Thursday, January 18, 2024

:::Sanah Helwah Anis Nuraisha:::

 Assalamualaikum
💛Da Jia Hao💛

SANAH HELWAH ANIS NURAISHA 
12 TAHUN | 18/01/2012 | Hosp Besar Melaka | 2.9 kg

Ya Allah anakku ini Anis Nuraisha Binti Mohamad Bakri tidak mempunyai ibu yang terbaik..

Namun ya Allah dia mempunyai Tuhan yang Terbaik..dia ada Allah yang Maha Terbaik..

Maka..

Jangan ambil kira lupaku,

Jangan ambil kira kelalaianku

Kerana anak ini mungkin tidak memiliki ibu yang terbaik..

Tapi sekarang aku memohon kerana anak ini atas nama hambaMu dia memiliki Allah yang Maha Terbaik, 

Maka..Berikanlah anakku ini:-

Akhlak anakku seperti Akhlak Rasullullah s.a.w.

Kesihatan anakku seperti kesihatan Rasullullah s.a.w.

Perwatakan anakku seperti perwatakan  Rasullullah s.a.w.

Ilmu anakku seperti ilmu Rasullullah s.a.w.

Kepimpinan anakku seperti kepimpinan Rasullullah s.a.w.

Kesabaran anakku seperti kesabaran Rasullullah s.a.w.

Selamat Hari Lahir Anis Nuraisha ❤️..

🍰🎂💐❤️

P/s: Kakak tengah exam UPKK...Nanti dah settle Kita celebrate yer.

Wednesday, January 17, 2024

:::DRM:::

Assalamualaikum

Da Jia Hoa

**Daily Review Meeting**

Kerja is kerja!!
Selagi ada kudrat, maka berkerjalah kita



Harini DRM dengan team MR
Rutin DRM,
Berpesan antara satu sama lain akan safety first
Nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
Begitulah pesanan setiap hari. 

:::Wordless Wednesday #17:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Wordless Wednesday - Petua Salah Bantal??

Pic : Kita salah bantal ni rasa tak sanggup nak dukung debab ni..

Ada tak petua salah bantal??
Bangun pagi ni tiba-tiba dah jadi macam robot
Sakit tengkok tak boleh nak paling dah ni

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Sebab harini operasi, makan harus berkerja jugak lah kita.


Tuesday, January 16, 2024

:::Happy working:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Happy working on Tuesday!!




Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga anak-anak kita yang sedang menghadapi ujian UASA & UPKK diberi ketenangan hati dan kecerdasan minda.
Debar hati ini usah diceritakan.
Pegang kuat-kuat ayat ini.
Anak kita anugerah dariNya
Apa pun keputusan yang keluar nanti mereka tetap no 1 dihati kita.

Love as always

Monday, January 15, 2024

:::Anis UPKK-BittaufiqWannajah:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗

-Calon UPKK 2024-
Anis Nuraisha Binti Mohamad Bakri 

Ya Allah , Permudahkanlah segala urusan anakku Anis Nuraisha, berikan kesihatan yang terbaik ,badan yang cergas ,otak yang cerdas sepanjang menduduki UPKK mulai esok sehingga hari terakhir. 
Semoga Berjaya dengan Cemerlang. 
Aminn Amin Ya Mujib.
Mama maafkan segala dosa kakak dan halalkan segala makan minum dan tiada sekelumit dendam kecil hati pada kakak.
Kakak anak yg baik dan mama tahu kakak dah pun buat yg terbaik.
Apa pun keputusannya mama tak kisah. 
Kita akan tempuh bersama jalan yang lagi panjang di masa hadapan. 
Ini hanya la salah satu permulaan.
Kakak akan berjaya dunia akhirat...
Insya-allah.

Sesi pagi UASA
Sesi petang UPKK

LOVE U Kakak Anis..

Sunday, January 14, 2024

:::Result Semester 8:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini hilang debaran selepas keluar keputusan peperiksaan akhir Semester ke-8
Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macamana
Malam tadi tidur pun tak lena
Bangun awal buat solat hajat minta dipermudahkan segalanya, 



Jam 10.00 PAGI 14/1/2024 PACE UUM update result dah boleh semak
Alhamdulillah killer subjek yang akhirnya lulus dan mendapat gred C+
Memang tak target A++ sebabnya cikpuaneqin cukup tak minat subjek kira-kira ni

Management Information System - A
Financial Management - C+
Mandarin III- B
Negotiation Communication - B+

Terima kasih pensyarah
Terima kasih kawan-kawan
Terima kasih inciksuami
Terima kasih anak-anak

Keputusan ini tidak terlalu cemerlang tapi cukup membuatkan diri ini mengucap syukur alhamdulillah.
Next sems 9 & akhir sekali sems 10
Tak sabar nak habiskan pengajian
nak habiskan tittle Pelajar PJJ merangkap emak anak 4.
Cabaran yang luarbiasa hebat.

Tahniah untuk diri sendiri!!


Friday, January 12, 2024

:::1 Rejab 1445H:::

 Assalamualaikum



Malam pertama bulan Rejab jangan biar terlepas. Jumaat malam Sabtu.- malam ini❤️
Baginda ingatkan kita ada 5 malam doa kita tidak ditolak oleh Allah.
malam pertama bulan Rejab. Usah terlalu meminta dunia, tapi minta yang nilainya mahal disisi Allah, minta yang kekal selamanya, yang abadi.


Bukan yang sementara.
Bismillah,
📝 Minta mudahkan sakaratul maut.
📝 Minta dijemput Allah dalam keadaan Iman.
📝 Minta peluang pulang dalam keadaan Husnol Khotimah.
📝 Minta ketika dimandikan, kita dimandikan dengan kasih sayang Allah.
📝 Minta Ketika di alam kubur kita mendapat Rahmat.
📝 Minta dimudahkan untuk menjawab pertanyaan malaikat Munkar & Nakir.
📝 Minta kita terhindar dari siksa kubur. 
📝 Minta dikurniakan kubur kita menjadi kebun daripada kebun Syurga Allah.
📝 Minta Allah perkenankan kita menerima buku amal catatan dengan tangan kanan
📝 Minta kepada Allah s.w.t Ketika melintasi sirat kita mendapat kemuliaan tidak terjatuh ke dalam Neraka.
📝 Minta kita dikurniakan peluang nanti berdampingan dengan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Credit to Pn Zarini