Saturday, October 18, 2025

:::Ambil Kak Anis di Maktab:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Habis kursus di Alor Setar
Terus gerak ke Pendang
Ambil Kakak Anis dah mula cuti sempena Cuti Deepawali 
Dapat notis tamat cuti sekolah nanti
Maktab akan sambung PDPR pula
Untuk putuskan rangkaian influenza 


Moga anak-anak sihat selalu
Semalam pun eqin meeting dengan Pengurusan Muafakat untuk dapatkan info suntikan vaksin Influenza kepada pelajar di Maktab Pendang.

Harga pasaran RM150-RM200 
Untuk hire klinik swasta perlu persetujuan 250 orang pelajar yang setuju untuk ambil vaksin
Then, klinik boleh datang maktab untuk beri suntikan dengan harga RM40.00/seorang

Masih dalam perbincangan sebab bukan semua parent setuju untuk beri suntikan pada anak².

Sekian.


3 comments:

  1. vaksin influenza skrg limited kan. bagus jugak bila klinik swasta tu boleh datang maktab utk beri suntikan tu. dapat pulak harga rm40 sorang mmng murah sangat

    ReplyDelete
  2. Kami kerja hosp dapat free pun ramai taknak ambil. Cie dulu pernah la jugak ambil vaksin influenza ni. Mostly mereka utamakan frontliner. Macam kami sokongan boleh je kalau nak.

    ReplyDelete
  3. Dekat SRAI pun jv dengan klinik utk vaksin influenza ni. Tak pasti brp ramai akan join nanti

    ReplyDelete