Tuesday, February 6, 2024

:::Anak ayam warna-warni:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Anak ayam warna-warni💛💚💜

Bakul anak ayam legend..gerammmm je comeyy

Legend ni
Zaman kecik-kecik dulu harga RM1.50-RM2.00 je
Selalu ada dijual di pasar tani
Kalau pergi memang suruh mak beli

sekarang zaman dah berubah
    Anak-anak pula pekena cikpuaneqin
Sabtu lepas pergi pasar Nat
ada orang jual anak ayam warna-warni
anakku memang dah tak boleh nak jalan pergi tempat lain
duduk je depan anak ayam
Tanya harga RM5 seekor..
mak aiii...mahal jugak yer

Selamat menjadi ternakan baru.. 

Tumpang sarang burung lovebird..nanti dah besar baru kita pindah masuk sarang lain

Lovebird ni mula bela dulu 3 ekor je bawa balik dari KL sekarang dah berpuluh ekor..

Sebabkan kat rumah tu ada 3 orang
mama ni ambil la semua pilihan warna
Ambil 8 ekor RM40
Merah, Biru,Hijau, Pink,Purple,
Meriah betul
Anakku ni depa tak tau bila ayam tu besar akan jadi macam ayam biasa je
Takde la lagi bulu warna-warni tu
Tapi takpa kita beli supaya menjadi memori pada anak-anak
Balik dari beli ayam diorang main lah 5minit
lepas tu memang ayah diorang jelah kena ambil alih tugas
bagi makan, sediakan tempat nak bela, hahaha

Coretan yang akan menjadi kenangan...
Tunggu 2-3 bulan nanti kita tengok progress ank ayam tu yer...
Moga cepat-cepat gemuk yer.

Love as always

:::New book for Anis::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

New book for Kakak Anis Nuraisha

Letters to God

Bila Anis start baca memang dia takkan tengok benda lain da

Actually, Anis da lama minta buku baru
Katanya novel Time to Heal (Iman Puclication) dah lama habis
Mama ni tak sempat nak ke kedai buku
Semalam sempat singgah kedai Buku First Touch
Beli new book for her

Cita dia anis ni suka novel english
komik pun dia layan in english
mungkin salah satu sebab dia terrer english!!Kott

Any suggestion tak kawan-kawan nak beli buku selain ke kedai buku??
sebab nya jenis eqin nak beli buku kat anak kita sendiri baca sinopsis dulu
Klu best kita onnzz terus!!



Monday, February 5, 2024

:::Majlis Apresiasi Murid:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Majlis Apresiasi Murid 2023/2024

Tahniah!!!
Anis Nuraisha Binti Mohamad Bakri
💜💛💚

I LOVE YOU KAKAK ANIS

Sejujurnya mama sendiri tak percaya kakak dapat naik pentas hari ini
Bukan tak yakin dengan kemampuan anak
Tapi setiap masa mama kena ingatkan kakak study,study dan study

Harini kakak buktikan pada mama dan ayah kemampuan kakak
Terpilih penerima anugerah
Matapelajaran Terbaik Tahun 5 bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris
&
Reka Bentuk & Teknologi
Kakak Anis with her classmate

Senyum lebar yerr 

Anak sulung yang tersangatlah manja dengan ayah
Makanya kita post sini kenangan bersama ayah

Untuk subjek lain-lain..pelan2 yer
Keep it up girl!!
Kakak Anis dah mula start tuisyen untuk sesi 2024/2025
Moga usaha ini dapat bantu kakak lebih cemerlang

Tertarik dengan ucapan alu-aluan dari
Tuan Sheikh Mohd Sayuti, Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Pdg Terap
 yang merasmikan MAM tadi. Beliau memperingati para hadirin dengan 
Firman Allah : Demi Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepadamu.

Kata ustaz, ingat keputusan yang kita dapat harini bukan untuk kita bangga dengan apa yang kita usaha.Jangan berhenti apa yang kita buat malah mesti menjadi pembakar semangat.
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita dapat harini.
Ingat kakak.Dunia harini tak mudah untuk kita harungi

Insyallah mama akan sentiasa memimpin tangan kakak dan kita sama-sama genggam cita-cita kita
Cita-cita yang membawa ke kampung halaman yang kekal iaitu Syurga Allah

Semoga Allah membuka pintu hati anak-anak kita
Dan Semoga Allah memberi kejayaan didunia dan Akhirat
Amin

:::Cendol Pulut:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Terbaca kat group whatsapp officemate>>

TERKINI MET: Amaran cuaca panas Tahap 1 di Negeri Kedah : 
Berjaga-jaga (35°-37°) selama 3 hari sehingga 07/02/2024.

Ya Allah panas sungguh cuaca kat luar ni
Bahang panas tu terasa sangat
Dah hampir 2bulan rasanya Kedah ni tak hujan
Tanya adik kat KL ada jugak hujan 2/3hari lepas

Sebabkan panas terasa tekak ni nak makan yang sejuk-sejuk dan manis-manis
Kita try pekena cendol pulut femes depan Masjid Pulau Kijang

Order Cendol Pulut Kacang Merah 

 keteow goreng + telur mata gedik

Kena yang ni alhamdulillah kenyang
Cerah biji mata nak buat kerja haha

sekian cerita petang Isnin 












Thursday, February 1, 2024

:::Itik Ternakanku (Batch ke-2):::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

ITIK TELUR KUEK KUEKK💛



Sejak berhijrah balik kampung ni
Cikpuaneqin dan anak-anak dapat buat hobi yang tak boleh nak buat 
masa kami menetap di Kuala Lumpur
Hidup di Kampung kami lebih bebas untuk buat apa yan kami suka

Inciksuami ni minat pada binatang
Kat rumah ni dia bela :
Burung (pelbagai jenis)- berpuluh ekor
Kucing - pernah ada berbelas ekor
Iguana - seekor
Kera lukuseekor
Angsa- 4 ekor mati seekor
Itik - hampir 30 ekor 2 batch
Ikan (pelbagai jenis ikan) - 2 akuarium besar

Sampai satu tahap kawan-kawan cakap rumah kami ni dah macam zoo...
Enida kutip telur itik..suka kemain dia dapat 5 biji

 
Ni batch ke-2..cepat nya besar baru je bulan 12 hari tu RM3.80 seekor
Beli 20 ekor
Mati seekor

 
Tabur dedak sebelum bagi nasi pada itik-itik


Rutin setiap hari cikpuaneqin masak nasi itik
Stock beras hancur dan dedak sentiasa ada kat rumah
Kalau xsempat masak nasi beras hancur kat itik tu dorang kena makan dedak la
Tapi jarang lah nak lupa masak nasi untuk dorang
Harga beras hancur RM 2.20/kg
Beli 10kg tu hampir 2minggu kadang tak sempai 2minggu

Untuk itik batch pertama
da boleh makan hasil
Ada lah telur setiap hari yang anak-anak boleh kutip
Rasa dah beratus biji kami kutip
tak pernah jual
jiran-jiran terdekat dah merasa
Kawan-kawan kat opis pun dapat merasa
Time rajin kita buat telur masin siap2 bagi kat depa
time kurang rajin kita bagi je telur mentah 

Ni sebahagian telur yang enida kutip
Baju sekolah pun tak sempat tukar lagi.
Rezeki harini
Boleh la buat masak lemak telur itik kuah pekat2
Yummehhhh

:::Pemenang Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Alhamdulillah
 Alhamdulillah 
Alhamdulillah

Blog cikpuaneqin terpilih sebagai


Join suka-suka memeriahkan lagi segmen giveaway by cie.
Tak sangka naik nama bertuah harini..


Thanks Cie semoga dimurahkan rezeki selalu yer..
Done isi form Tuntutan Hadiah by Cie..



:::February Awesome:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hello February!!
February 2024 istimewa tau



Tahun ni ada 29 hari bagi bulan Feb
Makna kata sapa yang lahir pada 29 Feb 2024 nanti
lagi 4 tahun la baby tu akan sambut ulangtahun kelahiran
Sapa yang kawin 29 Feb 2024 
lagi 4 tahun la pasangan tu akan sambut ulangtahun perkahwinan

Just sharing have a nice day!!