Thursday, August 22, 2024

:::GWS BABY:::

 

 Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ’™πŸ’š

Semalam teacher taska call mama
Katanya suhu badan Aisy 38.2c
tiba-tiba je demam
pagi tu elok je mama hantar Aisy pergi taska
Balik kerja jam 5.00 petang terus mama bawa Aisy pergi klinik
Ambil ubat
tampal cool fever



Moody
marah mama tampal cool fever
marah mama ambil gambar
Sebab ensem mama geramm
Nangis pun ensem kann

Monday, August 19, 2024

:::Kenduri Kampung:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 

Penuhi undangan kenduri akikah dalam kampung ni
Kesian kat makcik hujung kampung 
Kayuh basikal semata-mata nak datang jemput kami 

Pagi ni masak nasi awal
Untuk anak² makan kat rumah
Sebab selalunya diorang taknak ikut
Banyak duduk rumah je
Buatkan sup ayam dan sambal udang petai

Dah siap masak
Kita siap-siap nak pergi kenduri
Dah janji dengan kakak tepi rumah nak pergi sama2
Jam 11.40 pagi Sampai la rumah kenduri
Selang 3,4 buah rumah je dari rumah kita 


Meriah jugak lauknya
Betul-betul lauk kampung
Pakat masak ramai-ramai 
Merewang 
Kita datang makan je sebab tak sempat nak merewang


Alhamdulillah
Ni lauk yang kita amibil
semua nak merasa
ambil sikit-sikit pun
penuh jugak ha dalam pinggan ni

Rasa beruntung sangat diri ini
dikurniakan jiran yang baik
lepas ni jemput lagi yer
Insyallah ada lebih nanti niat jugak nak buat kenduri kat rumah kita pula



Thursday, August 15, 2024

:::Ambil Berkat Kolah Masjid:::

 Assalamualaikum,

Da Jia Hoa

Semalam balik kerja
Inciksuami ajak pergi ambil sparepart kereta wira 
di Sungai Korok, Jitra, Kedah
ikutkan taknak pergi sebab jauh juga
tapi semua anak-anak nak ikut ayah
kita follow jugak la

Da Settle ambil barang COD
inciksuami lalu kawasan bendang/sawah padi
memang cantik sangat permandangan kat sini
Kampung Telaga Batu, Jitra Kedah



singgah berhenti solat di Masjid
Eh ada kolah background pulak cantik
ada mural sawah padi
inciksuami cakap jom basuh muka adik
ambil berkat basuh muka guna air kolah masjid
da basuh muka tu
memang takla si Aisy nak diam
terus dia meronta-ronta nak masuk kolah tu
haha


Last-last mama lepas je bagi dia mandi terus
lawak la ini budak
bukan main suka dia yaa
mandi air kolah masjid
ni dah terlebih berkat la ni 
haha


Nasib baik mama bawa baju spare tau
standby je beg dia dalam kete
kalau tak jenuh
takde baju nak ganti
ayah tinggal la aisy kat masjid tu haha







:::Kenduri duluan:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jom kenduri duluan
Kalini memenuhi jemputan kenduri rakan sekerja kahwinkan anak
En Haszhar @ Abang At di Kg Jelutong
Disebabkan pagi tadi sibuk buka booth join event kat Masjid Pdg Chenderai
Kita pergi petang la siikit

Pergi kenduri dah 3.30 pm
memang dah hujung-hujung la ikutkan tu
sekali sampai
meriah lagi lauk nya
orang pun masih ramai
kenduri kat kampung ni meriah lain macam yer


Cikpuaneqin makan ni je
Nasi +Singgang daging + masak lemak rebung
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai
Moga Bahagia till Jannah.
Aminnn

Tuesday, August 13, 2024

:::Konvoi off-road:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jumaat lepas kami konvoi off-road ke
 Kampung Mong Gajah, Tasik Pedu, Kuala Nerang Kedah
Gerak ke sana pun lepas inciksuami siap solat Jumaat
 para isteri ni siapkan juadah untuk potluck kat sana
 
Awal tu plan nak makan nasi kat sana tapi
 bila fikir pergi pun dah lepas solat jumaat
Kita masak simple-simple jela
Inciksuami suruh cikpuaneqin kukus pulut
katanya ada durian baru luruh 5biji
disamping tu, kita masak spaghetti aglio olio
Ida wife khairi plak masak nasi goreng cina + telur mata+sosej
Ina wife mie masak bihun goreng
terasa rajin nak buat air coctail sebab buka kabinet dapur tengok semua ada
stok susu cair, buah kiub, laici tin then potong epal merah n hijau..siapp




Lebih kurang pukul 3.30 petang kami mulakan perjalanan
Naik trooper ni syok la nak isi barang 
semua benda nak bawa
ayat last kita tanya inciksuami buai ngan tilam adik nak bawa tak.
katanya bukan nak pergi bermalam pun

sampai di Kg Mong Gajah, Pedu
ingatkan jalan elok
maklumlah ni kali pertama kita pergi ikut jalan ni
selalu ikut jalan tasik


Off-road okehhh
mencabar jugak
dalam hati dok risau
takut sangkut tayar
dalam hati dan mulut terkumat kamit baca doa
risau la
walaupun konvoi
taknak la ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kan
perjalanan smooth
semua cantik



Sampai ke destinasi
kami ready untuk pasang khemah
sebab angin kuat dan tengok langit awan gelap dah datang
menandakan hujan hampir turun
elok siap pasang khemah
hujan turun dengan lebatnya
makanan semua parking kat area belakang trooper
masing-masing berimpit nak makan dibawah khemah yang x besar sangat tu 


Acara wajib lepas makan
acara mandi manda 
anak-anak jela mandi
ikutkan xsesuai pun nak mandi sebab air tak jernih sangat
tapi nama pun anak-anak kan
pantang nampak air
macam anak itik da sorang-sorang haha





Sunday, August 11, 2024

:::Happy Working on Sunday:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Happy Sunday!!

Happy working everyone!!


Selesai Daily Review Meeting

Selesai bacaan doa

Selesai bacaan Ikrar

#Amanat CCO today, Stop work akan dikeluarkan untuk staff yang tidak complete SQA (Amalan safety)
maksudnya selagi tak lengkap amalan safety, staff tak dibenarkan keluar bekerja

Take Care semua!!

:::Mong Gajah,Tasik Pedu -Kering:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Ingat lagi tak kita pernah ke TASIK PEDU

Kali ni kita ke Mong Gajah @ Kg Kepala Gajah Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah
 lagi tapi versi Air Tasik dah Kering
Subhanallah
Maha suci Allah


Boleh tengok sendiri betapa besarnya kuasa Allah
Kalau dulu tempat ini lah laluan bot untuk pemancing mencari ikan
Laluan inilah tempat para pelancong menaiki bot menikmati pemandangan indah

Sekarang Tasik dah dah kering
menurut penduduk setempat
Kawasan tasik ini akan kering 4 tahun sekali
Dulunya, tasik pedu ini adalah sebuah perkampungan
boleh lihat adanya kawasan tanah perkuburan
muncul besi penghalang pagar untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan
semasa air tasik penuh kita tak akan nampak kawasan perkuburan ini


Sekitar laluan tasik yang telah kering
ramai penduduk sekitar atau luar kawasan yang datang ke Tasik Pedu
untuk melihat sendiri Tasik yang kering


Kita tak lepaskan peluang
Datang dan lihat sendiri
Semoga dengan turunnya hujan
dapat memberi seribu manfaat buat semua hidupan di Tasik Pedu
Sambung Next Entry




Thursday, August 8, 2024

::: Aglio Olio:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Yeay dah sampai Aglio Olio seasoning mix 
First time order ni 
Lepasni boleh speed-up time masak spaghetti aglio olio

Anak-anak pun memang suka spaghetti
Rasa berbaloi sangat order and tak sabar nak guna
Nanti kita try masak  and review apa kejadiannya❤️

:::Santai petang:::

 Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ’š

Semalam balik kerja, Makcu jiran kami
datang jemput makan pulut durian kat rumah beliau
Kami yang taksempat masuk rumah lagi, terus pergi rumah Makcu

ingatkan Makcu bat kenduri kat semua orang
rupanya Makcu tanak pulut semata-mata nak suruh kami anak beranak makan
Adalah durian dua biji yang Makcu simpan
Baik sangat Makcu ni buat kami macam anak cucu sendiri

Kakak Anis tengah menikmati nak makan pulut + santan + durian

Siap makan durian,
Makcu minta husbandku kasi/tebang sikit pokok rambutan
katanya pokok dah tinggi susah nak ambil buah
nak pakai galah pun tak sampai


Terus inciksuami kita balik ambil chainsaw untuk tebang pokok rambutan 
apalagi, kita kerah Anis, Enida dan Aisy kutip buah rambutan
Seronok la masing-masing kutip buah
ada Rambutan Kuning dan Rambutan merah
Makcu suruh je kami ambil semua bawa balik
sebab kat rumah Makcu duduk sorang je takde orang yang nak makan



Kita bawa balik buah rambutan sebesen besar
Terus cari kotak nak bos kat adik yang duduk Pandan Perdana
Kita selit juga petai dan dokong
Sebahagian lagi kita bawa pergi office

semoga semuanya dapat manfaat
Terima kasih MakcuπŸ’›

Wednesday, August 7, 2024

:::Spaghetti- open order by Anis:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ceritanya mama masakkan spaghetti untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah
setiap kali bawa bekal memang selalu akan buat lebih
untuk anak-anak kongsi dengan kawan sekelas 

Balik dari sekolah kakak Anis cakap kawan sekelas semua nak order spaghetti mama
wahhh
dia dah siap-siap open order
kawan perempuan sekelas 14 orang nak order
ada yang request nak tambah Cheddar Cheese you
hahaha

maka kelam kabut la mama petang balik kerja 
terus pergi K - Ceria
beli bahan yang tak cukup
topup sikit2 je sebab kebanyakan barang dah ada

Just beli
Capsicum, Tomato cherry, cube pati ayam

Pagini jam 6.10 am mama dah masuk dapur
bahan dah siap potong malam tadi
1st goreng udang celup tepung sebab dorang request nak spaghetti udang okehh
pastu masak then siap masuk bekas tupperware


Kakak cakap nak jual RM5 sebekas
Kalau untuk orang yang xde duit RM4, RM3 
Hutang pon boleh 
taktau la camne dorang ni meniaga
untung xde pun
Modal je yang keluar
dah la niaga tu kena bahagi dua plak dengan dorang
mama ni kuar modal je

apa-apa la anak
Yang tak bayar tu, sedekah je la

Janji anak-anak happy kannn

p/s: Teacher Hamizah dapat 2 pax spagetti harini, 
sebab Anis n Enida bagi kat teacher portion dorang. 
Teacher Favourite merekaπŸ’œπŸ’›


:::Dare To Spell- Peringkat Negeri Kedah:::

 Assalamualaikum
Da Jia HaoπŸ’›πŸ’šπŸ’œ

Tercipta satu sejarah buat Kakak Anis Nuraisha

Throwback :30hb Julai 2024
Sekali lagi kakak Anis dipilih dan layak ke

Pertandingan Dare To Spell,  Peringkat Negeri Kedah 


Kalini kakak Anis mewakili Daerah Padang Terap
Teacher Hamizah, Teacher Adwa, Teacher Adhilla, Teacher Mariaton menemani kak Anis
mulanya mama ingat nak pergi tengok tapi memikirkan
risau Anis nervous so kita batalkan niat

Harapkan cikgu-cikgu je teman 
Whatsapp teacher Adwa,
"Anis semua okay dan boleh ke next stage"
"Anis silap perkataan yang paling senang spell
yang susah dia boleh jawab"
Marathon tertinggal H

Maksudnya kakak belum rezeki untuk menjadi Juara
tapi ingat kakak anis dah menang dihati mama n cikgu-cikgu

Alhamdulillah untuk pengalaman ini..
Balik dari competition
Teacher belanja tealive
tu pun dah cukup happy buat kakak

mama je belum belanja lagi
Apa-apapun

Work hard is paid kak
Ingat tu
Teima kasih atas pengalaman ini untuk kakak.!
Good Luck

Tuesday, August 6, 2024

:::Save the cost:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hallo Tuesday!!

Harini mood under control
berpagian dah masak memasak
semangat as usual
masak pagi sekali dengan lunch


Menu harini
Keteow goreng + Telur mata
Nugget 
Nasi Putih dah masak siap-siap
Sayur bayam + telur dadar
sambal kicap

Simple-simple jer
Janji anak-anak ku kenyang



Monday, August 5, 2024

:::Betul ke Monday Blues:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini betul-betul Monday BluesπŸ’™πŸ’¦

walaupun kat Kedah, Ahad semalam dah kerja
tetapi tibanya hari Isnin kita takde mood

Actually dari semalam lagi mood ni datang dalam hidup kita
terasa berat sangat nak pergi kerja
so i whatsapp kat group office yang I'M LATE

Tiber bos reply:

"Kita kerja ada time dia na mai pukul 8 balik jam 5 ptg kecuali OT...mai lambat kena cover na balik bagi cukup 9 jam..

Kalau rutin hari2 mcm ni xperlu nak joint DRM xblh la...MR DRM penting na walau sy xda pagi tu..kedatangan & joint DRM sy semak selalu..

Mcm selalu sy dok pesan dh sila rancang elok2 pastikan xterjejas waktu kerja utk sapa2 pun"

perghh memang menusuk kalbu ku ini
baru sehari I'M LATE
Maka bersiap-siap lah kita
then hantar si Aisy ke Taska n masuk office as usual

Ikut hati nak half-day je
tapi sebabkan fikir banyak kerja nak buat 
masuk jugak la office

so kat office meja bos in front of my table
im not sure nak cipta happy mood macamana
so i chat gpt macam-macam search salah satunya
why " im lazy today" haha

Bukti search Chaty GPT haha

search " what shoud i do to create positive environment"
1st - Positive culture
2nd- work-life balance

Ha betul la tu apa yang chat gpt bagi jawapan

positive culture kat office tu penting.
sini semua nya ok 
im so happy working here
tapi mungkin sebab harini

Monday Blues tu yang punca jadi camni
Hahaha






Sunday, August 4, 2024

:::Student Final sems:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao πŸ’— 

Tengok camera and say cheeseee be likeπŸ˜†


Muka mak mak bila jadi student camnila
Kelas pertemuan pertama
Semua nampak happy ja Kan
Boleh senyum n posing lagi dalam kelas

Hakikatnya lepas habis kelas
Masing-masing stress dengan assignment 
Semester kalini ambil 4subjek
Boleh tahan assignment banyak nau.

Chill je dulu
Tahun akhir ni xmau da stress
Nak santai2 rilex² ja
Yg penting CGPA on track

Xoxo


:::Permohonan Sekolah Khusus KPM:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus KPM  dibuka.

mulai 1 Ogos -8 Sept 2024

Sebagai mak yang ada anak ditahun 6 
kita cuba apply
manatahu ada rezeki kakak Anis kat sini

Kalau ikut kak Anis dia taknak duduk asrama
masih nak manja-manja duduk dengan mak ayah
dah lama slow talk kalau tinggal kat asrama pun
tiap minggu mama dengan ayah pergi je melawat 
bukan terus tinggal 


Sekarang nak masuk sekolah khusus pun banyak saingan dan cabaran
dinilai bukan sahaja dari akademik
tiada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
untuk masuk sekolah Khusus
dipilih dari Pembelajaran Bilik Darjah (PDB), Ujian PKSK dan PAJSK.

Cabaran buat anak-anak zaman milenia.
bagi mama sebenarnya sekolah je kat mana-mana
janji pandai bahagi masa
jaga diri 
jaga akhlak

Good Luck semua yang memohon.!!


:::Breakfast of da day:::


 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Breakfast merangkap lunch untuk hariniπŸ’š

Sapa kat sini macam cikpuaneqin
suka masak pagi-pagi sekali jalan je dengan makan tengahari n makan malam

Pagini mama cook
 Spaghetti goreng + chicken popcorn
Masak nasi then goreng ikan n buat ayam berlado cara kami


siap and simple 
janji kenyang anak-anak

bila tengok spagetti semua nak bawa bekal lebih ke sekolah
anak-anak suka sangat
tapi duit belanja tetap mintak
haha

Saturday, August 3, 2024

:::M.O.D:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 


Alhamdulillah selesai MOD
MUET ON DEMAND 

Harini berpagian driving ke UUM Sintok
6.10 am keluar dari rumah
7.00 am sampai di 
Pusat Pengajaran Teknologi dan Multimedia 

7.15 briefing n breakfast 
8.00 am mula menjawab paper

Sebab ambik MOD Ni
Sehari sekali jalan je

1st paper reading 
2nd paper writing 
3rd paper listening 
4th speaking


Alhamdulillah dapat group yang membantu antara satu sama lain

Adik2 je semua tu
Abdul Latif student medic di Usim
Nia student software di UPSI
K.syaja partner kita student UUM

Thank you all for today
❤️

Thursday, August 1, 2024

::: Welcome August:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 


Welcome Ogos 2024!

Thank you Julai.
Alhamdulillah permulaan bulan Ogos yang positif.

Semoga bulan ni lebih baik. Dibukakan pintu rezeki, pintu kebaikan, pintu keampunan dan pintu kebahagian dunia & akhirat ❤️
Aamiin… 

🀍