Thursday, September 18, 2025

:::Day Trip to Thailand:::

 Assalamualaikum

Da Jio Hao💙

11 September 2025
Jumaat

Trip santai
Kos Insurance (1minggu) serta Borang Kastam RM24.00 (5 Pax)
Kos minyak kereta RM80
Simkad Dtac sehari 35baht

Daytrip sahaja kalini
Cop Border Pass di Imegresen Kota Putra( Durian Burung, Kedah)
Singgah makan di Pekan Chena
Teruskan perjalanan ke Sakom untuk solat Jumaat
Jalan lagi ke Pantai Songkhla semata-mata nak makan ais krim kelapa
Merasai naik ferry bayar hanya 20Baht untuk melintasi sungai ke Hatyai
Solat Asar di Hatyai Village (selesa untuk muslim solat)
Jalan-jalan di Asean Night Market, Hatyai
Mulakan perjalanan untuk pulang 
Singgah lagi di Mr.Soo Sadao
Dinner dan sambung shopping kekacang di pekan Danok
Akhir sekali Cop Border Pass di Bukit Kayu Hitam

Selesai perjalanan dari 8 pagi hingg 11.00 malam waktu Malaysia hehe

Tujuan asal untuk masuk Thailand ni hanyalah untuk makan, makan dan makan.
Alhamdulillah puas hati dan berbaloi dengan harganya
Semua ni untuk 5 family 












Lokasi:

Yum Yua Numluy Tak Jana
Seafood Restaurant Halal
Chana District, Songkhla 90130, Thailand
Open Daily 10.30 am - 20.00 pm
No Tel : 098-0179561


Stay tune...:)

Monday, May 26, 2025

:::Sejarah 25.5.25:::

Assalamualaikum 

Da Jia How

Sejarah 25.5.2025

Sepanjang perkahwinan sekali pun inciksuami tidak pernah ajak saya ke hospital..




Tapi semalam Allah bagi setitis ujian tanda kasih sayang pada hamba Nya..

Dia tewas dan menyerah diri...

Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia. (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak kambuh lagi." 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 18, 2025

:::Meeting Annual Operation Plan @Langkawi:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

11-14 Feb 2025

Meeting AOP for collection di Pulau Langkawi
Bukanlah cikpuaneqin nak story pasal meeting cuma kat sini 
Nak share moment indah kami geng gegurl di Langkawi

Dapat tau kena pergi meeting pada 10/2/2025 
Masa tu dalam perjalanan pulang dari KL ke Kedah
Pick up anak-anak yang dah hampir 2 minggu menghabiskan cuti persekolahan mereka
Maklumlah kampung anak-anak di KL
Kira cuti sekolah balik kampung jumpa opah dan atok

Masa dalam kereta dah sampai Taiping boss whatsapp
"Eqin nanti pergi meeting AOP kat Langkawi"
"Boleh isi outstation form dan cari tiket ferry"

Jenis adhock macam ni mencabar jugak la
so disebabkan masih cuti sekolah
Mama bawa anak-anak gegurl sekali teman mama di Langkawi
So time mama meeting diorang terpaksa stay kat hotel
Bila mama habis meeting baru kitorang jalan-jalan cari makan hihihi

Jom scroll gambar 

Aenida Ezreen with m&m

Sini pun dia posing suh mama amik kan gambar

Hello at Datarang Lang
Yang geramnya suruh kakak anis amik gambar tapi tak nampak kepala Lang tuu

Hari terakhir mesti la borong chocolate untuk team opis
Takde la beria nak beli chocolate mahal kot

Ni beli sebab comel
Anak-anak punya ni 
Mama sebiji pun tak makan

Aenida at Pantai Cenang tengok Fire Show

Anis pun kita kasi happy sebelum dia home sick nak masuk asrama esok hahaha

Order fish n Chip at Pantai Cenang memang sedapp la harga 

Mama nak makan mee goreng seafood je

Ehem2 mama posing dulu ngan gegurl sebelum makanan sampaii

Ni sampai kat Pantai Cenang dalam pukul 7 malam da
Manusia penuh di sepanjang pantai
Memang ramaiii la dorang record sunset kot


Seee...at Pantai Cenang

Saja la beli gelang nak maching2 dengan Kakak Anis at Haji Ismail Group HIG
Cuba teka...ni buah apaa

Still pilihh keychain nak bagi hadian kat Kawan-kawan kelas


Kat Pasar Malam Kuah...Tengah tunggu order makan xsampai-sampai lagiii alahai

Muka xready nak amik gambar..hahaha

Ni kira percutian sambil menyelam minum air
Anak-anak happy sangat
Mau tak happy
Paw mama sampai licinnn hahaha

:::1st Day of school 2025/2026:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hari Pertama sekolah bagi sesi persekolahan 2025/2026

Alhamdulillah

Syukur masih diberi peluang menguruskan persiapan buat anak-anak

 
Anis Nuraisha - Tingkatan 1
Adyna Summayyah - Tahun 6
Aenida Ezreen - Tahun 4
Aisy Fatih - 2 Tahun

Adyna Summayah

Aenida Ezreen

Kakak Anis masih belum ada gambar

Alhamdulillah berkat usaha dan tunjuk ajar guru-guru
Kakak Anis mendapat tempat di

MRSM Pendang
SBP Kubang Pasu
Dan SekHar Dato' Syed Ahmad

Kakak Anis akan lapor diri di MRSM Pendang, Kedah pada 19.02.2025




Monday, December 30, 2024

:::Terjun Bendang:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Mesti ada yang rindukan cikpuaneqin kan..haha
sorry la perasan kejap
act suka baca komen2 kawan2 blogger mencari2 mana update baru dari cikpuaneqin
actually kita ni tersangat lah sibuk semenjak dua menjak ni
sibuk dengan kerja, dengan tugasan adhock yang tak pernah putus

okes panjang dah tu pendahuluan,

Act nak story about my daughter main bendang
masa cuti Hari Christmas 25 December 2024
Cikpuaneqin bawa anak-anak balik Kampung Ketol, Tunjang Kedah

Sebabkan kita sendiri dulu tak pernah merasa suasana main bendang
kita cuba cipta memori untuk anak-anak ingat bila mereka dewasa kelak

Adyna Summayyah dan Aenida Ezreen
asalnya kasut enida lekat dalam tanah lembik kat bendang tu
katanya nampak ikan banyak so dia cuba nak tangkap ikan sekali bila dah terjun bendang
kaki enida sangkut dalam tanah lumpur
okay maka bermula lah cerita seperti gambar dibawah :


kakak summayyah bawa aenida naik atv

tiba-tiba kasut jatuh dalam bendang

nampak dah dalam tanah bendang tu ada kesan tapak kaki

masing-masing kena tolak siapa jatuh dulu dia kalah


enida dah kalah kena tolak dengan kakak


siap meniarap dah 

satu badan dah kena lumpur
Ya Allah anakku dah tak de rupa orang dah ni haha

boleh dia buat lumpur mcm facial wash
siap berbual
best kan dorang ni takde masalah



hampir sejam main bendang
mama ajak balik
maka jom lah kita pulang 

Kalau mama ni boleh jadi kanak2 alik, teringin juga nak main macam diorang
jiwa anak-anakku jiwa orang kampung
insyallah suatu hari nanti akan menjadi insan hebat

Happy tauu
cekedouuttt...



Friday, December 13, 2024

::: Welcome Izz Danial:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa 

Welcome Izz Danial 🩷 
Memperkenalkan my latest niece
Mungkin 2025 ada lagi new niece 



Handsome kan 
So now shafiqah da jadi
Mother's of two 

Sara Eryna 
Izz Danial 

Jadi Anak soleh n solehah ya
Mama love you all