri saya.

Saya hanyalah insan yang punya banyak dosa tetapi ditutupi aib oleh Allah taala.

Kesilapan saya tidak terlihat oleh manusia tetapi 
Allah Maha Melihat
Allah Maha Mendengar
Allah Maha Mengetahui

love as always






Tuesday, September 26, 2023

::: RMAK #1:::

 

JOM PAPERLESS - bersama Warga Hospital Kuala Nerang

20 Sept 2023, Kuala Nerang

Kempen bagi mempromosikan MyTNB seterusnya Digital Billing -Jom Paperless telah berjaya di jalankan dengan meriahnya bersama warga kerja Hospital Kuala Nerang (HKN). Kempen kali ini lebih menekankan pengguna yang telah mendaftar aplikasi MyTNB agar bersama ke arah Jom Paperless bagi menyahut seruan ESG.

Sesi mempromosikan Digital Billing ini telah diketuai oleh Puan Noor Iliani binti Abdullah, Lead - State Retail Customer & Partner Engagement (Kedah) , Encik Aqiel Bin Mazli, Team Member Customer Engagement (Kedah) bersama anggota kerja Customer Service & Billing Operation TNB Kuala Nerang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kerja Hospital Kuala Nerang. 

Timbalan Pengarah HKN, Dr Nik Hidayatul Iznin Binti Mohd Hatta telah berbesar hati turut serta memeriahkan program ini.

Program kali ini telah berjaya menarik minat seramai 60+ pengguna yang telah mendaftar MyTNB dan secara tidak lansung telah Go Paperless.


-RMA KNRG -Nurrahiiqin Adnin

Friday, August 25, 2023

:::Allah is the best planner:::

Assalamualaikum

Salam Jumaat Baraqah

My dear,

I can't promise to fix all your problems, but I can promise you won't have to face them alone. We don't understand what's happening in our life, cukup sekadar tutup mata, tarik nafas dalam2 dan ucap.."Ya Allah, I know this is your plan, just help me through it"


Tuesday, July 18, 2023

:::Salam Maal Hijrah 1445H:::

 Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1445H Semoga tahun baru hijrah menjadikan kita semua insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, dan saling bantu membantu antara satu sama lain. 

Marilah kita bersama-sama meningkatkan keazaman untuk berubah kepada manusia yang lebih baik amalnya, ilmunya, ibadahnya dan ukhuwahnya agar  beroleh keberkatan dari Allah SWT. Aamiin..❤️🀲

Wednesday, July 5, 2023

:::M A A F B U K A N K A L A H:::

 Assalamualaikum


π‘Ίπ’†π’…π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑰𝒕𝒖 𝑴𝒂𝒉𝒂 π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’Žπ’‘π’–π’ ..

π‘°π’π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒑𝒖𝒍𝒂 π‘΄π’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚ π‘©π’Šπ’‚π’”π’‚ ..

𝑨𝒑𝒂 π’šπ’ˆ π’Œπ’Šπ’•π’‚ 𝒂𝒅𝒂 ..

𝑨𝒑𝒂 π’šπ’ˆ π’Œπ’Šπ’•π’‚ 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 ...

π‘Ίπ’†π’ˆπ’‚π’π’‚π’π’šπ’‚ π’Žπ’Šπ’π’Šπ’Œ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑻𝒂𝒂𝒍𝒂 . ☝🏻🀍

𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 π‘΄π’†π’π’ˆπ’†π’•π’‚π’‰π’–π’Š ..

π‘΄π’†π’Žπ’Šπ’π’•π’‚ 𝑴𝒂𝒂𝒇 π’ƒπ’–π’Œπ’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’†π’•π’Š π’Œπ’‚π’π’‚π’‰ .

π‘ͺπ’–π’Žπ’‚ π’•π’‚π’Œπ’π’‚π’Œ π’Žπ’†π’“π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’Œ π’…π’Š π’‘π’‚π’…π’‚π’π’ˆ π’Žπ’‚π’”π’‰π’šπ’‚π’“ ..


π‘Ύπ’‚π’π’‚π’‰π’–π’‚π’π’‚π’Ž

:::Tenang2 ajerr:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao..

Nak bebel sikit ni, perasan tak makin kita berumur ni kita da malas nak pikir hal remeh-temeh.
Nak hidup tenang-tenang je.
Jika ada salah maafkan beliau.
Jika kita buat salah, minta maaf dengan beliau.
Tak perlu nak gaduh lama2...Jiwa tak tenteram.

Usia macam ni nak yang hepi2 je.
Bahagia itu perlu dicari.
Kalau rasa tak bahagia, let's go jer.
Buat masa ni alhamdulillah CikpuanEqin bahagia dgn kehidupan.

Buang prasangka yang tak baik.
Cipta kenangan sebaik mungkin, 
Kadang harini bukan rezeki kita percayalah suatu hari nanti ada sang suria dan pelangi menanti kita.
Kita perlukan kasih sayang dari orang sekeliling, kita juga perlu memberi kasih sayang buat mereka.
Kasih sayang itu bukan setakat harini, malah kasih sayang itu sehingga hujung akhir hayat kita.

done bebel...
love as always

:::Didik Hati Lebih Baik:::

 Assalamualaikum, 

Da Jia Hao..

Self reminder untuk diri cikpuan Eqin..

Pic: cikpuanEqin & lil girl Aenida

Harini cikpuanEqin rasa nak share tazkirah sikit, kita tak baik cuma kita ni berusaha untuk menjadi baik. 
Harap istiqamah buat perkara yang baik-baik.

Semua yang kita punya harini bukanlah milik kita, begitu juga hati kita.

Semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.(QS. Al An'am :32)

Pernah tak kita terfikir dunia ini satu kenikmatan sementara untuk kita kekal bahagia di syurga Allah swt.

Dunia ini ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat.

Paling simple yang kita boleh buat adalah bila kita kerja, niat kerja kerana Allah Swt, kita mencari rezeki yang diberkati untuk beri pada anak2 kita, keluarga kita. 
Kita tak minta jadi kaya raya, cukup untuk kita memberi lebihan rezeki kita pada golongan yang memerlukan. Kadang kita ada terambil masa kerja untuk urusan peribadi, mungkin org lain tak tahu tapi diri kita akan tahu. Cuba ganti masa yang kita ambil tadi agar rezeki kita diberkati.

Pesanan ini utk diri sendiri dan semua yg membaca blog cikpuanEqin.

love as always