Friday, July 28, 2023

:::Hectic wiken (end of July23):::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao

A hectic wiken for me...

27/7/2023- KN TO KL
28-30/7/2023 - KL
30/7/2023- KL TO KN
31/7/2023 - KN TO PENANG
1/8/2023 - PENANG TO KN

Ya Allah,
 berikan daku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Permudahkanlah segala urusan kami serta selamatkan perjalanan kami ke destinasi yang dituju.
aminn..aminn

::: Demi sebuah cita²:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa...

Demi sebuah cita²..
 Aenida dan Aisy teman cikpuaneqin ke Kuala Lumpur. Percayalah wahai anak, ini adalah pengorbanan yang mama lakukan demi keluarga kita. Semoga pengorbanan ini, digantikan kesenangan buat kita semua nanti.

Terima kasih inciksuami selalu memberi sokongan buat isterimu ini..
 Terima kasih kerana menjaga anak kita.
Terima kasih anak2 kerana memahami mama yg sering sibuk ini..


 
Pic: Aisy behave dalam bas😁😁

 
Pic: Bukti sayang ke ni hantar cikpuanisteri sampai dalam bas..

Jom bermulalah journey semester 8

Love as always 😍



Wednesday, July 26, 2023

:::Tahlil buat arwah yang telah pergi:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao

Dengan sedikit rezeki yang ada tercapai la cita-cita cikpuaneqin nak adakan sedikit kenduri kecil-kecilan menjamu jemaah surau.

Pada 24/7/2023 Isnin seusai solat isyak, para jemaah surau telah memenuhi ruangtamu,
Inciksuami menjemput ustaz untuk adakan sedikit tahlil serta doa selamat untuk kesejahteraan semua.
Cikpuaneqin pula sibuk uruskan persiapan untuk para tetamu makan nanti.
Semua cikpuaneqin buat sorang maklumlah Isnin tu pun kerja jadinya balik kerja tu baru nak masak nasi baru nak masak lauk.

Menu :
Nasi Putih + Kari Kepala Ikan Jenahak+ Ikan Goreng +Ulam Jantung Pisang+Cabai +Pisang+Oren

 
Pic: Gulai Kepala Ikan Jenahak
Macam tak caya plk kita bole masak untuk kenduri..hehhe

 
Pic: menu kampung ja...ulam cabai tu yang penting kan.
Alhamdulillah semua habis tiada yang membazir

 
Pic: Para jemaah sedang mengaminkan doa yang dibaca.Moga diberkati olehNya

 
Pic: Tetamu sedang menikmati juadah makan malam

sekian, coretan cikpuaneqin simpan sini sebagai kenangan.

Moga diperluaskan lagi rezeki cikpuaneqin sekeluarga.
Tiada yang membahagiakan cikpuaneqin selain melihat bahagianya dan kenyangnya tetamu yang hadir..

Love as always.





:::Wordless Wednesday #5:::

 Assalamualaikum 

Da Jia HaoπŸ’“

Debaran Semester 8 kian terasa.
Ya Allah permudahkanlah urusan pengajian kami.
Hindarilah perasaan keluh kesah, gemuruh dan dukacita,
Semoga kejayaan menjadi milik kami.

Jadual P1- 29-30/7/2023
Berangkatlah saya ke Kuala Lumpur demi menuntut ilmu.
Meninggalkan kesayangan saya di Kedah


 
Pic: Hi classmates, till then see ya

Love as always


Sunday, July 23, 2023

:::NOTIS TAKSIRAN -Settle:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini 23/07/2023 Ahad berpagian lagi cikpuaneqin call LHDN nak tanya berkenaan 
Notis Taksiran yang perlu dibayar.


Alhamdulillah 2x dial, dijawab dengan jawapan yang menyenangkan hati cikpuaneqin.
Hanya majukan nombor Adjukasi yang diberi then semakan mendapati semua telah diluluskan
Selepas mendengar nilai yang perlu dibayar makanya cikpuaneqin minta suami ke 
LHDN, Caw Anak Bukit untuk dibuat bayaran.
Selesai membuat bayaran, boleh bawa dokumen yang diberi ke Pejabat Tanah untu urusan Geran.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Sekali lagi cikpuaneqin jejak kaki ke Pejabat Tanah untuk uruskan apa yang patut.
Incik suami buat bayaran RM100 untuk collect Geran tu
Waiting period lebih kurang 3m jugak la...

Ok takpe kita tunggu ya.
Sabar itu Indah
Bersedialah untuk menjadi pekebun yang berjaya ya cikpuaneqin haha

Jom kita belanja gambar masa kami anak beranak p tebas dusun
 
Pic: Dusun kami dipenuhi pokok kelapa

 
Pic: Aisy diusia 7 bulan da masuk kebun tau

 
Pic : Masuk dusun berkelah haha

 
Pic: See..da cerah kan..daun2 tu da kena cantas

Daun kelapa tu ku raut buat lidi dapat la sebekas...boleh la sapu2 carpet


LOVE AS ALWAYS


Thursday, July 20, 2023

::: Spider-Man Booolatt:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao ❤️

Gelagat spiderman boolat saya haha
Ambil #AisyFatih dari Taska then letak la dalam carseat kat sebelah tengok la macamana kedudukan beliau...
memang xboleh nak behave langsung kann..haha

Pic : Muka serius hokehh

Pic: Terrsuap mushroom soup panas hahaha

Siannn...panas itu no dua..yg penting makan dulu baru buat muka tahan panas....

Anak oh anak..membesarlah dengan bijaksana.

Till then,

Love as always ❤️

 

:::Cuti Tahun Baru Hijrah Kami:::

 Assalamualaikum.

Da Jia Hao..

Public Holiday takde la plan nak kemana-mana..sebabnya selalu buat penat je cikpuaneqin plan ke sana sini last2 memang tak pergi pon. 

Makanya pagi Rabu cikpuaneqin mula rutin seperti biasa. seusai subuh da basuh baju, masak, mandikan sikecik #AisyFatih n bermacam-macamlah kerja rumah yang takkan habis tu.

Seusai solat zohor, suami cikpuaneqin ajak pergi dusun kawan di Pedu, maka nya terus bagi arahan kat anak2 suruh siapkan pakaian apa yang patut  dan bertolak lah kami jam 2petang..

bagi memeriankan lagi perkhelahan kami, cikpuaneqin call kawan sorang lagi untuk join kami.Beliau setuju then kami gerak sama2 ke destinasi yang dituju.

Jom kita belanja gambar wak.. 

Pic: selfie with anak terpaling bongsu...



Pic: Dangau/Pondok
Cita2 kita nanti pun nak buat pondok camni tau..

Pic: Merasa la anak anak pengalaman gajlli ubi kayu...hujan mendung, rebus ubi makan panas2 cicah sambal ikan bilis apa nak kata...sedapp yakmatt


Pic: Kak long Anis n adik Aisy

Pic: santai anak2 main chess xtaula sape menang sape kalah..main ngelat depa ni

Pic: Si bongsu xleh tinggal mama jauh sikit mesti nak berkepit ja



Pic: Haruslah ambik gambar kenang²an dgn kakak2 nii

Pic: Terima kasih incik suami sudi bawak kami jenjalan walaupun plan otak seminit

Sekian suasana perkelahan untuk harini...

Panjang umur,jumpa lagi


Love as always 


Tuesday, July 18, 2023

::: Two of teeth😁:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

#AisyFatih da ada dua batang gigi makanya cikpuaneqin harus waspada dengan gigitan manja beliau ...hahaha 


 
Bukti gigi dua batang dikala usia 7m 10d.
Handsome teruksss..setiap hari ku jatuh cinta dengan beliau..
Takpernah rasa puas untuk peluk cium..

Till then,

Love as always ❤️😍


:::Salam Maal Hijrah 1445H:::

 Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1445H Semoga tahun baru hijrah menjadikan kita semua insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, dan saling bantu membantu antara satu sama lain. 

Marilah kita bersama-sama meningkatkan keazaman untuk berubah kepada manusia yang lebih baik amalnya, ilmunya, ibadahnya dan ukhuwahnya agar  beroleh keberkatan dari Allah SWT. Aamiin..❤️🀲

:::Depo-Proveva:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao

Usia #AisyFatih da hampir 8 bulan, makanya da 2x la cikpuaneqin kena inject depo.
Tau kan apa itu depo...depo adalah sejenis perancang kehamilan keluarga.
Protection untuk kita sebagai wanita bagi mengelak kehamilan berlaku.
Baby cikpuaneqin kecik lagi kot,protect la selagi mampu.

#DEPO-PROVEVA.

FYI, injection depo ni diberi kepada ibu 3 bulan sekali, typically depo ni mengelakkan berlakunya persenyawaan, keeping your ovaries from releasing an egg. Then, thickens cervical mucus to keep sperm from reaching the egg. haa gitu la lbh kurang.

Sebelum, pakai implanon memang Dr akan suggest pada ibu untuk ambil injection depo ni, Jika sesuai boleh teruskan pengambilan injection ni setiap 3 bulan dan jika tidak sesuai boleh stop terus and cari protection yang lain.

Alhamdulillah ianya sesuai dengan cikpuaneqin.

 Yang bagusnya KK ni kat sini rajin follow up kita sekiranya kita terlupa date, nurse betul2 jaga tau. yela anak kecik lagi kan, kita suka cara layanan mereka kat sini.
Dari pregnant hingga anak da 7bulan + tak pernah ada yang xbest dengan layanan KK. Thank you so much SN Zubaidah (kakzue) layan cikpuaneqin dengan baik.

Next apt : 20/09/2023

ok dulu coretan hari ini.

love as always.






Monday, July 17, 2023

::: Blackpink:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao..

Juara Netball Piala CGO 2019
Antara pengalaman manis cikpuaneqin and team jadi 
Juara Netball Piala CGO.
Ni kali ke-3 main kat Dewan HUSM, Kelantan
Awal dulu kita main di UUM, Kedah. 
Masa tu kita dapat tempat ke-7 kot.
yala first time main, takkan terus nak juara kan.

Training pun xlama, jarang-jarang sekali nak jumpa padang tu.
Kerja kat Brickfield, Trainning plak kat Bangsar.
jom cikpuaneqin belanja gambar sebagai kenang-kenangan di hari tua haha


 
pic: PIALA CGO 

Pic : Konon terpaling penat la tu haha



 
Pic: Kenangan sebelum perlawanan


 
Pic: OK tak Team Juara Blackpink posing haha

 
Pic: sokongan padu...Mak and BFF Cikpuaneqin pun ada tauu

 
Pic : Belanja pic training kat Padang HQ Bangsar.

ok la dulu untuk harini,,

Love as always.







Sunday, July 16, 2023

:::Zaman Muda opsss:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

Berani sangat ke berani mati ni posting gambar muda remaja..
Ala kita dulu selekeh,selebek ja,
 taktau la macamana orang tu #Terjatuhchenta kat kita yang perangai budak-budak ni..hahaha
Sebab kita cakap perangai budak, yela dulu2 kuat majuk, kuat jeles, kuat nangis, kuat marah2...tapi lani chill ja..rilex ja dengan apajua yang datang. 
Nak Bahagia nak tenang2 ja..

#inciksuami Nak nyesal pun tagune da kot sebab anak pun da 4 kikiki..
Moga cikpuaneqin kekal sihat bertenaga cantik dalaman cantik luaran untuk menguruskan keluarga terchenta...

Pic: Zaman anak 1 kot time ni...

p/s: Thankyou #inciksuami settle kan payment service kete kita yg telah sekian lamanya susah nak start...RM550 melayang wehh..papepon thankyou. Doaku moga dimurahkan rezeki selalu.

sekian, coretan hari ini.

Love as always


:::Zikir AHAD:::

 Assalamualaikum

Jom Zikir Ahad

Ya Hayyu Ya Qoyyum

(Wahai yang sentiasa hidup, sentiasa kekal)

Semoga kehidupan kita dipelihara Allah swt.

p/s : Perkongsian doa untuk ayah dari seorang sahabat.

Ya Allah, 
Ampunkanlah seorang lelaki yang dibin/bintikan nama kami dengan namanya
Itulah Ayah kami Ya Allah

Dengannya kami kenal ketegasan didunia ini, 
Kami kenal Akidah yang sebenarnya.

Ya Allah,
Ampunkan Ayah kami yang air matanya hanya untuk Mu
Ampunkan Ayah kami yang bertanya khabar melalui lisannya ibu
Yang menghulur wang saku melalui lembutnya tangan ibu
Yang selalu memandang kami ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh
Tetapi apabila didekati wajahnya tegas mendidik kami

Hingga Hari ini apabila kami menjadi Ayah ibu kami baru mengenali itu Ayah sebenarnya

Ya Allah panjangkan umur mereka dalam Kebajikan dan kewarasan Ya Allah
Tambahan padanya ketabahan keimanan dan ketakwaan

aminnn..

Love as always

Saturday, July 15, 2023

:::Majlis Doa Selamat #unplan:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

Unplan ni memang selalu terjadikan dalam hidup kita...tiba-tiba ja rasa nak buat itu..tiba-tiba ja rasa nak buat ini..hihi

Alhamdulillah harini tiba-tiba cikpuaneqin bersuara pada #inciksuami nak minta jemaah surau buat doa selamat sikit..

Tercapai cita-cita tu sebabnya seusai solat Isyak, rumah cikpuaneqin dihadiri oleh jemaah surau.
Takda la ramai tapi yang hadir ni memeriahkan Majlis kami..Terima kasih sudi hadir.
Moga mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya 


 Pic: Jemaah surau Kg kami...

Menu: (cikpuaneqin masak sorang tauu)
 Nasi Beriani
Nasi Putih
Sup Tulang
Acar Buah
Ikan Goreng
Teh o
Pisang

Alhamdulillah..Terima kasih daun keladi..

Love as always 


Thursday, July 13, 2023

:::Perihal Sebidang Tanah:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao

Pepatah melayu ada mengatakan
Berakit-akit ke hulu, Berenang-renang ke tepian
 Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,

Alhamdulillah..

Seharian urusan di Pejabat Tanah Daerah atas urusan pindah milik
ada yang menduga cikpuaneqin semasa urusan pindah milik tadi tapi tak apa mungkin inilah ujian pertama untuk menempuhi saat-saat getir ke hadapan nanti..

Silapnya, borang telah diisi dengan lengkap oleh kedua-dua pihak malangnya, borang telah ditandatangan oleh kedua pihak BUKAN di hadapan Pegawai yang Sah.

Da la borang tu di type oleh typewriters berdaftar..BATAL borang tu maka cikpuan beli borang lain then isi sekali lagi macam nak tercabut tangan oiii...

Then, lepas da settle semua baru kami t.tangan di hadapan pegawai tadi... alhamdulillah semua nya menjadi mudah makan bertukar milik lah sebidang tanah itu..syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki ini.

Nanti settle urusan di LHDN untuk buat taksiran dan bayaran duti setem,seterusnya kembali semula ke pejabat tanah daerah untuk ambik geran.
Fuhhh ni semua pengalaman untuk cikpuaneqin yang tak berapa nak cekap bab ginie..

Tak pe la..xde manusia yg sempurna kan..
Follow the flow je lah...

Nak cikpuaneqin belanja pic ke..nanti lah ekk

Love as always ❤️

Wednesday, July 12, 2023

:::Wordless Wednesday 4:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao..

Congratulation Anis for  MSSD Chess Tournament.

Alhamdulillah got 3rd Place.

Thanks buat guru pengiring : Cg Mariaton (PK KO-SKKN)

 

 
Pic: Anis and da geng

 
Pic: Panas uii mama ajak selfie depan SMK Tun Syed Ahmad

 
Pic: Ade budak minta belanja Kepci sbb dpt tempat ke-tiga


Love as always

:::Result semester 7:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

Pernah dengar tak pepatah

"Hasil tidak pernah mengkhianati Usaha"

Ya, harini cikpuaneqin akan pegang sampai mati kata2 keramat ini... Results semester lepas dah pun keluar maka apa yang cikpuaneqin dapat berbaloi lah apa yang diusahakan..

Moga semangat ini tidak pernah luntur untuk semester seterusnya..

Gambate kawan.! Semangat!!

Love as always 




Monday, July 10, 2023

:::Another Milestone:::

 Assalamualikum..

Da Jia Hao.

Finally...Anothers milestone to achieve..
Sujud syukur atas apa yang kami perolehi harini..
Tiada yang mustahil.
Berkat kesabaran dan doa dari orang tua..

Berbaktilah pada TANAH insya-Allah ada keberkatannya.

Alhamdulillah syukur
Bukan wang ringgit menjadi ukuran,
Kebahagian itu yang dicari-cari
Semoga dengan rezeki ini dapat membahagiakan kami semua

Bahagia bukan datang dari wang ringgit
Bahagia datang apabila hati kita tenang menerima segala takdir tuhan.
Jika kebahagiaan boleh dibeli, maka tentu para pemilik harta semuanya bahagia



Love as always


:::Zikir Isnin:::

 Assalamualaikum

Didoakan semua yang baik2 untuk rakan pembaca blog cikpuaneqin..

Jom sama-sama amalkan zikir Isnin,

Moga kita semua dirahmati Allah Swt.

"LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM"

1000x 


Love as always

Sunday, July 9, 2023

:::Info Hartanah:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao..

Awak meh kita share link sekiranya awak2 ada berhajat nak beli hartanah untuk masa depan.
Good info bagi yang zero knowledge..
cikpuaneqin share sebab kita pon suka baca bab2 ginie..
tak rugi pon kan..

Boleh tekan link kat bawah nie

>>>Hartanah<<<

ok zassss...

Love as always

Saturday, July 8, 2023

:::Love till Jannah:::

Assalamualaikum πŸ₯³

Da Jia Hao ❤️

Dear husband,

Terima kasih untuk 13tahun 7bulan hari kita

Moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat 

Ups and downs yang penuh dengan rasa syukur

Terima kasih juga tempatkan saya dihati awak walaupun awak je yang tahu macamana kerasnya saya...hahaha 

Love as always πŸ˜πŸ’—


:::7 month old baby:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao..

Happy 7month old my 🍼🍼 #AisyFatih

08/12/2022
3.71kg
Kedah Medical Centre




Jam 2pm-Register/ Labour room
Jam 3pm - Induce
Jam 5pm- mula rasa sakit
Jam 7.41pm- Lahirlah seorang Putera .

Paling senang,paling sekejap proses lahirkan awak dikk..

Syukur Alhamdulillah
Moga menjadi anak soleh
Penyejuk hati mama ayah❤️


Thursday, July 6, 2023

:::Cemboi mata sepet:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

Ehh mata sepet pon ensem tau my kesayangan ni..

Mata tu kena gigit dek apa pon xtau la..bengkak dua hari da..sbbkan beliau takde nangis2 cikpuaneqin chill jala..
Nama pun anak lelaki kan kena la kuat tak mau manja2 nii

Pic: Tunggu garlic bread xsampai2

pic: tak bagi mama suap, beliau nak pegang sendiri


Love as always 😍



Wednesday, July 5, 2023

:::M A A F B U K A N K A L A H:::

 Assalamualaikum


π‘Ίπ’†π’…π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑰𝒕𝒖 𝑴𝒂𝒉𝒂 π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’Žπ’‘π’–π’ ..

π‘°π’π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒑𝒖𝒍𝒂 π‘΄π’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚ π‘©π’Šπ’‚π’”π’‚ ..

𝑨𝒑𝒂 π’šπ’ˆ π’Œπ’Šπ’•π’‚ 𝒂𝒅𝒂 ..

𝑨𝒑𝒂 π’šπ’ˆ π’Œπ’Šπ’•π’‚ 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 ...

π‘Ίπ’†π’ˆπ’‚π’π’‚π’π’šπ’‚ π’Žπ’Šπ’π’Šπ’Œ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑻𝒂𝒂𝒍𝒂 . ☝🏻🀍

𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒉𝒂 π‘΄π’†π’π’ˆπ’†π’•π’‚π’‰π’–π’Š ..

π‘΄π’†π’Žπ’Šπ’π’•π’‚ 𝑴𝒂𝒂𝒇 π’ƒπ’–π’Œπ’‚π’ π’ƒπ’†π’“π’†π’•π’Š π’Œπ’‚π’π’‚π’‰ .

π‘ͺπ’–π’Žπ’‚ π’•π’‚π’Œπ’π’‚π’Œ π’Žπ’†π’“π’‚π’π’ˆπ’Œπ’‚π’Œ π’…π’Š π’‘π’‚π’…π’‚π’π’ˆ π’Žπ’‚π’”π’‰π’šπ’‚π’“ ..


π‘Ύπ’‚π’π’‚π’‰π’–π’‚π’π’‚π’Ž

:::Tenang2 ajerr:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao..

Nak bebel sikit ni, perasan tak makin kita berumur ni kita da malas nak pikir hal remeh-temeh.
Nak hidup tenang-tenang je.
Jika ada salah maafkan beliau.
Jika kita buat salah, minta maaf dengan beliau.
Tak perlu nak gaduh lama2...Jiwa tak tenteram.

Usia macam ni nak yang hepi2 je.
Bahagia itu perlu dicari.
Kalau rasa tak bahagia, let's go jer.
Buat masa ni alhamdulillah CikpuanEqin bahagia dgn kehidupan.

Buang prasangka yang tak baik.
Cipta kenangan sebaik mungkin, 
Kadang harini bukan rezeki kita percayalah suatu hari nanti ada sang suria dan pelangi menanti kita.
Kita perlukan kasih sayang dari orang sekeliling, kita juga perlu memberi kasih sayang buat mereka.
Kasih sayang itu bukan setakat harini, malah kasih sayang itu sehingga hujung akhir hayat kita.

done bebel...
love as always

:::Didik Hati Lebih Baik:::

 Assalamualaikum, 

Da Jia Hao..

Self reminder untuk diri cikpuan Eqin..

Pic: cikpuanEqin & lil girl Aenida

Harini cikpuanEqin rasa nak share tazkirah sikit, kita tak baik cuma kita ni berusaha untuk menjadi baik. 
Harap istiqamah buat perkara yang baik-baik.

Semua yang kita punya harini bukanlah milik kita, begitu juga hati kita.

Semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.(QS. Al An'am :32)

Pernah tak kita terfikir dunia ini satu kenikmatan sementara untuk kita kekal bahagia di syurga Allah swt.

Dunia ini ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat.

Paling simple yang kita boleh buat adalah bila kita kerja, niat kerja kerana Allah Swt, kita mencari rezeki yang diberkati untuk beri pada anak2 kita, keluarga kita. 
Kita tak minta jadi kaya raya, cukup untuk kita memberi lebihan rezeki kita pada golongan yang memerlukan. Kadang kita ada terambil masa kerja untuk urusan peribadi, mungkin org lain tak tahu tapi diri kita akan tahu. Cuba ganti masa yang kita ambil tadi agar rezeki kita diberkati.

Pesanan ini utk diri sendiri dan semua yg membaca blog cikpuanEqin.

love as always