Wednesday, July 5, 2023

:::Didik Hati Lebih Baik:::

 Assalamualaikum, 

Da Jia Hao..

Self reminder untuk diri cikpuan Eqin..

Pic: cikpuanEqin & lil girl Aenida

Harini cikpuanEqin rasa nak share tazkirah sikit, kita tak baik cuma kita ni berusaha untuk menjadi baik. 
Harap istiqamah buat perkara yang baik-baik.

Semua yang kita punya harini bukanlah milik kita, begitu juga hati kita.

Semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.(QS. Al An'am :32)

Pernah tak kita terfikir dunia ini satu kenikmatan sementara untuk kita kekal bahagia di syurga Allah swt.

Dunia ini ladang (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat.

Paling simple yang kita boleh buat adalah bila kita kerja, niat kerja kerana Allah Swt, kita mencari rezeki yang diberkati untuk beri pada anak2 kita, keluarga kita. 
Kita tak minta jadi kaya raya, cukup untuk kita memberi lebihan rezeki kita pada golongan yang memerlukan. Kadang kita ada terambil masa kerja untuk urusan peribadi, mungkin org lain tak tahu tapi diri kita akan tahu. Cuba ganti masa yang kita ambil tadi agar rezeki kita diberkati.

Pesanan ini utk diri sendiri dan semua yg membaca blog cikpuanEqin.

love as always



No comments:

Post a Comment