Friday, June 30, 2023

:::Raya don't be sad okeyy:::

 Assalamualaikum..

Nak cakap ke tak cakap,
nak cakap ke tak cakap,
 nak cakap ke tak cakap...

Act, kita sabar dengan apa yg berlaku..

yess today is Raya so dont be sad..

Adakah ini satu pengorbanan..yess moga pengorbanan ini di pandang oleh Allah swt😌


Love as always 😍










::: Aidiladha 1444H/2023M:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ❤️

Alhamdulillah harini direzekikan untuk diri ini laksanakan ibadah qurban. 

Seawal pagi kami sekeluarga ke Bukit Tembaga untuk melihat sendiri binatang yang akan disembelihkan.

Anis, Aenida, Aisy turut serta tau..kita memang nak anak2 lihat sendiri bagaimana syiar ibadah qurban ini.
Bermula dari niat,sembelih,lapah serta pembahagian daging dibuat..semua anak2 tengok..

Ibadah qurban ini dilaksanakan adalah bagi menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang menggantikan korban Nabi Ismail A.S dengan haiwan ternakan

Pic: Haiwan ternakan direbahkan sebelum ibadah qurban dilakukan

Pic:  Alhamdulillah dipermudahkan segala nya

Pic: siap disembelih..syukur Ya Allah

Tq tuan rumah sediakan juadah untuk kami..
Alhamdulillah sedap gulai rebung tadi hihihi

Ok bye.!
Love as always 😍





Wednesday, June 28, 2023

::: Pengorbanan yg Ikhlas:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..


kite wish siap2 tau..
Bermula petang ni kita da mula busy insyAllah petang ni kita masak2 untuk jemaah surau datang takbir dirumah.

Menu petang ni :

Ketupat + Rendang

Nasi Putih + Kari kepala ikan + Udang goreng + Sayur

Bihun Goreng

Teh o panas...cukup la tu

Alhamdulillah diberi kesempatan dan rezeki untuk menjalani ibadah Qurban.
kami ambil 1 bahagian lembu di Bukit Tembaga.
Terima kasih Syahmie pelawa kat kak, ada jugak rezeki kami untuk tahun ni..

Moga dilimpahkan rezeki lagi untuk tahun-tahun hadapan.


Pic: Agihan daging qurban

Love as always 😍





::: Wordless Wednesday 2:::

 Da Jia Hao..

Dua ketuii yang dirindui..haha

Aenida 19kg| Aisy 9.8kg


Love as always 😍


:::Kerja dihari Arafah:::

 Assalamualaikum,

Da Jia Hou..

Esok Raya Qorban,
 Harini masih kerja tau..

Macamni lah apabila diri terikat dengan tanggungjawab. Yang lebih penting adalah amanah yang dipikul,Tidak penting kan diri sendiri. 
Kalau ikutkan dalam kepala ku ni macam2 nak kena buat kat rumah tu, yelah malam ni jemaah surau dah datang takbir kat rumah, balik kerja nanti mesti ku sibuk yakmat...
takpe,
Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran pahala buat kami semua, Insyallah

Love as always, bye

Tuesday, June 27, 2023

:::I Love Tasik Banding:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao👀👀

Baru harini ada semangat nak menulis tentang pengalaman kami menjejak kaki ke Tasik Banding, Gerik,Perak.

Act, banyak kali da lalu jalan ni and jeling2 je Tasik kat sebelah tu. Kali ni tergerak hati nak singgah sebab road to Kelantan pun santai-santai je, takde nak rushing sangat.

FYI, ni jalan utama jika awak dari Utara nak ke Kelantan. Kalau taknakguna highway guna je jalan ni.
Kat Tasik Banding ni diorang ada buat perhentian lebih kurang R&R la.. kawasan Rehat & Rawat.

1st sekali awak akan jumpa board besar yg terpampang I LOVE BANDING

Wah menarik and cantik sangat untuk bergambar. tapi disebabkan cuaca yang amat panas and ai datang pun bawak baby so macam tak sesuai la nak ambik gambar tengah panas tu. Ai suruh enida je pergi berdiri and ai take her photo.
Then bila uols masuk ke area atas tu ada cafe untuk makan minum lepak santai2. Ada juga disediakan surau bagi muslimin dan muslimat menunaikan solat.

Then, bila da siap menunaikan kewajipan , perut pun da kenyang boleh la turun area bawah lihat pemandangan yang SUBHANALLAH terlalu cantik.
ni kali pertama mamaeqin datang sini memang terkesima, kat bawah tu ada juga disediakan boat untuk pelancong yang nak masuk THE ROYAL BELUM ..
Jika nak betul2 merasai pengalaman masuk hutan, memancing, bermalam di kawasan hutan awak boleh sewa House Boat tau. Mungkin boleh share dengan kawan2 sebab kita pernah tanya harga sekitar april/2023 Harga untuk 3hari 2 malam RM2500..

Time ni mamaeqin takde la plan nak tidur sana, so kita jalan2 ambik gambar je lah dulu, nanti kita ajak geng kalau nak tido sana..letss cekedoutt 

Pic: Aenida posing hokeyyy Cantik kan area ni...

Pic: Ni la gambaran Tasik Banding, Subhanallah Maha Suci Allah, terlalu cantik.Selalu tengok dari atas jambatan je ni real betul2 dekat

Pic: Ni laluan antara cafe ke tasik. Ada laluan berbumbung, Nice

Pic: Eii Bulat mok2 mamaeqin pon ada tau, nak posing dengan pakai cap tu..hahaha so comelll

Pic : Aisy and Aenida

Okei itu sahaja coretan hari ini..

Letsss cekedoutt..
Love as always...


Monday, June 26, 2023

:::Boy Jiwa Kental:::

 Assalamualaikum🥳🥳

Da Jia Hao ❤️

See...tajuk pun da gerun kan.
Dikala usia Aisy 6m 18d beliau jatuh worker.
Alhamdulillah takde kecederaan yang serius memandangkan jatuh pun atas karpet so takde la rasa sakit sangat.
Tak pasti time jatuh tu macamana dia boleh tergolek tau-tau da terlentang da.
Nangis kejap je..nama pun hero kan.
Baby sado haruslah tak nangis baru lah MACHO

Ini bukan ensem boy.. 
Ini ashammmm boii..!!!
Ehh mama merepek apa ni ..hahaha

Jom kita lanjer gambar baby sado lepas jatuh worker..
Pic: rilex je main..ajet hero lerr tuee..hahah

Takpe..org ckp baby ni malaikat lindung.
insyAllah moga anakku sentiasa dalam lindungan Allah swt tak kira dimana jua dikau berada..

Love as always 😍💗

:::Mati itu Pasti:::

  Assalamualaikum..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ ﴿ ١٨٥ ﴾

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Surah Ali’ Imraan ayat : 185)


:::Jom amal Zikir Isnin:::

 Assalamualaikum..😍.

Jom amalkan..


Zikir Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.

P/S: Jom sama-sama kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

Love as always...cekedoutt.


Sunday, June 25, 2023

:::The only MIL:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao ❤️

Ibu mertua yang ku kasihi,
Jarang bertanya khabar tapi sentiasa dalam ingatan.. walaupun ai ni bukan menantu yang baik tapi percaya lah ai cuba sedaya upaya buat perkara yang menggembirakan hati mak.

Terima kasih mak melahirkan anak mu yang bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak2.
Terima kasih mak..sayang mak

Raya haji nanti kami balik umah mak yerr..

Pic:  1 Syawal 1444
Mak demam..kesian muka mak pucat ja tapi tetap tersenyum..

Love as always 💕


:::HATYAI FOOD ohh sungguh Heaven:::

Assalamualaikum..

Da Jia Hao..💗

Act ni entry ini tentang food di Hatyai.
Kali ke-3 pergi Hatyai baru sempat nak ambik gambar makanan2 viral/famous di negara jiran.

1st trip pi sana tahun 2019 zaman sebelum covid. Kitorang masuk melalui Padang Besar, Perlis.

2nd trip pi tahun 2019 jugak kot bawak Aenida kami naik keretapi yang open air tu turun di Hatyai dalam 40 minit. Saja la nak merasa naik ketapi yang ala2 citer Hindustan tu...Memang sempoi la habis la..angin kuat gak la n alhamdulillah xde nak mabuk darat mabuk laut..hahaha
 Then, sampai Hatyai kitorang naik Tut-Tut untuk check in area Hatyai.Nama hotel lupa da tapi boleh je booking by agoda hotel kat sana murah je tau.

and 3rd trip pi Hatyai kami masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, Ingat awak kene melepasi Imegresen/Kastam Msia dlu,cop kat passport yang awak da kuar Malaysia barulah akan jumpa dengan Imegresen Thai utk scan n cop passport awak memasuki Thai.
kami ke sana menggunakan van putih, memang da booking siap2 driver dari sana untuk bawak kitorang jalan2 n makan2.. Dalam van semua da siap wifi, naik je terus connect je then uols boleh terus guna. Takyah nak pikir kat mana nak beli simkad bagai..
oh ya..jangan lupa sebelum masuk Hatyai, uols tukar la duit siap2 untuk guna kat sana nanti.

Nilai Tukaran Wang harini adalah CLIK HERE..NILAI MATAWANG MAL-THAI

Agenda masuk Hatyai kalini adalah untuk makan-makan n santai-santai, maka kedai pertama yang kami singgah adalah 

DIMSUM CHABURA.

Kedai ni sebenarnya da pemes sangat da..Dorang jual pelbagai jenis Dimsum, makanan dan minuman, Memang rakyat Msia yang masuk Thai pun tau da kedai ni ada pelbagai jenis hidangan.


Pic : Luk Chup.. ini dijual 60Bath klu tukar duit Msia lebih kurang RM7.90 gitu lah..
Kuih ni inti kacang kat dalam, bagi sape yang suka sedap la rasa dia, bagi ai yang tak berapa gemar ni cukup sekadar rasa satu je dah enough..hahaha

Pic : Miang Kham..yang ni dari zaman dok KL dlu kite mmg suka, selalu je order dgn opismate..
Daun kaduk tu kite lipat and masukkan kacang tanah, udang kering, bawang merah,cabai halia, n calitkan sos tu sikit..lipat2 terus masuk mulut..ala macam atok nenek kita makan sireh dlu..ha gitu la

PIC: Roti Pisang + Telur & Daging Cincang Daun Selasih
 klu kat tempat kita selalu roti canai dihidangkan dengan kuah..yang ni pun sedap wak makan panas2 lembut je roti nya n memang kena lah dengan daging tu..haihhh nak kena pegi Hatyai lagi ke ni da teringat-ingat ni wakkk

PIC: Teh Ais buih la yang pemes kat Hatyai, 
oren and Cappucino tu biasa la, jenis da addicted xleh nak tinggal coffee tu ai order la Cappucino..hihi

PIC: ni lupa da nama apa tapi dia macam DIMSUM GORENG
hahaha,,,Pepandai ja kan bagi nama..atas tu dorang letak seaweed..
makan la time panas2 tu,,rangupp sangat wakk

PIC: ni lebih kurang sama je nama yang kat atas cuma dalam dia ada isi udang and luar kulit tu dorang letak cheese and mayonis..melting wehh


PIC: Taddaaaaa...ni la antara makanan yang kitorang order n makan..tak habis pun sebab portion tu banyak so memang tapau bawak balik la..
hehhe

PIC: CHANG PUAK CAMP
sume orang tau sini tempat ape kan,,, sini tempat awak2 nak merasai suasana menaiki gajah. Kat Thai kan pemes dengan gajah so wajib lah awak datang sini merasai sendiri pengalaman menaiki gajah.😻



PIC: Chang Puak Camp cuma nya dorang da renovate sikit kawasan ni and adakan mini zoo untuk anak2 kecik yang x sesuai nak naik gajah so dorang boleh la tengok burung2 kat sini,,hihi


PIC: Saya & Gajah hahaha
haa...cantik kan..dulu memang la orang ckp klu pergi sana tak yah la naik gajah tu kesian la gajah kena dera, tapi niat yang baik2 insyallah dapat yang baik2..
Pepatah melayu ada mengatakan : Jauh perjalanan, Luas Pemandangan ..
haa gituu

PIC: eh eh gambar candid cikpuan eqin la
Time ni tengah peknen 7 bulan so abaikan lah kalau nampak ai lebar dari biasa..hahaha
tapi cunn kan..sebab cun la ai beli frame ni 15Baht..ala utk kenang-kenangan kan apa salah nya.


PIC: Ice Cream coconut, 5Baht bagi yang ada diabetis tidak digalakkan untuk beli ice cream ni sb terlalu manis untuk ai yang sememangnya dah manis ni..
Atas tu dorang tabur buah kabung, kekacang, ubi keledek and chocolate syrap.. makan sesudu dah perit tekak wak,, terlalu manis...terpulang la klu awak nak rasa okey je..

PIC : Samila Beach, Songkhla
Kat sini ramai la pelancong yang nak ambil gambar dengan patung duyung tu.
klu time cuti memang kene berebut2 la ambil gbr untuk dapat kan angle yang paling cun..awal2 dlu ku gigih jugak berebut, kali ni biasa2 je la klu ade peluang pi la duduk tepi mak duyung tu utk ambik gbr kenang-kenangan...pakai topi tau sebab cuaca panas nti uols boleh pitam..

PIC: Di puncak GOOD MOUNTAIN.
Ha meh nak story, kat sini adalah puncak gunung yang uols boleh lihat pemandangan seluruh tasik di Songkhla..tinggi tau..n view die memang puas hati lah..agak sejuk cuaca kat atas tu lebih kurang cameron tipu2..haha
kat atas tu ada cafe wak boleh la order secawan coffee and sepotong cake..
healing sangatttt..hahah

PIC: cake yang dijual di GOOD MOUNTAIN

PIC: menarikkk sangat kek yang dijual

PIC: Khlong Hae Floating Market
kat sini tak payah ulas kot sebab memang sume orang tahu la kan apa yang ade jual kat sini n memang menjadi tempat tumpuan pelancong.

OKei la dlu rasa da panjang lebar mak ulas pasal trip kalini..just share trip santai mak masa kat Hatyai.
anak2 nanti kita plan and klu ada rezeki mama bawak anak2 yer...

lets cekedouttt..

love as always..bye


 

Saturday, June 24, 2023

:::Incik Suami:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao ❤️

Perbualan antara diriku dan dirimu..
Bila medsos asyik tayang kisah perkahwinan
 si 'Soeb' dan pasangan

W: Soeb da kawin
H: yela, memang ptt kawin sb nanti senang pengurusan nak jaga anak2
W: oo kalau sy meninggal awak cari lain yer
H: ye la kubur belum naik rumput abg cari lain sebab senang ada org nk uruskan anak
W: oo yeke..sama la saya bila awak meninggal saya suruh tukang gali kubur tu timbun tanah laju laju sikit bagi cepat tutup 
H: nape plak dah ada orang tunggu ke
W:😂😂😂

pic : you and me


Hahahhaha...die ingat die je boleh..dapat isteri jenis nak menang aje memang mendapat la...

Siap ckp suh tukang gali kubur timbun tanah laju2😂😂..teruk nya hahaha act tu sekadar gurauan je masa kitorang pi makan berdua di kedai semalam and anak2 tinggal kat umah💙
Don't worry i tetap syg you sampai akhir hayat.. insyAllah


Ok lah sekian..

Love as always 😍

:::R I N D U:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao
💙R.I.N.D.U💙

Yesss...i missu so much🥰
Betul orang cakap rindu itu menyakitkan..Bila berjauhan baru kita sedar betapa kita rindu pada mereka yang dulu nya kita 
kurang beri perhatian pada mereka..
kurang mendengar kata mereka..
sob sob sob

Wahai umi wahai ayah..❤️
Ketahui doaku sentiasa buatmu agar diampunkan segala dosa serta semua kebaikan yang ada pada diriku ku hadiahkan pahala buatmu umi ayah..

Jutaan terima kasih kerana pada saat ini jua doa mu pada diriku tidak pernah jemu agar diriku berjaya di dunia dan di akhirat.

Love as always 😍



:::Mesyuarat Agung PIBG:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hoa
Wiken ku disini..

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 42
DATE: 24/6/2023
VENUE: DEWAN AL GHAZALI, S K K N
Dirasmikan oleh :
Penolong PPD Sektor Pembangunan Murid

Tanggungjawab ibu bapa adalah support anak2
Kemenjadian murid adalah tugas ibu bapa dan guru.

Dalam sejarah orang perempuan ni hebat tau..
Ada pepatah :
"Tangan yang menghayunkan buaian boleh menggegarkan dunia"

Waris wajib ambil peranan untuk sama-sama membantu sekolah.
Ilmu kena dekat dengan kita.

Sumbangan PIBG : RM50 setahun/per murid
RM100 setahun/ per waris

Tolong ye ibu bapa jangan berkira dengan ilmu untuk anak2 belajar.

Pic: Bukti ku hadir MESYUARAT PIBG😂

Untuk tahun 2023:
2 anak ku masih bersekolah disini

Anis Nuraisha 5 al Farabi
Aenida Ezreen 2 al Farabi 

Reminder:
Please HARAM kan anak2 guna HP..uolss kena tahu bahawa HP ni 
Banyak keburukan dari kebaikan.
Hp ni banyak mengundang lara..kuasa sebagai waris adalah hat mutlak ibu ayah..
Setakat harini memang ku xizinkan anak2 main fone..dan klu dorg nak main pn akan minta izin dlu...
ok la dulu, ku nak concentrate dengan agenda mesyuarat ni hahaha

Love as always..bye









Friday, June 23, 2023

:::Minnie Me:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao❤️❤️

It's all about..

Aenida Ezreen
Since Sept 2015
2.90kg
Pantai Hosp Cheras
Taska TNB Bangsar 3m-4y
Taska Khalifah Insaniah Taman Maluri 5y
Smart Reader Kids Taman Permata 6y
S K Seri Bintang Utara 
S K K N untill now

Pic: say 🧀🧀🧀🧀

Hi, 😊 just want to say syukur Alhamdulillah sbb banyak pencapaian yg awak da buat utk tahun 2023.  
❤️ Telah habiskan Iqra dan boleh baca Alquran dengan pemantauan dr ayah/mama
❤️ Dapat masuk kelas DLP
❤️ Berani ke hadapan bila ada event kat sek.

Ingat..doa mama sentiasa mengiringimu walaupun kadang kala mama ni garang macam (sambung)..hahahah

Love as always..B



:::Suka dalam Duka:::

 Assalamualaikum

Salam Jumaat everyone.!!
Cewah tengok pada tajuk tu kan macam terpaling duka lah hidup ku ini.

Act. Si Aisy ❤️ ni baru tumbuh gigi 2batang di usia 6bulan. Normal la tuk baby.
Yang tak berapa nak normal nya his mama..yess 
I AM 😂

Stress wakk bila kita memberi beliau sepenuh kasih syg but dia menyakiti kita dgn  gigi dua batang itu..

Pic: cubaan tuk buktikan gigi dua batang

Pic: see...hahaha ok la dr tak nampak lansung

Now..ku stop kan BF si Aisy ni sehingga diri ku ini sembuh dan pulih seperti sediakala..

AISY teruskan minum susu by bottle dulu tau..nanti kita BF kan awak lagi..

Love as always..


Thursday, June 22, 2023

:::Appreciation post:::

 Assalamualaikum..

Da Jio Hao..

Masih ingat lagi tak post kita tentang Anis Join Kem Kepimpinan
Alhamdulillah appreciation post ini khas buat mu wahai anak.

KEM KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023🖋️

Tarikh : 20 - 22 Jun 2023
Tempat : ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY, ALOR SETAR, KEDAH

🎉Tahniah kakak Anis Nuraisha yang terpilih mewakili Negeri Kedah.
🎉Tahniah juga menjadi Naib Johon Keseluruhan

Meh kita belanja gambar sikit supaya menjadi kenang-kenangan akan datang..
Terima kasih cg pilih Anis, banyak pengalaman dan pelajaran yang beliau dapat sepanjang program ini dijalankan..untill now pon x habis lagi dia story hahah...

pic: Cg Mariaton share kakak terima anugerah.

pic: AlBukhari International University

pic: Peserta program dari sekolah2 terpilih seluruh Malaysia

pic: ucapan tahniah dari guru-guru


alhamdulillah, ingat selalu berpijak pada bumi yang nyata,

love all,



:::Bicara Student PJJ UUM:::

 Assalamualaikum...
Da Jio Hao..

Just nak share macamana cara kawan2 student PJJ UUM nak cari balik soalan exam passyear.

Sebagai student PJJ tentunya kita banyak kena study sendiri, yela kelas kan sebulan sekali je.
 4x pertemuan + 1 final exam dah complete cycle untuk 1semester.
so untuk dapat result yang bagus kita kena skor di markah assignment dan final exam.
Cara nak skor final exam adalah dengan jwb balik soalan2 passyear.

uolls boleh  click 
UUM PORTAL STUDENT then,
click FACILITIES then,
Pass year exam paper


Then, seperti kat bawah ni uolls boleh je pilih uolls kolej apa. macam saya akan pilih 
College of Business

Then nak senang lagi, click kotak SEARCH
type je course code yang kita amik,
so sekejapan je passyear paper tu akan terpampang tuk kita.
selalunya kita akan pilih 5 year kebelakang xde la format tu jauh sgt dengan apa yang lecturer ajar kan..

Dulu, masa semester 1,2 ku xpandai sgt nak cari passyear, then da masuk sem 3,4,5,6,7,8 ni setiap kali nak exam mesti ku akan print passyear paper.
jwab sehabis mampu then kita doa dan tawakal tuk dpt good result.
Moga diri ini kuat semangat nak habis kan study insyallah..

Bye. love all...