Friday, November 17, 2023

:::Day 16 # Someone I Miss:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

Jom sambung challenge 30 days 

✅ Tittle: Seseorang yang ai rinduuuu

Perasaan rindu hadir tikamana kita ditinggalkan atau berjauhan dengan seseorang yang kita sayang..Betul tak?

Harini cikpuaneqin dan anak² ditinggalkan oleh Inciksuami..Healing with kawan² katanya..masuk Dam Tasik Pedu..
Makanya kami anak beranak healing cara kami berhuha dirumah..Si kecik #AisyFatih kurang sihat,malas la cikpuaneqin nak bawa pergi jenjalan. 


Rindu itu Subjektif utk ditafsir..

Rindu ibu ayah lain
Rindu anak lain
Rindu Inciksuami lain
Rindu sahabat lain

Makanya setiap apa kebaikan atau kenangan yang mereka berikan pada kita pasti membuatkan perasaan rindu itu hadir tanpa sengaja tanpa diminta.

Pesan pada diri, cipta sebanyak mana kebaikan dan kenangan buat orang sekeliling kita pasti diri kita jua dirindui oleh mereka.

Love as always πŸ’






::: Healing Cara Inciksuami:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—
Salam Jumaat Baraqah

Setelah beberapa kali meeting bersama
Harini tibalah masanya Inciksuami n the geng laksanakan misi mereka..πŸ’š


#Misi
(Memancing, Menyelam dan Menjala) 


~Konvoi 2biji kete~
Penuh la dua2 bonet tu ngn enjin bot,Ngan makanan n minuman, Ngan jala, n pelbagai kelengkapan dorang stay di Dam untuk 2h1m.

Inciksuami minta cikpuaneqin masak simple² ja
untuk geng dorang masuk
 Dam Tasik Pedu harini..

Yang cikpuaneqin tau bahagian dia kena bawa nasi n telur dadar je tapi sebabkan isteri ni terlebih rajin skit harini.  Kita masak la special sikit.

Cikpuanisteri sediakan:
 Nasi Putih
Masak Lemak Telur Itik
Sambal Ikan kembung 
Telur Dadar 
Cabai picit belacan

(Masak dengan penuh kasih sayang tau moga² segala pahala kebaikan ni dipulangkan kepada ibubapa kami)

Selepas Solat Jumaat tadi incik suami minta untuk makan dulu then dia siap² untuk gerak.Yela kena la pergi awal sebabnya kat tasik nanti bot tu dorang kena ceduk kuarkan air dulu ..Sini musim hujan kena la set up yg mana patut..

Bot tu pun kena setup enjin bagai,lama jugak la kot ambil masa.Plan nya malam ni dorang akan stay kat tasik Pedu la..
Bab tu cikpuaneqin tak risau sangat sebab memang Inciksuami mahir da bab selok belok hutan ni.
Geng ex- tentera kan..Hutan tu rumah kedua dorang la..dulu operasi berbulan² tinggalkan anak isteri makanya da biasa la benda cmni.

Inciksuami pujuk anak² katanya 
Ayah masuk survey tempat kelah kita,kalau 
semua okay nanti ayah bawak kakak ngn adik²... makanya anak2 pun happylah.

Kalau memang tempat tu ok...
Nanti cikpuaneqin yg akan mewakili anak2 tuntut janji ngn ayah dorang..haha

Till then,

Love as always ❤️




Thursday, November 16, 2023

:::Day 15 #If u could run away:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Jom sambung Challenge 30 days 

Tittle : Tempat saya mahu lari???

Kalau ditanya mana tempat yang cikpuaneqin akan lari..
semestinya tempat yang paling tenang adalah dengan cara bersendirian.
Dalam bersedih sebenarnya tak terfikir da nak pergi mana,
start je enjin kete tengok la tayar tu nak bergolek sampai mana.
Jarang nak bersedih sorang-sorang ni sebabnya ada anak2 kan.
Selalu kalau geram kat inciksuami nak lari pon xleh memikirkan anak kecik2
kadang geram kat anak pun nak lari tak boleh memikirkan inciksuami plak, hahaha

Lastnya dok la dendiam..

Till then,

Love as always πŸ’“

::: Cigarette Girl(Gadis Kretek):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

πŸ€πŸŒΏ NETFLIX: CIGARATTE GIRL πŸ€πŸŒΏ
(Gadis Kretek)


Filem ni diadaptasi dari sebuah Novel karya Ratih Kumala yang berkisahkan
CINTA & MISTERI
dengan latar belakang sejarah Industri Tembakau di Indonesia.

Kisahnya tentang seorang Gadis Kretek  (Jeng Yah@ Dian Sastro) yang cukup pandai memcapurkan ramuan tembakau untuk menjadikan rokok yang bagus.

Racikan tembakau dan mencampurkan dengan pelbagai ramuan seperti cengkih, bunga mawar menjadikan dirinya cukup terkenal dan handal dalam mencipta rokok.
Seorang pemuda ( Soeraja @ Ario Bayu) sangat tertarik apabila mencuba kretek yang dibuat oleh
 Jeng Yah.

Pada zaman itu, seorang gadis tidak boleh ambil tahu dan ikut campur dalam proses membuat kretek, mereka  hanya boleh menggulung kretek yang sudah jadi.

kretek yang dihasilkan Jeng Yah ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusan.
Hal ini membuatkan Jeng Yah komited untuk membuktikan bahawa Kretek yang diciptanya akan diterima oleh masyarakat.

Semasa Jeng Yah menghasilkan kretek, beliau selalu ditemani oleh Soeraja yang membuatkan mereka jatuh hati.Situasi politik ketika itu menyebabkan mereka perlu berpisah.

Sedih sangat time ni dimana perniagaan keluarga Jeng Yah Jatuh,
Ayah Jeng Yah mati ditembak.
Jeng Yah dipenjarakan sehingga menjadikan beliau bukan dari kalangan golongan berada.
Saat itu, Soeraja diperangkap untuk menjadi sebahagian dari rakan kongsi musuh perniagaan kretek keluarga Jeng Yah.

Jeng Yah akhirnya berkahwin dengan Mas Seno (Tentera) yang selalu ambil berat terhadap mereka sekeluarga semasa Soeraja sibuk dengan perniagaan kretek.
Jeng Yah dan  Mas Seno dikurniahkan anak bernama Anum Cengkeh

Moral : Cinta sejati tidak akan pudar selamanya, 
Biarpun jauh dimata, mereka sentiasa berada dihati kita.
Nangis jugak la ada scene sedih dalam citer ni, masuk episode 2 xsesuai ditonton oleh kanak2.
Jaga2 ya ibu ayah.

Tak Nyesal tengok, sekurang-kurangnya tahu juga sejarah tembakau dulu2.

Till then,

Love as always.

:::Jom Zikir Khamis:::

 Assalamualaikum

Da Jia HoaπŸ’š

Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah swt
Dipagi Khamis ini sedekah kah senyuman untuk orang sekeliling kita,
Pastikan kita lalui harini dengan tenang dan ceria.
Maafkan segala kesalahan 

Jom sama-sama2 amalkan 
Zikir Khamis.
    Moga Allah memberkati hidup kita
Juga buat saudara kita di Palestine,
Semoga kemenangan milik mereka.πŸ’š
 
Subhanallahi wabihamdihi
Subhanallahil Azim

Maha Suci Allah dengan pujian bagiNya
Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Fadhilatnya:
Allah akan ampunkan dosa sebanyak buih dilautan.
Sekali kita menyebutnya, akan tumbuhnya pohon syurga untuk kita di Taman Syurga

Love as always 

Wednesday, November 15, 2023

::: Wordless Wednesday #12:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 

πŸ’šπŸ’šWEAR GREEN FOR PALESTINEπŸ’šπŸ’š

The world unites for Palestine on 15 November
To Honor
Palestine's 1988 declaration of independence, signifying a worlswide solidarity in support of their autonomy n recognition.

Tanda sokongan terhadap keganasan yang dialami oleh Bumi Palestine,
Kita turut serta #WEARGREENFORPALESTINE



#TeamPelitawanisJitra
Turut serta menunjukkan sokongan dan solidarity untuk Palestine πŸ€❣️
marilah sama-sama kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestine,
Semoga mereka diberi kemenangan terhadap serangan Zionist laknatullah 


LOVE AS ALWAYSπŸ’šπŸ’šπŸ’š



:::Day 14 #Describe Ur Self:::

 Assalamualaikum
Da Jia HaoπŸ“

Jom sambung Challenge 30days

πŸ€Tittle : Describe ur Self



Tentang saya.
Tak banyak yang special pun.
Sekadar
πŸ’š menjadi penyejuk dimata suami
πŸ’šmenjadi terhebat dimata anak-anak
πŸ’šmenjadi kebanggaan ibu bapa
πŸ’šmenjadi seorang yang memberi manfaat untuk semua.

Actually cikpuaneqin seorang yang redah je dalam melakukan sesuatu.
Ingat lagi, masa nak interview kerja. Long ranger sensorang pergi HQ Bangsar tanpa ditemani sesiapapun
tawakal je masatu, Alhamdulillah dapat berkhidmat di di syarikat utiliti
PENGERAK KEMAJUAN NEGARA

then,
Masa buat lesen kereta, time tu anak da sorang tapi bila memikirkan sampai bila nak jalan kaki ulang alik pergi office pastu anta anak pergi taska.
Kalau anak sakit, sapa nak tolong bawa pergi hospital. Yela time tu, inciksuami masih lagi berkhidmat sebagai tentera and kami plak PJJ.
Redah sensorang  pergi register buat lesen kete hingga test JPJ.
2x test baru lulus..haha

next,
Ceritera sambung belajar.
Ikutkan yang ni la paling gamble.
sensorang pergi Subang sebab nak register Kelas PJJ di UUM.
Walk in bawa yuran pendaftaran RM350 berserta sijil2.
Alhamdulillah now da sem 8, doakan cepat2 cikpuaneqin habis study.

Kesimpulanya,
Diri ini bukan seorang yang senang, pernah susah suatu ketika dulu.
Cuba mencari kesenangan dan memberi manfaat buat semua.
Cuba menjadikan diri ini bernilai.
Cuba belajar sesuatu yang baru agar kita sentiasa menjadi yang terbaik.

love as alwaysπŸ’š