Sunday, January 28, 2024

:::Wiken di Tasik Pedu:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Wiken kalini inciksuami tunaikan janji pada anak-anak
Sejak inciksuami ada boat ni tak pernah lagi dia bawa kami ke 
Tasik Pedu,Kuala Nerang Kedah 
Asyik janji dengan anak-anak nanti ayah bawa
Makanya wiken kalini tertunailah janji
 
Jalan nak ke Tasik Pedu,Kuala Nerang,Kedah

 
Aisy Fatih dah ready 1st time ni round tasik

 
Si Aenida Ezreen minta nak makan nasi lagi 

 
Pemandangan Tasik Pedu 

 
Subhanallah cantik sungguh pemandangan 

Mak mak sangat kan hihi
 
Penambah selera...budu di serata Kedah haha

Posing sebelum Naik boat

Macam biasa sebagai seorang ibu mithali 
Pasninya sibuk sediakan juadah nak bawa ke Tasik Pedu
Sebabnya kat sana tiada gerai jualan atau kedai makan yang kami boleh singgah
Pagi-pagi lagi cikpuaneqin masak untuk bekalan ke sana

Menu teramatlah simple
Nasi putih +Sup ayam +Ikan goreng + 
Singgah kedai runcit kat rumah beli 100plus dan jajan

Lebih kurang jam 9 pagi
Incik suami dah loading engine boat dalam trooper
Loading semua barang-barang dan pakaian untuk dibawa kesana

Jarak rumah kami ke Tasik Pedu lebih kurang 30 minit sahaja
Jam10 pagi kami dah tiba di Tasik pedu.
Mulakan misi, pasang engine boat pada boat yang sememangnya dah ada kat sana
Loading barang dalam boat
Pakaikan anak-anak life jacket
Safety first
Anak kecik-kecik ni mak ayah kena beringat lah
Walaupun bukan laut tidak berombak tapi still dalam Tasik dalam
Cikpuaneqin pun pakai life jacket sebab kita ni sah-sah dah kalau berenang susah nak timbul
hahaha

Hampir 40 minit ronda tasik
Check point pertama incik suami singgah di pondok kawan beliau
Kami singgah makan nasi seterusnya bagi anak-anak mandi manda di gigi tasik
Happy lah kakak Anis dan Kakak Enida
sementara anak-anak mandi dan si kecik tidur
cikpuaneqin solat zohor

Anak-anak dapat mandi memang diorang tak tahu penat ke
Kita yang penat panggil diorang
 Takpe lah anak-anak janji happy 
Exam pun dah habis
Enjoy before masuk next school session...

Love as always

9 comments:

  1. Rajin awak, bagus! kalau saya mesti beli tapau aje hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kebetulan rajin dihari cuti
      tapi anak2 ni ikut la mak dorang masak apa mmg suka yang mak masak.. klu beli probability untuk x hbis tu bnyk haha

      Delete
  2. fuhh...puas hati...cmne makan ats bot tu..x pening ke kepala??nie atas tasik, xd lah mabuk tasik..ye dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan macam biasa je linda... tak pening lansung sebab bukannya berombak..lainlah laut berombak2... kak ingat nak penng jugak ke hape... suprising sgt mmg xpening xde nak goyang2 lepas turun boat tu..air pon cantik je...cuaca cantik. awan cantik..semua cantiklah

      Delete
  3. bestnya boleh bawak boat sendiri..
    anak membesar ni mmg kuat makankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anak2 asyik minta makan....sebab tu lah eqin semangat nak masak...hari2 memang masak je.yg beli pon beli jugak...anak selera semuanya..asal mkn je habis xde la membazir

      Delete
  4. Mak Mak cantiiik tapi iniii ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘.

    Seruuuuu lah naik boat kliling danau (Tasik).

    Saya jadi inget di Takengon, Aceh, Orang2 yang tinggal di pinggir danau banyak yg punya boat. Tiap sore suka mereka kliling2 danau lut tawar pakai boat masing2. Memang bedaaa dengan Orang2 yg tinggal di lingkungan biasa ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete