Friday, January 12, 2024

:::Ulam segar:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao πŸ’—

**Salam Jumaat Baraqah**

Cuti-cuti ni kena masak meriah sikit
Anak-anak Ada kat rumah
Inciksuami Ada kat rumah
Pagi lepas sidai baju cikpuaneqin tengok ulam pucuk jangguih/ pucuk ketereh mencanak² naik.

Lama tak petik dia, makin suburlah pulak
Makanya harini kita petik lah dia



See, segar kann..

P/s: Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ❤️


Thursday, January 11, 2024

:::Giveaway Sampul Raya Rare 2024:::

 Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ‘±

 Giveaway Sampul Raya Rare 2024


Klik pada gambar untuk ke blog Permaisuri Cuya.

Semalam dapat perutusan di ruang komen dari Permaisuri Cuya untuk join GA.
Makanya harini terus kita sahut perutusan darinya. 
Kalini Permaisuri Cuya berbesar hati untuk meraikan rakyat kerajaan kelapa yang selalu mengunjungi kerajaan kelapaπŸ˜†

Sapa tak kenal blogger kreatif ni
Selalu je describe sesuatu penulisan dan penceritaan melalui lukisannya yang lucu.

Lets follow syarat-syarat permaisuri:


GA ni onzz 2 minggu sahaja dari tarikh ni tau.
Moga berjaya semua yang join.
JOM SUPPORT!!

nota kaki: SABTU ni 13hb Jan dah masuk bulan Rejab.
Makanya tak lama lagi Sya'ban seterusnya Ramadhan.


:::Nasi Kerabu di hari Khamis:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-Sarapan Khamis-



Nasi Kerabu dihari Khamis
Alhamdulillah 
hari ni sampai je office
ada sesuatu diatas meja
rupanya kawan belanja nasi kerabu daging bakar

Inilah yang dinamakan rezeki nasi kerabu di pagi Khamis
Moga kak Nik Zuraini dilimpahkan rezeki selalu.
Amin

Happy Thursday!!

Wednesday, January 10, 2024

:::Asam Pedas tanpa daun kesum:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Menu kami sekeluarga untuk harini❤️

Nasi Putih + 
Asam Pedas  tanpa daun kesum + 
Masak lemak udang + kubis dan carrot + 
Ayam Goreng kunyit


Asam pedas ni favourite kakak Anis, jadi kita masakkan juga walau tak cukup bahan.
Apa ada kat rumah je kita masak. 
Asam pedas cara kita : 
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan
Ketuk serai
Masukkan air asam jawa
Masukkan air hingga mendidih
Last masukkan ikan dan bunga kantan

Setiap pagi memang cikpuaneqin akan masak lauk heavy sebab anak-anak akan bawa bekal ke sekolah dan inilah jugak yang kami makan untuk dinner. Nak masak time balik kerja tak daya dah sebab ada sikecik yang suka sibuk kat dapur nak tolong cikpuaneqin masak,

Anak minta bawa bekal tahun baru ni, katanya pengusaha kantin yang baru kat sekolah diorang masak tak sedap. Ramai murid-murid bawa bekal.
Even nasi telur kicap pun diorang nak bawa dari rumah je, sebab taknak makan kat kantin.

kesian pula kat anak-anak...
Selagi ada kudrat, masak lah kita..ehee:)

Love as always

:::Suprise bot lagi ke ni?:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ingat lagi tak pasal entry suprise anniversary ni

Harini dia buat kerja ni lagi
Cuma dah bagitahu awal-awal

Kata inciksuami dia nak pergi Tasik Beris, Sik, Kedah

Ambil bot lagi untuk letak kat Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Pic: Time ni boat baru sampai depan rumah dalam proses nak turunkan boat

Pic: Penduduk sekitar dah tunggu depan rumah, masing-masing nak tolong turunkan boat dari loader tu
Jam 11 malam
Inciksuami ketuk pintu rumah
Bot dah landing depan rumah
meriah betul, dah ramai yang tunggu depan rumah tu
Masing-masing nak tolong angkat bot

Bot tu kena parking depan rumah dulu
Nak service enjin dan cat bagai
Bot second hand kan
Kena la manjakan dulu

Lepasni kalau ada yang nak join

 Group memancing
Group round Tasik Pedu
Group ronda melihat keindahan Tasik Pedu
Group gantung hammock
boleh roger tau

Pic: Boat pertama dan kedua

1st boat : 09/12/2023
2nd boat :10/01/2024

Lots of love



:::Giveaway Perfume SR:::

 Assalamualaikum
Da Jia HoaπŸ’šπŸ’›πŸ’™

Jom join Segmen suka-suki Giveaway Perfume SR

syarat -syarat tersangat lah mudah :

1. Follow blog SR CLICK HERE

2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR

3. Copy banner diatas dan letak sebagai 1st pic di post pada syarat ke-2

Tinggalkan link tuan/puan pada post SR

5. Boleh join semua blog yang ada tapi perlu follow syarat 2,3,4

Valid giveaway ni dari 9-25 Januari 2024

Thanks semua!!


:::Wordless Wednesday #16:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Wordless Wednesday #16


Jangan ajar diriku sabar
sebab minyak belum panas pun ku dah campak ikan ayam sotong
Sampai merecikkk la kat dinding-dinding tu
 haha

Happy Wednesday GuyS!!
Esok da Khamis 
Jumaat Kedah cuti..πŸ’›πŸ’›