Thursday, October 16, 2025

:::Kursus NEM:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hoa❤️

Berkampung di Alor Setar selama 2 hari
Selamat berkursus NEM Solar 2.0 untuk diri sendiri

Time lunch jalan-jalan cari Makan di Pacific,Alor Setar
Tiba² ternampak 2 orang kelibat yang Ku kenali
Yesss!!
Puan Tini and Puan Farrah
Ex Legal Service Department 
Wajib dulu bergambar sebab nak up kat group Kak Esah FC 


Selingan kursus 
Sebab trainer nampak kami dah mula mengantuk
Peserta kena keluar ke depan terus hilang ngantuk ye masing2



Sekian dulu coretan hari kedua kursus 
Good luck to me petang ni ada exam!


Sunday, October 12, 2025

:::Pilihan ditangan Kita:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Pilihan ditangan kita
Balik kerja nak rest atau nak Zumba?
Kalau dulu yaa! Pilihan eqin adalah stay kat rumah masak, makan, rest.
Tapi sekarang balik kerja rushing nak join class Zumba 5.45pm

Jadual Zumba Coach Yunk (Latipah Ahmad)
Ahad,Isnin,Selasa (5.45-6.45pm)
Jumaat (7.45-8.45)
Bayaran: RM5/hours


Harini layan slow rock ja
Total calories burn pun tidak mencapai tahap maximum 
Buat main² je janji keluar peluh sejam


Balik Zumba barulah kita bersilat kat dapur
Masak makan malam untuk husband dan anak²
Eqin tak makan da..rugi la workout tadi
Minum milo O panas sambil teman Aenida tuisyen❤️

:::Masak Lomak Daging Salai:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sapa pernah try product by MakJenny
Lama sangat scroll TT
Kan dah terbeli
Sebab tu la jangan lama² scroll TT ya

RM19.90



Cuba bayangkan kita tengah menikmati juadah tengah hari yang mendamaikan, hadir sepiring masak lemak daging salai yang lembut, berlemak, dan aroma asap salai dan santan hasil tangan Mak Jenny. Podeh tapi sodap..

Lepas ni kita try tanya cik gugel ya recipe Mak Jenny❤️

Saturday, October 11, 2025

:::Visit Cubemate :::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Weekend adalah hari yang paling di tunggu-tunggu oleh anak dara saya
Hampir 8 bulan di Maktab
Perangai Kakak Anis masih sama

Antara soalan bila call mama

Bila mama nak datang?
Mama datang tak minggu ni?
Biskut dah habis, mama tak nak datang ke?

Alhamdulillah harini dah sihat sikit
Eqin sempat pergi pekan Nat pagi tadi beli bahan mentah untuk masak
Plan nak masak dan makan di maktab dengan Kakak Anis dan kawan2
Allah makbul niat 

Lepas zohor terus gerak ke Maktab
Sampai 2.30 di Pendang,Kedah
Kakak Anis dan cubemate dah tunggu di Dewan Selera (DS)
Makan bersama sambil bercerita

Tengah makan tiba2 YDP Muafakat ambil gambar, Nasib mama sempat senyumπŸ€ͺ
Kak Anis kat sebelah pun terkejut hihi


Menu:
Nasi Putih
Asam pedas ikan talang
Ikan tilapia goreng
Sayur tumis brokoli dan bayam brazil 
Sambal bilis petai
Ayam bawang (beli)
Air Sirap Bandung 


Gambar atas -Dari Kiri: Nuha,Auni dan Zara


Lepas makan mama dan ayah ada selit nasihat dan motivasi untuk anak2
Boost energy minggu exam
Selasa dah mula exam penggal ke 2

Moga cemerlang Dunia Akhirat anak2❤️

:::GWS my self:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sepi 2,3hari ni
Allah nak bagi rehat 
Masih demam on off
Harap terus kuat 
Bertahan dengan ubat


Makan takde selera
Bila kerap makan ubat n perut kosong
Jadi GERD 

GWS my self ❤️

Monday, October 6, 2025

:::Padprik Belut:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sapa kat sini suka makan belut.
Dalam rumah ni semua orang suka belut.
Jarang nak beli sebab jarang jumpa
Harga pun boleh tahan ya
Rm40/kg
Ni kebetulan jumpa di pasar pagi
Eqin pandai masak dan makan sahaja
Bab bersiang tu minta maaf ya

Padprik belut cooked by me..Tadaaaa


Cukup lengkap bahan tu yang sedap rasanya
Capsicum suka suki buat tambahan
Yang penting kunyit,cili,serai,daun limau
Haihh.. teringat² pula kesedapan tuπŸ˜†

Saturday, October 4, 2025

:::Grand Shooting:::

Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Berpagian di SMK Agama Kedah (SMAKAK)
Temankan anak dara kecik ke

Grand Shooting 
Badan Sukan Beruniform
Persatuan Memanah Tradisional
Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan -Zon Utara

Kali ke-5 Aenida Ezreen terlibat dengan pertandingan Memanah dan harini rezeki dapat tempat ke 12/42 untuk kategori bawah 12tahun- Perempuan


Anak dara ni badan je kecil
Semangat besar
Posing dulu sebelum buat pendaftaran untuk dapatkan nombor badan


No badan 106 (1A)
Sementara tunggu ustaz bagi taklimat ringkas
Snap suasana di Padang
Kalini eqin dah bawa kerusi healing sendiri
Aenida parking Bow and Arrow 


Senyum n semangattt!!


Aenida paling hujung  tepi tali tu.
Ready untuk shoot.


Giliran shoot
A partner dengan B
C partner dengan D
E partner dengan F

Aenida duduk atas pangku mama dulu sementara C,D,E,F shoot

Wajib pakai sunscreen n ada payung tauu.
Menunggu di tengah padang
Ya ampun dia punya panas tuu


Selesai semua ya
dari jam 7.20am di SMKAK sampai habis Majlis penutup 3.30pm.
Semua anak2 Berjaya habiskan panahan.

Moga Aenida Akan dapat top-10 lepas Ni dan Moga sentiasa mencintai sukan sunnah ❤️