Sunday, January 7, 2024

:::Bekalan hari Ahad:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Salam pagi Ahad
Jom perbanyakkan zikir Ahad

Ya Hayyu Ya Qayyum
(Wahai yang sentiasa Hidup & sentiasa Kekal)
Semoga asbab kita membaca zikir ini,
 Kehidupan kita akan dipelihara oleh Allah swt.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
 harini direzekikan kembali bernafas dan diberi kudrat untuk terus berkerja
direzekikan masih sihat untuk berbakti buat keluarga
seusai solat subuh, terus cikpuaneqin masuk dapur
sediakan sarapan dan bekal anak-anak nak ke sekolah

 
Pic: wajib makan sebelum ke sekolah. Rasa kesian bila anak-anak tak makan pagi. 
Sebab nak tunggu time rehat tu lama juga.

 
Pic: tempoh bertenang, makan sorang-sorang.

Pagi ni anak-anak sarapan bihun goreng sahaja
Untuk makan tengahari dan malam cikpuaneqin dah masak siap-siap
Nasi Putih + Gulai ayam dan kentang + Ikan lampam goreng garing
Selalunya memang akan masak pagi-pagi
sebabnya selalu kalau dah balik kerja tak larat nak masuk dapur dah
Kena buat kerja harian yang lain 

Rutin balik kerja :
Bawa masuk beg anak2 dan layan sikecik dulu
Angkat baju kat ampaian
Kemas rumah bagi sedap mata memandang
Sapu rumah dan buang sampah
Semak buku sekolah anak-anak
Ada masa selit la time makan
Sentiasa ada kerja bagi para isteri dan wanita berkerjaya ni.
Kadang memang minta bantuan anak-anak
bukan lah kata cikpuaneqin ni buat sorang
Minta bantuan tapi dalam pemantauan

p/s :
Okayy semoga permulaan hari Ahad ni memberi kita semua mood positive sepanjang minggu 
Love as always

8 comments:

  1. Uish... Lagi rajen akak kita nie... Terbaik lah

    ReplyDelete
  2. Ya Hayyu Ya Qayyum .zikir ini sangat bagus untuk diamalkan ...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sama2 kita amal yer...moga sama2 mendapat kebaikan dariNya

      Delete
  3. Morning eqin..SA baru balik dari keringkan baju and cuci kereta.. petang kang baru nak keluar semula cari barang untuk Dania balik Kolej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning SA... oo Dania dah habis cuti yer...moga settle semuanya harini!

      Delete
  4. Ya Hayyu Ya Qayyum.
    Thanks mengingatkan.

    Yummy. Masak2 utk si kecik.
    Semua ini akan jd kenangan berharga bila dorang dah besar nanti. Kita akan senyum2 bila membacanya semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..semoga kita boleh beramal dan sama2 mendapat manfaat.

      betul, ni semua akan menjadi kenangan satu masa nanti..love it!!

      Delete