Sunday, July 23, 2023

:::NOTIS TAKSIRAN -Settle:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini 23/07/2023 Ahad berpagian lagi cikpuaneqin call LHDN nak tanya berkenaan 
Notis Taksiran yang perlu dibayar.


Alhamdulillah 2x dial, dijawab dengan jawapan yang menyenangkan hati cikpuaneqin.
Hanya majukan nombor Adjukasi yang diberi then semakan mendapati semua telah diluluskan
Selepas mendengar nilai yang perlu dibayar makanya cikpuaneqin minta suami ke 
LHDN, Caw Anak Bukit untuk dibuat bayaran.
Selesai membuat bayaran, boleh bawa dokumen yang diberi ke Pejabat Tanah untu urusan Geran.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Sekali lagi cikpuaneqin jejak kaki ke Pejabat Tanah untuk uruskan apa yang patut.
Incik suami buat bayaran RM100 untuk collect Geran tu
Waiting period lebih kurang 3m jugak la...

Ok takpe kita tunggu ya.
Sabar itu Indah
Bersedialah untuk menjadi pekebun yang berjaya ya cikpuaneqin haha

Jom kita belanja gambar masa kami anak beranak p tebas dusun
 
Pic: Dusun kami dipenuhi pokok kelapa

 
Pic: Aisy diusia 7 bulan da masuk kebun tau

 
Pic : Masuk dusun berkelah haha

 
Pic: See..da cerah kan..daun2 tu da kena cantas

Daun kelapa tu ku raut buat lidi dapat la sebekas...boleh la sapu2 carpet


LOVE AS ALWAYS


No comments:

Post a Comment