Sunday, January 14, 2024

:::Result Semester 8:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini hilang debaran selepas keluar keputusan peperiksaan akhir Semester ke-8
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana
Malam tadi tidur pun tak lena
Bangun awal buat solat hajat minta dipermudahkan segalanya, 



Jam 10.00 PAGI 14/1/2024 PACE UUM update result dah boleh semak
Alhamdulillah killer subjek yang akhirnya lulus dan mendapat gred C+
Memang tak target A++ sebabnya cikpuaneqin cukup tak minat subjek kira-kira ni

Management Information System - A
Financial Management - C+
Mandarin III- B
Negotiation Communication - B+

Terima kasih pensyarah
Terima kasih kawan-kawan
Terima kasih inciksuami
Terima kasih anak-anak

Keputusan ini tidak terlalu cemerlang tapi cukup membuatkan diri ini mengucap syukur alhamdulillah.
Next sems 9 & akhir sekali sems 10
Tak sabar nak habiskan pengajian
nak habiskan tittle Pelajar PJJ merangkap emak anak 4.
Cabaran yang luarbiasa hebat.

Tahniah untuk diri sendiri!!


15 comments:

  1. Power tu dapat survive PJJ. Cie dulu 1 sem pun tak habis padahal bujang masa tu ๐Ÿ˜…. Kerja sambil belajar memang banyak benda kena korbankan. Tu yang tak sanggup. Tahniah sis semoga dapatkan habiskan dengan jayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah cie...sikit lagi ni..nak stop duit dh bnyk hbs kna pulun jugak bg cpt2 habis...moga Allah bantu kita

      Delete
  2. tahniah kak ikin...semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  3. Well done Eqin ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  4. apa pun tahniah...mmg tak mudah.
    ammi dulu tak buat PJJ, tapi buat PLK (pengajian luar kampus)...yang mana gi kelas lepas habis kerja. memang penat tak boleh dibawa berbincang tapi masa tu ammi tak ada anak lagi. jadi bolehlah balik rumah je terus tido tak perlu fikir anak nak makan apa, suami tu pandai2lah dia uruskan diri dia dan isteri ni. hahaha...tabik spring toing toing toing kat awak

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah.. Lagi dua semesta jer lagi.. Inshallah boleh tu..

    ReplyDelete