Tuesday, June 27, 2023

:::I Love Tasik Banding:::

 Assalamualaikum..

Da Jia Hao👀👀

Baru harini ada semangat nak menulis tentang pengalaman kami menjejak kaki ke Tasik Banding, Gerik,Perak.

Act, banyak kali da lalu jalan ni and jeling2 je Tasik kat sebelah tu. Kali ni tergerak hati nak singgah sebab road to Kelantan pun santai-santai je, takde nak rushing sangat.

FYI, ni jalan utama jika awak dari Utara nak ke Kelantan. Kalau taknakguna highway guna je jalan ni.
Kat Tasik Banding ni diorang ada buat perhentian lebih kurang R&R la.. kawasan Rehat & Rawat.

1st sekali awak akan jumpa board besar yg terpampang I LOVE BANDING

Wah menarik and cantik sangat untuk bergambar. tapi disebabkan cuaca yang amat panas and ai datang pun bawak baby so macam tak sesuai la nak ambik gambar tengah panas tu. Ai suruh enida je pergi berdiri and ai take her photo.
Then bila uols masuk ke area atas tu ada cafe untuk makan minum lepak santai2. Ada juga disediakan surau bagi muslimin dan muslimat menunaikan solat.

Then, bila da siap menunaikan kewajipan , perut pun da kenyang boleh la turun area bawah lihat pemandangan yang SUBHANALLAH terlalu cantik.
ni kali pertama mamaeqin datang sini memang terkesima, kat bawah tu ada juga disediakan boat untuk pelancong yang nak masuk THE ROYAL BELUM ..
Jika nak betul2 merasai pengalaman masuk hutan, memancing, bermalam di kawasan hutan awak boleh sewa House Boat tau. Mungkin boleh share dengan kawan2 sebab kita pernah tanya harga sekitar april/2023 Harga untuk 3hari 2 malam RM2500..

Time ni mamaeqin takde la plan nak tidur sana, so kita jalan2 ambik gambar je lah dulu, nanti kita ajak geng kalau nak tido sana..letss cekedoutt 

Pic: Aenida posing hokeyyy Cantik kan area ni...

Pic: Ni la gambaran Tasik Banding, Subhanallah Maha Suci Allah, terlalu cantik.Selalu tengok dari atas jambatan je ni real betul2 dekat

Pic: Ni laluan antara cafe ke tasik. Ada laluan berbumbung, Nice

Pic: Eii Bulat mok2 mamaeqin pon ada tau, nak posing dengan pakai cap tu..hahaha so comelll

Pic : Aisy and Aenida

Okei itu sahaja coretan hari ini..

Letsss cekedoutt..
Love as always...


No comments:

Post a Comment