Monday, July 3, 2023

:::Harta Dunia & Akhirat saya:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Sedar tak sedar, hampir memasuki 14 tahun usia perkahwinan antara awak dan saya.

#13yearsncounting

Yes terlalu banyak cabaran suka duka air mata, jerih perih, manis tawar namun saya tidak akan pandang itu semua. 

Yang saya akan kenang bersama awak dan anak-anak kita hanya lah kenangan yang indah dan manis sahaja.

Saya sedar apa yang saya ada sekarang bukanlah semua milik saya dan pada bila-bila masa sahaja Allah akan ambil kesayangan saya ni dari saya.

Wahai suamiku, ampun kan saya jika saya selalu menyakiti hati kamu,
Wahai anak2ku, maafkan mama jika mama tidak mampu memberi didikan yang sempurna
buat kamu.

Permata hati mama & ayah, bukti cinta kami:
Anis Nuraisha
Adyna Summayyah
Aenida Ezreen
Arwah Muhhammad Yusuff
Muhammad Aisy Fatih

Pic: Salam raya yang syahdu.

Pilihan ditangan kita untuk kita cipta memori bahagia bersama kesayangan kita. Harta dunia akhirat saya adalah kamu semua, percayalah.


Love as always




No comments:

Post a Comment