Thursday, February 8, 2024

:::Israk Mikraj:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao 💗💗

Salam Israk Mikraj


*Selamat Memperingati Peristiwa Israq Mikraj 2024/1445 H*

_Semoga kita sentiasa dijauhkan dari segala keburukan dan diberkati dengan kebaikan_

_Isra Mikraj mengajarkan kita tentang pentingnya menjaga keikhlasan dalam beribadah. Semoga kita selalu berada dijalan yang diredhai Allah SWT_

Ameen...

Wednesday, February 7, 2024

:::Anak kampung:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Anak Kampung💜💛💚

Anak ku sekarang dah boleh kawan dengan itik..
Da jadi Best friend forever (BFF) kot
Itik Nila/Itik serati ni bela dari kecik lagi
Manja sangat
Kecik-kecik dulu memang jalan sekaki je dengan anak-anak

da macam adik beradik itik ngan anak-anakku ni

enida tengah marah itik sebab cubit dia

kakak siap dukung itik tu manja betol
diam je si nila tu

Tengah sembang
Anak-anakku rajin la melayan

Sikecik tu pun dah berani pegang
Itik nila ni cubit manja 
Tak sakit sangat cuma geli
Tapi kalau dia rasa terancam memang terasa jugak la dia gigit
Yang selalu kena cubit enida la
sebab dia selalu acah-acah nak kejar itik tu

Makan pun bersuap
Letak nasi kat tapak tangan
laju je itik ni sudu
spesis manja ni


:::Wordless Wednesday #19:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Panas-panas ni
Pekena cendol dulu
Terima kasih Kaknat belanja cendol jagung


Moga dimurahkan rezeki selalu..


Tuesday, February 6, 2024

:::Boolat penat main bola:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa



Ada yang rindu #budakboolat tak??
Lama dah rasanya tak post entry boolat ni
Semalam boolat main bola
2X sepak bola dah penat
dah tak mau jalan
merengek-rengek minta dukung
hahaha

Weight:13kg
Age : 1year 2month

:::Musim Sotong Telur:::

 ASSALAMUALAIKUM
DA JIA HOA



Musim sotong telur dah tiba ke ni??
Rata-rata kat Pekan Nat
peniaga jual sotong telur
Tanya harga
RM20-25/KG
Geram tau tengok sotong segar
gemuk-gemuk sotong telur tu
ambil lah sekilo
habuan nak masak 
tak boleh beli banyak sebab haiwan lain pun banyak dalam fridge kat rumah
masak dulu yang mana ada habiskan stock dulu

Sotong ni nak masak apa yer...
sambal sotong?
sotong goreng kunyit?
ketupat sotong?
sotong tepung?

ahh semua sedap kan
janji ada bahan je nak masak
nyum2..

:::Sayonara 5 Al-Farabi:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa


Sempena hari terakhir kelas KAFA anak-anak tahun 5 Al-Farabi Sesi 2023/2024
Balik sekolah kebangsaan baru Kakak Anis cakap
ada jamuan akhir tahun
ramai kawan-kawan lupa
kakak nak bawak spaghetti boleh tak mama
alamakk
kakak, mama ni wanita berkerjaya
tak sempat la nak masak kalau minta adhock camni
makanya ke kedai kek lah kita
ambil Blackforest cake RM25
Settle masalah

Sayonara 5F
Terima kasih ustazah mendidik dan mengajar anak-anak kami.
Jasamu dikenang.

:::Mee Rebus Isa@Caa:::

 Assalamaualaikum
Da Jia Hoa

Mee Rebus Caa


Kalini terjumpa mee rebus sedap
cukup lengkap rasa dan bahan tu
Jarang nak jumpa mee rebus sedap ni

Dalam mee tu ada
 telur rebus + kuih cucur udang + sambal paru +keropok rangup
order ABJ (Air batu Jagung pula)
Alhamdulillah rezeki 
Kenyang sampai petang