Monday, December 30, 2024

:::Terjun Bendang:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Mesti ada yang rindukan cikpuaneqin kan..haha
sorry la perasan kejap
act suka baca komen2 kawan2 blogger mencari2 mana update baru dari cikpuaneqin
actually kita ni tersangat lah sibuk semenjak dua menjak ni
sibuk dengan kerja, dengan tugasan adhock yang tak pernah putus

okes panjang dah tu pendahuluan,

Act nak story about my daughter main bendang
masa cuti Hari Christmas 25 December 2024
Cikpuaneqin bawa anak-anak balik Kampung Ketol, Tunjang Kedah

Sebabkan kita sendiri dulu tak pernah merasa suasana main bendang
kita cuba cipta memori untuk anak-anak ingat bila mereka dewasa kelak

Adyna Summayyah dan Aenida Ezreen
asalnya kasut enida lekat dalam tanah lembik kat bendang tu
katanya nampak ikan banyak so dia cuba nak tangkap ikan sekali bila dah terjun bendang
kaki enida sangkut dalam tanah lumpur
okay maka bermula lah cerita seperti gambar dibawah :


kakak summayyah bawa aenida naik atv

tiba-tiba kasut jatuh dalam bendang

nampak dah dalam tanah bendang tu ada kesan tapak kaki

masing-masing kena tolak siapa jatuh dulu dia kalah


enida dah kalah kena tolak dengan kakak


siap meniarap dah 

satu badan dah kena lumpur
Ya Allah anakku dah tak de rupa orang dah ni haha

boleh dia buat lumpur mcm facial wash
siap berbual
best kan dorang ni takde masalah



hampir sejam main bendang
mama ajak balik
maka jom lah kita pulang 

Kalau mama ni boleh jadi kanak2 alik, teringin juga nak main macam diorang
jiwa anak-anakku jiwa orang kampung
insyallah suatu hari nanti akan menjadi insan hebat

Happy tauu
cekedouuttt...



Friday, December 13, 2024

::: Welcome Izz Danial:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Welcome Izz Danial 🩷 
Memperkenalkan my latest niece
Mungkin 2025 ada lagi new niece 



Handsome kan 
So now shafiqah da jadi
Mother's of two 

Sara Eryna 
Izz Danial 

Jadi Anak soleh n solehah ya
Mama love you all



:::Happy Belated Birthday Aisy Fatih:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Happy Belated Birthday Aisy Fatih 
2 years old already 

Jom spam gambar celebrate birthday my baby


Say cheese 
Sampai ke sudah taknak pendang camera

Bila makanan sampai mama xsempat da nak ambil gambar
Sibuk melayan kanak2 Ribena


With aunty Yaya baby Izz Danial n Sara Eryna ❤️ 

 Baby izz 1st day out at Mytown 



My town, KL

Dia pilih menu, Kita yang paying
Best kan
Happy birthday baby

Waaa cepat nya my baby membesar

Jadi big boy yang credik pandai ya
Moga menjadi anak yang soleh
Mama sentiasa doakan Aisy Fatih dalam setiap sujud mama

Celebrate birthday kat
  Nando's, Mytown
Bersama aunty Yaya yang baru habis pantang

Sekian tatapan di hari tua nanti

With love, Mamaeqin


Saturday, December 7, 2024

:::15th Anniversary:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Selamat Ulangtahun Perkahwinan 
yang ke -15 tahun buat awak dan saya.

Tiada ucapan panjang lebar
Hanya mampu doakan 
Semoga Allah memberkati usia perkahwinan kita serta menjadikan kita seorang yang penyabar dalam mendidik amanahNya..




Sunday, December 1, 2024

:::Mangsa Banjir Part 1:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa 

1 Disember 2024

Ku mulakan hari ini dengan kisah banjir
Bermula 25 Nov 2024 hujan lebat tanpa henti
Rabu 27 November 2024
Masih berkerja dan anak-anak ke sekolah seperti biasa
Balik kerja suami call bagitahu suruh ambik Anak awal di taska dan parkir kereta di luar kawasan rumah 
Sebab air dah mula Naik

Ku sangka hanya air hujan dan banjir biasa
Redah air paras buku lali bawa Si Aisy dan Aenida bersama beg taska beg laptop 
Sampai rumah masih boleh masak untuk makan malam
Lepas mangrib Inciksuami berlari dan ajak ke surau katanya air dah hampir nak masuk pintu surau
Kena cepat lipat karpet surau
sayang kalau ken banjir
Sebab karpet surau baru je dapat sponsor dr NGO tahun 2023
Kami call orang kampung terdekat semua tak jawab call sebab masing2 sibuk kemas barang rumah dah mula masuk air 
Hujan lebat non stop 

Cemas!!
Karpet baru memang gam tu kuat lagi
Inciksuami, eqin, Kak Syadah dan abg Zaidi 
Berempat usaha lipat karpet surau

Air sungai mula naik di surau depan rumahku
Jam 7.40 Malam berempat lipat karpet surau depan rumah kami

Alhamdulillah sempat lipat cuma tempat tuan imam karpet xboleh Tarik sebab Ada almari
 
Air dah penuh dalam surau
Allahuakhbar tak terduga paras dada air naik
Ni dah surut sampai pinggang Ku cuba beranikan diri masuk surau
Sedih memang sedih 
Tengok tempat mengaji dalam keadaan macamni

Rumah Ku juga banjir 
Air masuk ke rumah tapi tak seteruk surau
Doa dan terus berdoa 
Semoga hujan ini menjadi hujan yang manfaat
Semoga ujian ini menjadi peringatan buat kami

Nanti sambung lagi ya banjir part 2,3,4❤️


Sunday, November 10, 2024

:::Struggle is Real:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Every person has their own struggle. 

Memang Allah bagi personalised pada masing-masing.

Atas kemampuan.

Atas keperluan.

Atas kekuatan.


Kemampuan untuk pikul.

Keperluan supaya u turn mencari Dia.

Kekuatan pada iman dan kesabaran. 


.


Selalu rasa lelah dan nak mengalah.

Tipulah kalau tak ada masanya yang rasa dibisik-bisik dengan pemikiran yang bukan-bukan.


Cuma satu je lah syukur Allah masih bekalkan pemikiran bahawa;


Ujian memang sudah mendatang dan sedang dihenyak keras.

Tapi walau apa pun yang berlaku, rugilah.

Amatlah rugi. Kalau aku tak pass ujian ni. 

Fail dengan flying colours bila buat benda bukan-bukan. 

Bila salahkan Allah, persoalkan why me? 

Bila makin menjauh dari Dia. 


Sakit memang dah dapat. 

Rugilah kalau selain sakit, makin sakit bila Allah murka.


Bila dah diuji, doa pada Allah bantulah untuk lalui. 

Apa apa pun bantulah supaya lulus. 

Sebab hanya dengan bantuan dan rahmat Dia kita akan pass. 


.


Jadi teruskanlah berjalan.

Bila sakit dan rebah, kita bangun lah balik pelan-pelan.

Bila berair mata, kita seka dan senyumlah semula walau terkadang rasa macam fake. 

Fake it till we make it gitu.


Dunia ni kan negeri ujian.

Allah dah sebut dalam surah Al Balad. 

Jelas dan terang.

So expected lah apa yang berlaku tu.


Jadi kita tak payah tengok life orang as if perfect semua, rasa dia lebih ke apa. 

Rasa kita je yang sesak dada diasak bertimpa-timpa. 


Jangan risau. Bukan kita je.

Semua memang dah ada bahagian masing-masing.


Kita ni, cuma kena strive untuk lulus part kita sahaja.


Moga Allah izin.

Thursday, August 22, 2024

:::GWS BABY:::

 

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa💙💚

Semalam teacher taska call mama
Katanya suhu badan Aisy 38.2c
tiba-tiba je demam
pagi tu elok je mama hantar Aisy pergi taska
Balik kerja jam 5.00 petang terus mama bawa Aisy pergi klinik
Ambil ubat
tampal cool fever



Moody
marah mama tampal cool fever
marah mama ambil gambar
Sebab ensem mama geramm
Nangis pun ensem kann

Monday, August 19, 2024

:::Kenduri Kampung:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Penuhi undangan kenduri akikah dalam kampung ni
Kesian kat makcik hujung kampung 
Kayuh basikal semata-mata nak datang jemput kami 

Pagi ni masak nasi awal
Untuk anak² makan kat rumah
Sebab selalunya diorang taknak ikut
Banyak duduk rumah je
Buatkan sup ayam dan sambal udang petai

Dah siap masak
Kita siap-siap nak pergi kenduri
Dah janji dengan kakak tepi rumah nak pergi sama2
Jam 11.40 pagi Sampai la rumah kenduri
Selang 3,4 buah rumah je dari rumah kita 


Meriah jugak lauknya
Betul-betul lauk kampung
Pakat masak ramai-ramai 
Merewang 
Kita datang makan je sebab tak sempat nak merewang


Alhamdulillah
Ni lauk yang kita amibil
semua nak merasa
ambil sikit-sikit pun
penuh jugak ha dalam pinggan ni

Rasa beruntung sangat diri ini
dikurniakan jiran yang baik
lepas ni jemput lagi yer
Insyallah ada lebih nanti niat jugak nak buat kenduri kat rumah kita pula



Thursday, August 15, 2024

:::Ambil Berkat Kolah Masjid:::

 Assalamualaikum,

Da Jia Hoa

Semalam balik kerja
Inciksuami ajak pergi ambil sparepart kereta wira 
di Sungai Korok, Jitra, Kedah
ikutkan taknak pergi sebab jauh juga
tapi semua anak-anak nak ikut ayah
kita follow jugak la

Da Settle ambil barang COD
inciksuami lalu kawasan bendang/sawah padi
memang cantik sangat permandangan kat sini
Kampung Telaga Batu, Jitra Kedah



singgah berhenti solat di Masjid
Eh ada kolah background pulak cantik
ada mural sawah padi
inciksuami cakap jom basuh muka adik
ambil berkat basuh muka guna air kolah masjid
da basuh muka tu
memang takla si Aisy nak diam
terus dia meronta-ronta nak masuk kolah tu
haha


Last-last mama lepas je bagi dia mandi terus
lawak la ini budak
bukan main suka dia yaa
mandi air kolah masjid
ni dah terlebih berkat la ni 
haha


Nasib baik mama bawa baju spare tau
standby je beg dia dalam kete
kalau tak jenuh
takde baju nak ganti
ayah tinggal la aisy kat masjid tu haha







:::Kenduri duluan:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jom kenduri duluan
Kalini memenuhi jemputan kenduri rakan sekerja kahwinkan anak
En Haszhar @ Abang At di Kg Jelutong
Disebabkan pagi tadi sibuk buka booth join event kat Masjid Pdg Chenderai
Kita pergi petang la siikit

Pergi kenduri dah 3.30 pm
memang dah hujung-hujung la ikutkan tu
sekali sampai
meriah lagi lauk nya
orang pun masih ramai
kenduri kat kampung ni meriah lain macam yer


Cikpuaneqin makan ni je
Nasi +Singgang daging + masak lemak rebung
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai
Moga Bahagia till Jannah.
Aminnn

Tuesday, August 13, 2024

:::Konvoi off-road:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jumaat lepas kami konvoi off-road ke
 Kampung Mong Gajah, Tasik Pedu, Kuala Nerang Kedah
Gerak ke sana pun lepas inciksuami siap solat Jumaat
 para isteri ni siapkan juadah untuk potluck kat sana
 
Awal tu plan nak makan nasi kat sana tapi
 bila fikir pergi pun dah lepas solat jumaat
Kita masak simple-simple jela
Inciksuami suruh cikpuaneqin kukus pulut
katanya ada durian baru luruh 5biji
disamping tu, kita masak spaghetti aglio olio
Ida wife khairi plak masak nasi goreng cina + telur mata+sosej
Ina wife mie masak bihun goreng
terasa rajin nak buat air coctail sebab buka kabinet dapur tengok semua ada
stok susu cair, buah kiub, laici tin then potong epal merah n hijau..siapp




Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mulakan perjalanan
Naik trooper ni syok la nak isi barang 
semua benda nak bawa
ayat last kita tanya inciksuami buai ngan tilam adik nak bawa tak.
katanya bukan nak pergi bermalam pun

sampai di Kg Mong Gajah, Pedu
ingatkan jalan elok
maklumlah ni kali pertama kita pergi ikut jalan ni
selalu ikut jalan tasik


Off-road okehhh
mencabar jugak
dalam hati dok risau
takut sangkut tayar
dalam hati dan mulut terkumat kamit baca doa
risau la
walaupun konvoi
taknak la ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kan
perjalanan smooth
semua cantik



Sampai ke destinasi
kami ready untuk pasang khemah
sebab angin kuat dan tengok langit awan gelap dah datang
menandakan hujan hampir turun
elok siap pasang khemah
hujan turun dengan lebatnya
makanan semua parking kat area belakang trooper
masing-masing berimpit nak makan dibawah khemah yang x besar sangat tu 


Acara wajib lepas makan
acara mandi manda 
anak-anak jela mandi
ikutkan xsesuai pun nak mandi sebab air tak jernih sangat
tapi nama pun anak-anak kan
pantang nampak air
macam anak itik da sorang-sorang haha





Sunday, August 11, 2024

:::Happy Working on Sunday:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Happy Sunday!!

Happy working everyone!!


Selesai Daily Review Meeting

Selesai bacaan doa

Selesai bacaan Ikrar

#Amanat CCO today, Stop work akan dikeluarkan untuk staff yang tidak complete SQA (Amalan safety)
maksudnya selagi tak lengkap amalan safety, staff tak dibenarkan keluar bekerja

Take Care semua!!

:::Mong Gajah,Tasik Pedu -Kering:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Ingat lagi tak kita pernah ke TASIK PEDU

Kali ni kita ke Mong Gajah @ Kg Kepala Gajah Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah
 lagi tapi versi Air Tasik dah Kering
Subhanallah
Maha suci Allah


Boleh tengok sendiri betapa besarnya kuasa Allah
Kalau dulu tempat ini lah laluan bot untuk pemancing mencari ikan
Laluan inilah tempat para pelancong menaiki bot menikmati pemandangan indah

Sekarang Tasik dah dah kering
menurut penduduk setempat
Kawasan tasik ini akan kering 4 tahun sekali
Dulunya, tasik pedu ini adalah sebuah perkampungan
boleh lihat adanya kawasan tanah perkuburan
muncul besi penghalang pagar untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan
semasa air tasik penuh kita tak akan nampak kawasan perkuburan ini


Sekitar laluan tasik yang telah kering
ramai penduduk sekitar atau luar kawasan yang datang ke Tasik Pedu
untuk melihat sendiri Tasik yang kering


Kita tak lepaskan peluang
Datang dan lihat sendiri
Semoga dengan turunnya hujan
dapat memberi seribu manfaat buat semua hidupan di Tasik Pedu
Sambung Next Entry