Assalamualaikum..
Marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat putera kami
Muhammad Yusuff bin Mohamad Bakri
Mama tahu Yusuff sedang bermain-main di taman Syurga.
1 Ramadhan 1438H Yusuff tinggalkan mama ayah
Saat kandungkan dan melahirkan Yusuff mama akan kenang sampai bila-bila.
Insyallah.mama redha dengan ujian ini.
Disini mama simpan agar kakak Yusuff boleh baca coretan ini bila mama tiada nanti.
Pic: Saat Yusuf dikafankan oleh Imam Rahman.
Pic: Ayah bersama Yusuf disaat akhir Yusuf akan disemadikan
Pic: Ayah Yusuf yang semadikan Yusuf.Masani mama dalam wad dihospital. Mama tidak dibernarkan mengikut Yusuf ke tanah perkuburan.
Pic: Ayah buka kain kafan dan cuba memalingkan muka Yusuff ke tanah.
Air muka Yusuff sangat bersih suci. Yusuff macam tidur ja waktu ni
Pic: Pusara Yusuf di Jalan Bangsar.
Yusuff ingat tau, mama sangat sayangkan Yusuff.Selama mama kandungkan Yusuff 9 bulan mama tiada alahan lansung, mama tiada masalah dan boleh berkerja seperti biasa. Mama tak sangka yang Yusuff boleh tinggalkan mama selepas mama melahirkan Yusuf..
Coretan ini mama tulis sambil menangis dalam hati.Mama sedar mama perlu ikhlas dan Redha. Jika Yusuff ada usia Yusuff sekarang 6tahun.Kenangan bersama Yusuff masih segar dalam ingatan mama.
Alfatihah Muhammad Yusuff bin Mohamad Bakri.
Love as always
No comments:
Post a Comment