Monday, January 1, 2024

:::Sabut Ikan Bakar:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao

Review

***SABUT IKAN BAKAR***

Kenapa Sabut Ikan Bakar
Ia dibakar dengan sabut kelapa tu ke
BUKANNN...
Ianya sekadar nama gelaran sahaja

Kalau sampai ke Kuala Perlis
tak sah lah kan kalau tak makan ikan bakar
da tahu musim2 cuti gini memang ramai orang
kena ready mental fizikal da
bawa la jajan dulu boleh la buat kudap2 sementara makanan sampai

Kali ni kita makan di SABUT IKAN BAKAR
ianya berdekatan dengan Jeti Tok Kuning
tapi orang sekitar panggil Kg Ayer Kuning je
1st time cikpuaneqin datang sini dengan ipar2ku

 
Makanan baru sampai setelah ambil masa 40minit menunggu
Hanya orang yang sabar sahaja dibenarkan masuk ke kedai ini

 
Ketam Masak chili...sedap
Tapi cikpuaneqin kurang gemar makan ketam ni sebab nak kena kupas kulit tu.
Isinya betul2 juicy lemak manis

 
Anak dara cikpuan eqin dah boleh harap yer untuk jaga adik..
Anis & Aisy
dua-dua mama sayang

 
Aenida with her anak sepupu.
Itu lah anak sepupu lagi tinggi dari makciknya
Ambil gambar kenangan dengan latar elakang boat dibelakang.
Masa ni air surut, nampak la ikan belacak melompat-lompat

 
Sabut Ikan Bakar
Beginilah suasana depa kedai Sabut ni
Pilih ikan dan terus bagitahu nak masak apa yer
Peniaga tu siap2 timbangkan depan kita 

 
Antara hasil laut yang ada dikedai Sabut Ikan Bakar ni
Sayur pula boleh pilih samada nak terus, bendi atau lain-lain

Air minuman juga boleh order secara gelas atau jug.
Sebabkan kami semua lain-lain citarasa, makan yang sampai pun berlainan rasa.

Sekian, perkongsian kali ini.
Rate kedai ni 8/10.
Ada rezeki kita cuba tempat lain pula yer.
tolak -2 markah tu sebab ambil masa yang lama untuk makanan sampai.
Sepatutnya pihak kedai boleh tambah service dimusim cuti agar pelanggan tidak mengambil masa terlalu lama.
Bab makanan sedap dan puas hati.




5 comments:

  1. Langsung tak tahu pasal sabut ikan bakar ni walau selalu balik kg di Perlis hahaha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung mak.. Mak asal Mata Ayer..

      Delete
    2. ooo Mata Ayer....eqin selalu klu ke perlis bawa anak2 pergi Taman Ular je...ni try Sabut ikan bakar pun baru 1st time tu pun adik ipar yang bawak..Klu tak sllu mkn kat tepi jeti kuala perlis tu..NeXT tt boleh la try klu balik Perlis

      Delete
  2. oh nama kedainya Sabut. Memang ammi ingat dia bakar ikan pakai sabut instead of arang

    ReplyDelete
  3. i love seafood!! tapi part servive lambat tu i memang jenis tak tahan menunggu lama2 hahahah

    ReplyDelete