Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Thursday, September 18, 2025

:::Day Trip to Thailand:::

 Assalamualaikum

Da Jio Hao💙

11 September 2025
Jumaat

Trip santai
Kos Insurance (1minggu) serta Borang Kastam RM24.00 (5 Pax)
Kos minyak kereta RM80
Simkad Dtac sehari 35baht

Daytrip sahaja kalini
Cop Border Pass di Imegresen Kota Putra( Durian Burung, Kedah)
Singgah makan di Pekan Chena
Teruskan perjalanan ke Sakom untuk solat Jumaat
Jalan lagi ke Pantai Songkhla semata-mata nak makan ais krim kelapa
Merasai naik ferry bayar hanya 20Baht untuk melintasi sungai ke Hatyai
Solat Asar di Hatyai Village (selesa untuk muslim solat)
Jalan-jalan di Asean Night Market, Hatyai
Mulakan perjalanan untuk pulang 
Singgah lagi di Mr.Soo Sadao
Dinner dan sambung shopping kekacang di pekan Danok
Akhir sekali Cop Border Pass di Bukit Kayu Hitam

Selesai perjalanan dari 8 pagi hingg 11.00 malam waktu Malaysia hehe

Tujuan asal untuk masuk Thailand ni hanyalah untuk makan, makan dan makan.
Alhamdulillah puas hati dan berbaloi dengan harganya
Semua ni untuk 5 family 












Lokasi:

Yum Yua Numluy Tak Jana
Seafood Restaurant Halal
Chana District, Songkhla 90130, Thailand
Open Daily 10.30 am - 20.00 pm
No Tel : 098-0179561


Stay tune...:)

Tuesday, February 18, 2025

:::Meeting Annual Operation Plan @Langkawi:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

11-14 Feb 2025

Meeting AOP for collection di Pulau Langkawi
Bukanlah cikpuaneqin nak story pasal meeting cuma kat sini 
Nak share moment indah kami geng gegurl di Langkawi

Dapat tau kena pergi meeting pada 10/2/2025 
Masa tu dalam perjalanan pulang dari KL ke Kedah
Pick up anak-anak yang dah hampir 2 minggu menghabiskan cuti persekolahan mereka
Maklumlah kampung anak-anak di KL
Kira cuti sekolah balik kampung jumpa opah dan atok

Masa dalam kereta dah sampai Taiping boss whatsapp
"Eqin nanti pergi meeting AOP kat Langkawi"
"Boleh isi outstation form dan cari tiket ferry"

Jenis adhock macam ni mencabar jugak la
so disebabkan masih cuti sekolah
Mama bawa anak-anak gegurl sekali teman mama di Langkawi
So time mama meeting diorang terpaksa stay kat hotel
Bila mama habis meeting baru kitorang jalan-jalan cari makan hihihi

Jom scroll gambar 

Aenida Ezreen with m&m

Sini pun dia posing suh mama amik kan gambar

Hello at Datarang Lang
Yang geramnya suruh kakak anis amik gambar tapi tak nampak kepala Lang tuu

Hari terakhir mesti la borong chocolate untuk team opis
Takde la beria nak beli chocolate mahal kot

Ni beli sebab comel
Anak-anak punya ni 
Mama sebiji pun tak makan

Aenida at Pantai Cenang tengok Fire Show

Anis pun kita kasi happy sebelum dia home sick nak masuk asrama esok hahaha

Order fish n Chip at Pantai Cenang memang sedapp la harga 

Mama nak makan mee goreng seafood je

Ehem2 mama posing dulu ngan gegurl sebelum makanan sampaii

Ni sampai kat Pantai Cenang dalam pukul 7 malam da
Manusia penuh di sepanjang pantai
Memang ramaiii la dorang record sunset kot


Seee...at Pantai Cenang

Saja la beli gelang nak maching2 dengan Kakak Anis at Haji Ismail Group HIG
Cuba teka...ni buah apaa

Still pilihh keychain nak bagi hadian kat Kawan-kawan kelas


Kat Pasar Malam Kuah...Tengah tunggu order makan xsampai-sampai lagiii alahai

Muka xready nak amik gambar..hahaha

Ni kira percutian sambil menyelam minum air
Anak-anak happy sangat
Mau tak happy
Paw mama sampai licinnn hahaha

Tuesday, August 13, 2024

:::Konvoi off-road:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jumaat lepas kami konvoi off-road ke
 Kampung Mong Gajah, Tasik Pedu, Kuala Nerang Kedah
Gerak ke sana pun lepas inciksuami siap solat Jumaat
 para isteri ni siapkan juadah untuk potluck kat sana
 
Awal tu plan nak makan nasi kat sana tapi
 bila fikir pergi pun dah lepas solat jumaat
Kita masak simple-simple jela
Inciksuami suruh cikpuaneqin kukus pulut
katanya ada durian baru luruh 5biji
disamping tu, kita masak spaghetti aglio olio
Ida wife khairi plak masak nasi goreng cina + telur mata+sosej
Ina wife mie masak bihun goreng
terasa rajin nak buat air coctail sebab buka kabinet dapur tengok semua ada
stok susu cair, buah kiub, laici tin then potong epal merah n hijau..siapp




Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mulakan perjalanan
Naik trooper ni syok la nak isi barang 
semua benda nak bawa
ayat last kita tanya inciksuami buai ngan tilam adik nak bawa tak.
katanya bukan nak pergi bermalam pun

sampai di Kg Mong Gajah, Pedu
ingatkan jalan elok
maklumlah ni kali pertama kita pergi ikut jalan ni
selalu ikut jalan tasik


Off-road okehhh
mencabar jugak
dalam hati dok risau
takut sangkut tayar
dalam hati dan mulut terkumat kamit baca doa
risau la
walaupun konvoi
taknak la ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kan
perjalanan smooth
semua cantik



Sampai ke destinasi
kami ready untuk pasang khemah
sebab angin kuat dan tengok langit awan gelap dah datang
menandakan hujan hampir turun
elok siap pasang khemah
hujan turun dengan lebatnya
makanan semua parking kat area belakang trooper
masing-masing berimpit nak makan dibawah khemah yang x besar sangat tu 


Acara wajib lepas makan
acara mandi manda 
anak-anak jela mandi
ikutkan xsesuai pun nak mandi sebab air tak jernih sangat
tapi nama pun anak-anak kan
pantang nampak air
macam anak itik da sorang-sorang haha





Sunday, August 11, 2024

:::Mong Gajah,Tasik Pedu -Kering:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Ingat lagi tak kita pernah ke TASIK PEDU

Kali ni kita ke Mong Gajah @ Kg Kepala Gajah Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah
 lagi tapi versi Air Tasik dah Kering
Subhanallah
Maha suci Allah


Boleh tengok sendiri betapa besarnya kuasa Allah
Kalau dulu tempat ini lah laluan bot untuk pemancing mencari ikan
Laluan inilah tempat para pelancong menaiki bot menikmati pemandangan indah

Sekarang Tasik dah dah kering
menurut penduduk setempat
Kawasan tasik ini akan kering 4 tahun sekali
Dulunya, tasik pedu ini adalah sebuah perkampungan
boleh lihat adanya kawasan tanah perkuburan
muncul besi penghalang pagar untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan
semasa air tasik penuh kita tak akan nampak kawasan perkuburan ini


Sekitar laluan tasik yang telah kering
ramai penduduk sekitar atau luar kawasan yang datang ke Tasik Pedu
untuk melihat sendiri Tasik yang kering


Kita tak lepaskan peluang
Datang dan lihat sendiri
Semoga dengan turunnya hujan
dapat memberi seribu manfaat buat semua hidupan di Tasik Pedu
Sambung Next Entry




Monday, July 1, 2024

:::Banprakob to Masjid Songkhla-Trip part 1:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

28 Jun 2024 | Trip Farewell ke Hatyai

Sebabkan office ni sempadan je dengan Thailand
kita plan buat trip Farewell CC di Hatyai
Plan nya dari bulan lepas tapi masing-masing busy
so kita set 28 & 29 Jun 2024

Dari last month dah minta semua siapkan Border Pass
Booking hotel semuanya 14 bilik 
Hotel pun booking by calling-calling je orang kat sana (Mr.Johan)
 team kami semua on je nak join trip kalini
sporting habis

Border Banprakob

Bagi chance ibu-ibu posing ya

Masjid Songkhla

ok disebabkan ni trip santai2 kami konvoi 
kami berkumpul di depan office Jam 8.00pagi
Bergerak ke Border Durian Burung
lebih kurang 30 minit dah sampai sempadan Malaysia-Thailand untuk cop passport
Semua masuk bawa kereta ya

Semua dah cop border pass dan cop borang kastam Thai tiba-tiba salah sorang team kami tak lepas masuk ke Thai
Imegresen Thai kata yang Naim ni tak cop border keluar masa last masuk Thai tahun lepas(2023)
dalam sistem Imegresen Thai, Naim stay kat Thailand dah 240 hari
Panjang jugak issue ni dan akhirnya dapat selesai

nak selesai tu pun puas Minta budi bicara
jumpa pegawai Imegresen Thai
jam 11.30 baru lepas masuk Banprakob
cukup semuadah dapat cop barulah kami mula konvoi

First destination
kami gerak ke Masjid Songkhla
elok sampai sana jam 12.30 dah azan zohor
para bapak-bapak semua solat jumaat
para ibu-ibu ni menunggu jela kat kaki lima masjid 
sambil tunggu bapak-bapak solat Jumaat
Kita chill minum2 dulu

Masjid Songkhla ni la tempat famous orang Malaysia Nikah😂
Ada rezeki dapat la tengok pasangan artis kawin 
Tapi bukan tu pun niat nya nak merasa solat Jumaat di tempat orang
Khutbah pun dibaca guna Bahasa Thai
dah siap solat jumaat
masing-masing kelaparan..

Jom spam gambar
Posing suami isteri tapi ada anak sorang

Timang Si bongsu yang berat 16kg

Ayah dan Aisy

My officemate and family members
Posing beramai-ramai


Siap semuanya keluar dari
 Masjid SONGKHLA
Kami berkumpul di dataran masjid
ambil gambar sebagai kenang-kenangan
yela dah nama pun konvoi kann
pasti lah kena ada semua

Next sambung part 2 ya...
Kita pergi makan steamboat❤️

Sunday, June 9, 2024

:::Pasar Karat, Kuala Nerang:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 ❤️ 💐 

Pasar Karat,Kuala Nerang 

Sabtu 8 Jun 2024
Inciksuami ajak ke Pasar Karat
Lama tak menyelam di pasar karat 
Suka sangat jalan2 kat pasar karat
Tengok barang antik
Sentimental value tu yang mahal 

Kalau bernasib baik,dapat murah walaupun barang tu dah dikira barang lama
Semalam bawak Aenida dan Aisy
Ternampak koleksi buku lama
Memang berejam lah kat situ 
Suka baca dah macam kedai buku plak

Ni kaset, masa kecik2 dulu ayah letak kaset kat radio kalau dengar lagu ke nasyid ke.Masatu famous sikit ustaz Badrul amin.

Ni koleksi HP..Zaman 90an dlu da kuar blackberry, Siemen, Nokia...klu sapa Masih ingat sapa HP dia boleh hantar gambar tu kira power lahh

Pen macam macam jenis pen ada tau..
zaman sekolah dulu nak rasa paling hebat pun 1pen boleh tukar 3,4 kaler
Biru hitam Merah hijau haha


Tu bekas celak umah mertua kita masih ada..
Pernah la tengok mak mertua guna benda tu...


Ni buku-buku yang kalau boleh setiap Siri tak nak terlepas..
Mesti bersambung Siri...
Ejaan dulu2
Nampak macam senang Kan
Tapi xtau la camne orang dulu2 struggle nak belajar membaca..

Pasni kalau ada masa terluang boleh pergi lagi pasar karat ni 
Banyak sentimental value kalau datang sini..