Tuesday, January 9, 2024

:::Belut Hidup:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Pagi tadi ada Pasar Pagi/Pekan Nat depan office ni
Niat nak cari lauk sikit buat stock kat rumah
Pusing-pusing maka kita beli

Ayam seekor RM24
Ikan Siakap seekor RM10
Ikan Kembung 1kg RM10
Sotong 1kg RM25
Udang 1kg RM20


Tiba-tiba ternampak Belut Hidup
Lamanya tak makan belut
Belut ni sedap dimakan
tapi geli nak pegang
1kg RM 30
Cikpuaneqin ambil 2 ekor yang besar RM19.

Sekarang ni tengah memikir siapa yang nak siang belut tu
Sebab peniaga tu jual sahaja dia tak siangkan siap-siap
Rasa-rasa inciksuami jugak lah jadi mangsa nanti.

Kita deal lah
Dia siangkan 
Kita masakkan

adil bukan???


9 comments:

  1. Ayam memang mahal sekarang ni seekor mesti rm20 ke atas. Tak dapat dah belas2. Seram tengok belut tu memang tak makan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam sekilo rm10 kat sini...betul klu beli sekor mesti 20ke atas

      Belut sedap buat sup atau padprik..hehe

      Delete
  2. errr MZ memang penggeli yg amat...tak leh tgk pun belut tu apatah lagi nak beli hahhaah

    ReplyDelete
  3. Ayam mahal kan skrg...
    ikan, sotong tu tgk harga kira murah lagi tu..
    tempat nieyl tak ada dapat harga tu tauu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini kampung nieyl...jual mahal2 kang xde orang nak beli.kebanyakan penduduk kat sini kerja sendiri je...

      Delete
  4. Bestnya ada nat depan ofis...
    Murah harga ikan,sotong & udang tu...sini ikan Kembung pun 17 sekilo :(
    Rare ni ada jual belut juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH sini nat 2x seminggu hari selasa dan sabtu..klu hari sabtu lagi macam2 orang niaga...hari selasa ni kita lari kejap pi beli apa yg patut je..

      barang masih murah dan berbaloi

      Delete