Monday, July 29, 2024

:::PELAJAR PJJ TAHUN AKHIR :::

 ASSALAMUALAIKUM
DA JIA HAO

26.7.2024

Bermula rutin sebagai seorang pelajar PJJ untuk semester dan tahun terakhir
Pejam celik hujan panas
sudah 5 tahun melalui fasa menjadi pelajar kembali ni
daripada enida si bongsu
hingga fasa enida ada adik 
mama masih setia memegang tittle pelajar

Dikala usia Aisy mengjangkau setahun 7 bulan
masih lagi setia menjadi ulat buku disaat menempuh peperiksaan akhir

Untuk semester ke -10 ini
Eqin memilih untuk stay dengan kampus UUM KL

Kelas kami sebulan sekali sahaja
Ada 4 pertemuan sebelum final exam
As usual lepas kelas
Mesti eqin n da geng keluar makan2

Wajib wefie lahh

Ni la geng yang dah redah susah senang bersama 5tahun ni
Tak siap assignment sama² bagi semangat 
Bantu n membebel
Sampai hang siap assignment hehe

Good luck kawan²❤️



Sunday, July 21, 2024

:::Dare To Spell:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini kakak anis terlibat dengan pertandingan 

DARE TO SPELL

Mama 1st time dengar ada pertandingan DARE TO SPELL ni
zaman mama sekolah dulu 
untuk karnival BAHASA INGGERIS
hanya ada pertandingan public speaking, story telling, scrabble

Kalini kakak Anis Nuraisha and Hilmi terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Daerah
Alhamdulillah
kakak anis melepasi level 1
lebih kurang pukul 10pagi teacher Hamizah whatsapp mama
"Saya check blk perkataan tu, ada yg level C2"
"C2 tu mmg level lebih drpd sek men"
"Alhamdulillah Anis lekat nama kat level 2"

Berdebar tunggu next session 

Lepas melepasi level 2

Sekali lagi nama Anis lepas untuk top 6
Kalini mama WhatsApp kakak Anis supaya tenang, jangan gabra dan anggap semuanya senang
Menang kalah adat pertandingan 
Gambar Ihsan Dari status WhatsApp kakak

Akhir sekali juri yang Arif lagi bijaksana
Sepakat memilih kakak Anis Nuraisha sebagai pemenang tempat ke-3

Top 3 layak ke Peringkat Negeri

Pagi tadi mama ada janji kalau menang harini mama belanja Zuss
Dah menang ni teacher dulu bawa murid ke Zuss

Balik kerja mama belanja corndog family mart je
Tu pun dah suka sangat-sangat
Kira mama tepati janji la
Anak happy mama happiest 

Sekian

P/s:
Semoga anak² Kita cemerlang dunia akhirat

Wednesday, July 17, 2024

:::Aisy road to Obes:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Harini bawa #Aisyfatih check up kat KK
Nurse bagi date sebab rekod graf berat badan tu sentiasa menaik
yang menunjukkan my baby ni road to Obes
BMI Overweight
alahai macam-macam la si Aisy ni

Age : 1Y 7M
Weight : 14.9kg

Nasihat Doc untuk kurangkan berat badan
Kurangkan susu dari 11oz ke 6 oz
Kurangkan karbo

rasa macam nak cakap je kat Doc
saya suka baby chubby
tengok abg aji dalam medsos tu
rilex ja pakai kain pelikat silang kaki tengok tv
Aisy ni punya la aktif xduduk diam lansung
dia buat kuak lentang, berguling-guling kat klinik tadi
mama pulak yang stress bawak dia datang klinik
jenis gamble sorang-sorang bawak anak check up 
takde la nak berkepit, 
ayah bersenang lenang tunggu kat kedai depan klinik
 makan roti telur dan teh o halia


Moga demok mama ni sihat2 selalu
cepat2 turun berat badan 
n Normal BMI

sekian
Next appointment bulan November 2024.

:::Hujan lebat dipagi hari:::

 Assalamaulaikum

Da Jia Hoa

Hujan lebat di pagi hari
apa doa yang diamalkan ketika hujan lebat?

Allahumma Shoyyiban Nafi'an 
Semoga hujan ini memberi keberkahan dalam kehidupan kita.

p/s: tak jadi la basuh keta harini,
 niat di hati harini nak hantar keta kat carwash.
selalunya memang camtu kan, asal basuh keta ja terus hujan

Tuesday, July 16, 2024

:::Karnival Lestari Alam:::

 Assalamualaiakum

Da Jia Hoa

11 Julai 2024

Kakak Anis terlibat dengan Program Karnival Lestari Alam
Program ni di anjurkan oleh pihak KKM
Suka la kakak Anis sebab beliau antara 10 orang calon wakil sekolah

Ada beberapa aktiviti yang dibuat masa karnival tu
peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah
Kakak Anis menang tempat kedua
dia whatsapp mama cakap menang
mama balas kenapa tak dapat tempat pertama
mak ni kan memang suka mencabar anak

Antara hadiah yang kakak Anis bawa balik
minyak masak tu dia dapat cabutan bertuah
ada la jugak bahagia mama
yang lain tu semua dia punya
enida minta pencil sebatang pun dia tak bagi
haha

:::Zul Belanja Zuss Coffee:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Zul belanja Zuss
Harini dilanda tahap bosan dah nak buat kerja kat opis
macam-macam benda yang datang
semua nak adhock


saja la buka mulut kat team teknikal
Kami kat Retail ni lama dah tak minum air dalam cup
asyik minum air gantung plastik je
sekali Zul team SBU Maintenance
keluarkan Not 50 suruh kami beli zuss
asyikkkk

Terus ke zuss dengan cik pariha
i order spanish latte
untuk zul ceo latte
untuk pariha Not Pistachhio latte
n Hani Straberry latte

Settle baki 50sen 
pandai tak kami belanja hahah

sekian cerita petang ni.

Tuesday, July 9, 2024

:::Ceria Dental::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗 

Harini ada budak sakit gigi

Sape lagi kalau bukan #aenidaezreen

Jom lah ke Klinik Gigi Ceria Dental 



Muka ada senyum sebelum cabut gigi 
Kemain la posing
Da cabut tu takde la manis mulanya

Rate cabut gigi susu RM35
Sekian


Monday, July 1, 2024

:::Hadiah Perpisahan:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hadiah Perpisahan buat KakNik dan Pakya

cantikkan
semoga menjadi manfaat buat semua
pakar bidan terjun macamni la
petik jari ja terus dapat

Cari idea dulu nak beli apa
survey punya survey
dapat la Rehal
alhamdulillah


:::Aisy & Mikail:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Aisy dan Mikail

Dua-dua comel kan
si Aisy tu gaya macam orang besar
kononnya nak pangku si Mikail
beza umur 6bulan je pun
Dua-dua boolat

Geram tauuu

:::Banprakob to Masjid Songkhla-Trip part 1:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

28 Jun 2024 | Trip Farewell ke Hatyai

Sebabkan office ni sempadan je dengan Thailand
kita plan buat trip Farewell CC di Hatyai
Plan nya dari bulan lepas tapi masing-masing busy
so kita set 28 & 29 Jun 2024

Dari last month dah minta semua siapkan Border Pass
Booking hotel semuanya 14 bilik 
Hotel pun booking by calling-calling je orang kat sana (Mr.Johan)
 team kami semua on je nak join trip kalini
sporting habis

Border Banprakob

Bagi chance ibu-ibu posing ya

Masjid Songkhla

ok disebabkan ni trip santai2 kami konvoi 
kami berkumpul di depan office Jam 8.00pagi
Bergerak ke Border Durian Burung
lebih kurang 30 minit dah sampai sempadan Malaysia-Thailand untuk cop passport
Semua masuk bawa kereta ya

Semua dah cop border pass dan cop borang kastam Thai tiba-tiba salah sorang team kami tak lepas masuk ke Thai
Imegresen Thai kata yang Naim ni tak cop border keluar masa last masuk Thai tahun lepas(2023)
dalam sistem Imegresen Thai, Naim stay kat Thailand dah 240 hari
Panjang jugak issue ni dan akhirnya dapat selesai

nak selesai tu pun puas Minta budi bicara
jumpa pegawai Imegresen Thai
jam 11.30 baru lepas masuk Banprakob
cukup semuadah dapat cop barulah kami mula konvoi

First destination
kami gerak ke Masjid Songkhla
elok sampai sana jam 12.30 dah azan zohor
para bapak-bapak semua solat jumaat
para ibu-ibu ni menunggu jela kat kaki lima masjid 
sambil tunggu bapak-bapak solat Jumaat
Kita chill minum2 dulu

Masjid Songkhla ni la tempat famous orang Malaysia Nikah😂
Ada rezeki dapat la tengok pasangan artis kawin 
Tapi bukan tu pun niat nya nak merasa solat Jumaat di tempat orang
Khutbah pun dibaca guna Bahasa Thai
dah siap solat jumaat
masing-masing kelaparan..

Jom spam gambar
Posing suami isteri tapi ada anak sorang

Timang Si bongsu yang berat 16kg

Ayah dan Aisy

My officemate and family members
Posing beramai-ramai


Siap semuanya keluar dari
 Masjid SONGKHLA
Kami berkumpul di dataran masjid
ambil gambar sebagai kenang-kenangan
yela dah nama pun konvoi kann
pasti lah kena ada semua

Next sambung part 2 ya...
Kita pergi makan steamboat❤️

:::Welcome July:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Welcome July

Please be nice with me okay :)

Julai ni akan mula busy balik dengan semester akhir PJJ
Moga yang baik-baik untuk kita semua
Baru touch down bumi MALAYSIA
nanti kita story kisah percutian di HATYAI okehh.