Wednesday, July 26, 2023

:::Tahlil buat arwah yang telah pergi:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao

Dengan sedikit rezeki yang ada tercapai la cita-cita cikpuaneqin nak adakan sedikit kenduri kecil-kecilan menjamu jemaah surau.

Pada 24/7/2023 Isnin seusai solat isyak, para jemaah surau telah memenuhi ruangtamu,
Inciksuami menjemput ustaz untuk adakan sedikit tahlil serta doa selamat untuk kesejahteraan semua.
Cikpuaneqin pula sibuk uruskan persiapan untuk para tetamu makan nanti.
Semua cikpuaneqin buat sorang maklumlah Isnin tu pun kerja jadinya balik kerja tu baru nak masak nasi baru nak masak lauk.

Menu :
Nasi Putih + Kari Kepala Ikan Jenahak+ Ikan Goreng +Ulam Jantung Pisang+Cabai +Pisang+Oren

 
Pic: Gulai Kepala Ikan Jenahak
Macam tak caya plk kita bole masak untuk kenduri..hehhe

 
Pic: menu kampung ja...ulam cabai tu yang penting kan.
Alhamdulillah semua habis tiada yang membazir

 
Pic: Para jemaah sedang mengaminkan doa yang dibaca.Moga diberkati olehNya

 
Pic: Tetamu sedang menikmati juadah makan malam

sekian, coretan cikpuaneqin simpan sini sebagai kenangan.

Moga diperluaskan lagi rezeki cikpuaneqin sekeluarga.
Tiada yang membahagiakan cikpuaneqin selain melihat bahagianya dan kenyangnya tetamu yang hadir..

Love as always.





No comments:

Post a Comment