Assalamualaikum
Da Jia Hoa
-Sekitar kenduri di Kampung-
Musim CNY banyak betul terima jemputan kenduri
Yang mana berkesempatan memang cikpuaneqin cuba menghadirkan diri
Ada kenduri anak sunat/jawi
Ada kenduri kahwin
Ada kenduri naik rumah baru
Air balang dah jadi macam bazar Ramadhan
Dulu kenduri sah jumpa sirap selasih
Lani depa upgrade buat pelbagai jenis air dah
Lauk simple tapi sedap
Gulai daging + batang pisang , kerabu tauge, hati ayam dan kacang panjang goreng
Ni paling rare, roti jala cicah dengan kurma kambing
Terpaling sedappp
Ni la gulai daging batang pisang tu sedap
kat kampung ni kebanyakan depa buat kenduri cara pakat @ gotong royong.
Mungkin maksud pakat ni pakat-pakat tolong..
Dua-tiga hari sebelum tibanya hari kenduri orang sekitar rumah dah sibuk
Geng lelaki dah usung kerusi meja dari stor surau bawa pergi rumah kenduri
Ada yang jadi tukang bersiang daging, cincang tulang, pasang khemah
Geng perempuan pula dah siap-siap kupas bawang, halia, serai,lengkuas siapkan bahan masak
part inciksuami kita pula sebagai tukang lapah daging
2-3x ulang balik rumah
sekejap balik ambil papan potong daging
sekejap balik ambil golok dia yang paling tajam
kira orang penting jugak la dalam majlis rewang tu
Tiba majlis kenduri sunat/jawi
Siap lah 5 kawah gulai daging campur batang pisang
Ada air balang teh bunga, keladi,laicikang, jagung,sirap selasih,ribena boba
Tau la tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan
Awai betul depa ni tayang air balang
Jemputan dah macam kenduri kahwin
Tak leh nak bayang esok-esok kalau #boolat saya tu nak sunat
nak kena buat kenduri macam ni jugak ke
Meriah sangat-sangat
Sebenarya kita ni orang baru di Kampung
walaupun baru 2 tahun menetap disini
orang kampung betul-betul meraikan kami, boleh terima kami seadanya.
Alhamdulillah
Kenduri pakat is da best.!!
ada kejiranan yang best...bestlah jadinya
ReplyDeletebetul syukur sangat orang kg terima kita walaupun kita ni orang baru
DeleteAlhamdulillah.. Jenis incikSuami pun boleh geng ngan org kg... Tu yg ngam
ReplyDeleteyerr dia memang boleh masuk geng,,suka dk kg
DeleteMZ suka attend kenduri hehehhe
ReplyDeleteyer ikin pun suka hehehe
DeleteMemang meriah dgn kenduri skrg ni... Grand pulak tu semuanya wpun kenduri bersunat :D
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok dapat peluang jadi orang kampung ni Eqin. Doakan akk juga 😁
insyallah eqin doakan akak juga,,,hihi bnyk da entry akak suh doakan akak nk jd org kampung hihi
DeleteTak pernah lagi rasa gulai batang pisang tu
ReplyDeletedulu xmakan sekarang jadi suka pulakk hihi
DeleteMenarik ada kenduri...siap ada air balang
ReplyDeleteItu la meriah kenduri kat sini ,,,ade air balang da macam bazar ramadhan
DeleteTak mungkin menemukan cara gotong royong seperti itu kalau di kota macam jakarta 😂😂. Mimpi saja.
ReplyDeleteTapi di beberapa daerah, memanglah masih banyak yang kalau mengadakan kenduri pasti dilakukan bergotong royong. Ada yang memasak, ada yg atur kursi dan semuanya, ada yg bantu jahitkan baju dll . Itu yg suka dari kehidupan di desa ❤️