Assalamualaikum..
Da Jia Hao..💗
Act ni entry ini tentang food di Hatyai.
Kali ke-3 pergi Hatyai baru sempat nak ambik gambar makanan2 viral/famous di negara jiran.
1st trip pi sana tahun 2019 zaman sebelum covid. Kitorang masuk melalui Padang Besar, Perlis.
2nd trip pi tahun 2019 jugak kot bawak Aenida kami naik keretapi yang open air tu turun di Hatyai dalam 40 minit. Saja la nak merasa naik ketapi yang ala2 citer Hindustan tu...Memang sempoi la habis la..angin kuat gak la n alhamdulillah xde nak mabuk darat mabuk laut..hahaha
Then, sampai Hatyai kitorang naik Tut-Tut untuk check in area Hatyai.Nama hotel lupa da tapi boleh je booking by agoda hotel kat sana murah je tau.
and 3rd trip pi Hatyai kami masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, Ingat awak kene melepasi Imegresen/Kastam Msia dlu,cop kat passport yang awak da kuar Malaysia barulah akan jumpa dengan Imegresen Thai utk scan n cop passport awak memasuki Thai.
kami ke sana menggunakan van putih, memang da booking siap2 driver dari sana untuk bawak kitorang jalan2 n makan2.. Dalam van semua da siap wifi, naik je terus connect je then uols boleh terus guna. Takyah nak pikir kat mana nak beli simkad bagai..
oh ya..jangan lupa sebelum masuk Hatyai, uols tukar la duit siap2 untuk guna kat sana nanti.
Nilai Tukaran Wang harini adalah : CLIK HERE..NILAI MATAWANG MAL-THAI
Agenda masuk Hatyai kalini adalah untuk makan-makan n santai-santai, maka kedai pertama yang kami singgah adalah
DIMSUM CHABURA.
Kedai ni sebenarnya da pemes sangat da..Dorang jual pelbagai jenis Dimsum, makanan dan minuman, Memang rakyat Msia yang masuk Thai pun tau da kedai ni ada pelbagai jenis hidangan.
Pic : Luk Chup.. ini dijual 60Bath klu tukar duit Msia lebih kurang RM7.90 gitu lah..
Kuih ni inti kacang kat dalam, bagi sape yang suka sedap la rasa dia, bagi ai yang tak berapa gemar ni cukup sekadar rasa satu je dah enough..hahaha
Pic : Miang Kham..yang ni dari zaman dok KL dlu kite mmg suka, selalu je order dgn opismate..
Daun kaduk tu kite lipat and masukkan kacang tanah, udang kering, bawang merah,cabai halia, n calitkan sos tu sikit..lipat2 terus masuk mulut..ala macam atok nenek kita makan sireh dlu..ha gitu la
PIC: Roti Pisang + Telur & Daging Cincang Daun Selasih
klu kat tempat kita selalu roti canai dihidangkan dengan kuah..yang ni pun sedap wak makan panas2 lembut je roti nya n memang kena lah dengan daging tu..haihhh nak kena pegi Hatyai lagi ke ni da teringat-ingat ni wakkk
PIC: Teh Ais buih la yang pemes kat Hatyai,
oren and Cappucino tu biasa la, jenis da addicted xleh nak tinggal coffee tu ai order la Cappucino..hihi
PIC: ni lupa da nama apa tapi dia macam DIMSUM GORENG
hahaha,,,Pepandai ja kan bagi nama..atas tu dorang letak seaweed..
makan la time panas2 tu,,rangupp sangat wakk
PIC: ni lebih kurang sama je nama yang kat atas cuma dalam dia ada isi udang and luar kulit tu dorang letak cheese and mayonis..melting wehh
PIC: Taddaaaaa...ni la antara makanan yang kitorang order n makan..tak habis pun sebab portion tu banyak so memang tapau bawak balik la..
hehhe
PIC: CHANG PUAK CAMP
sume orang tau sini tempat ape kan,,, sini tempat awak2 nak merasai suasana menaiki gajah. Kat Thai kan pemes dengan gajah so wajib lah awak datang sini merasai sendiri pengalaman menaiki gajah.😻
PIC: Chang Puak Camp cuma nya dorang da renovate sikit kawasan ni and adakan mini zoo untuk anak2 kecik yang x sesuai nak naik gajah so dorang boleh la tengok burung2 kat sini,,hihi
PIC: Saya & Gajah hahaha
haa...cantik kan..dulu memang la orang ckp klu pergi sana tak yah la naik gajah tu kesian la gajah kena dera, tapi niat yang baik2 insyallah dapat yang baik2..
Pepatah melayu ada mengatakan : Jauh perjalanan, Luas Pemandangan ..
haa gituu
PIC: eh eh gambar candid cikpuan eqin la
Time ni tengah peknen 7 bulan so abaikan lah kalau nampak ai lebar dari biasa..hahaha
tapi cunn kan..sebab cun la ai beli frame ni 15Baht..ala utk kenang-kenangan kan apa salah nya.
PIC: Ice Cream coconut, 5Baht bagi yang ada diabetis tidak digalakkan untuk beli ice cream ni sb terlalu manis untuk ai yang sememangnya dah manis ni..
Atas tu dorang tabur buah kabung, kekacang, ubi keledek and chocolate syrap.. makan sesudu dah perit tekak wak,, terlalu manis...terpulang la klu awak nak rasa okey je..
PIC : Samila Beach, Songkhla
Kat sini ramai la pelancong yang nak ambil gambar dengan patung duyung tu.
klu time cuti memang kene berebut2 la ambil gbr untuk dapat kan angle yang paling cun..awal2 dlu ku gigih jugak berebut, kali ni biasa2 je la klu ade peluang pi la duduk tepi mak duyung tu utk ambik gbr kenang-kenangan...pakai topi tau sebab cuaca panas nti uols boleh pitam..
PIC: Di puncak GOOD MOUNTAIN.
Ha meh nak story, kat sini adalah puncak gunung yang uols boleh lihat pemandangan seluruh tasik di Songkhla..tinggi tau..n view die memang puas hati lah..agak sejuk cuaca kat atas tu lebih kurang cameron tipu2..haha
kat atas tu ada cafe wak boleh la order secawan coffee and sepotong cake..
healing sangatttt..hahah
PIC: cake yang dijual di GOOD MOUNTAIN
PIC: menarikkk sangat kek yang dijual
PIC: Khlong Hae Floating Market
kat sini tak payah ulas kot sebab memang sume orang tahu la kan apa yang ade jual kat sini n memang menjadi tempat tumpuan pelancong.
OKei la dlu rasa da panjang lebar mak ulas pasal trip kalini..just share trip santai mak masa kat Hatyai.
anak2 nanti kita plan and klu ada rezeki mama bawak anak2 yer...
lets cekedouttt..
love as always..bye
No comments:
Post a Comment