Thursday, March 7, 2024

:::Retail Media Agent Kedah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Bilamana cikpuaneqin beraksi maka terjadilah sebuah berita.



07.03.2024 Kuala Nerang - Pihak stesen hari ini telah mengadakan Sesi Perjumpaan & Suai Kenal Bersama CCO Kuala Nerang yang baru iaitu Pn Noor Faizah Binti Abdul Rahman menggantikan Pn Hindun Binti Saad yang telah bersara. Turut diadakan adalah Perbincangan ringkas berkaitan aktiviti stesen serta pemakluman  penyelesaian Enquiry dan Complaint bagi Stesen Kuala Nerang yang melibatkan Unit DN, AD, Metering, BSO & SSD. Turut diadakan majlis bacaan doa selamat, penyerahan cenderahati  serta diakhiri dengan jamuan ringan bagi menyambut Bulan Ramadan AL Mubarak yang akan tiba  tidak lama lagi. Pn. Faizah telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi hadir serta mengharapkan agar kerjasama serta kolaborasi terbaik antara semua unit bersama Retail Kuala Nerang dapat diteruskan ke masa-masa akan datang.

Sekian, Terima kasih 

Wednesday, March 6, 2024

:::Jambu Air:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Cerita jambu air💛💚💜
semalam pergi rumah kak sheema
jiran sekampung
masuk halaman rumah beliau
mata tertumpu kat pokok jambu air



MasyaAllah
berbuah lebat buah jambu air ni
yang luruh pun banyak
inciksuami kata sebab air tak cukup
buah jadi luruh
yang luruh banyak sangat
di pokok still banyak buah

try petik manis sungguh
Kak sheema cakap dulu buah jambu air ni besar-besar 
macam buah yang dijual kat RNR tu
manis sangat
Kalau dah merah semua
cicah garam gula kicapp
kecurrr

Adududiii
sedapnya
nasib la tak ngidam kann

Jambu ni antara fav buah cikpuaneqin tau.
Suka dooh.!!

Tuesday, March 5, 2024

:::Sebab apa lelaki?::::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa


Ternampak post ni kawan share dalam group Yakyakyeay (Tanpa bos)
Tinggi ku 158cm
dah kenapa jadi lelaki pulak..hahaha macam2
normal apa tinggi 158cm tu
cuma berat je yang tak normal
rasa jauh lagi nak dapat berat normal tu kakaka

awak tinggi berapa??

:::Tunaikan hajat anak:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Spaghetti ni favourite anak-anak
dah lama Kakak Anis berhajat minta mama masak
alang-alang dekat surau ada buat majlis nak sambut bulan Ramadhan
kita masaklah sekadar mampu
masak spaghetti lebih sikit untuk potluck kat surau
bagi merasa apa yang anak-anak kita suka
ingat kan tak laku
Alhamdulillah
yang tu habis dulu

Ni sayuran apa yang ada kat rumah jer...spaghetti tekak melayu letak bawang haha

Udang celup tepung dan sotong celup tepung
tabur atas spaghetti tu

Tak pedas pun kita buat
creamy yummy-yummy 

Geng mak-mak dari pagi lagi masak untuk makan malam
menu kat surau malam ni

Gulai ikan talang tumis darat
Ayam masak kicap
Ikan goreng
Acar timun
Ulam dan sambal belacan
Air kopi o panas dan sirap ais



Ramai orang datang surau 
meriah sangat kampung ni
belum bulan Ramadhan 
dah rasa aura tu
Malam-malam penuh orang pergi surau
solat terawikh

Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan nti
Dugaan puasa kali ni betul-betul musim panas..
Cuaca kat Kedah ni boleh mencapai 37-40c

Monday, March 4, 2024

:::Ku pinangmu dengan Bismillah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-Ku pinang Rantai Tangan Sauh Gantung Love dengan Bismillah-
Alhamdulillah 
Dengan kurniaan rezeki dariNya
Nak juga simpan disini
sebagai kenangan akan datang

Dah selesai semua keperluan anak-anak
ada sedikit lebihan rezeki
cikpuaneqin reward seutas rantai tangan untuk diri sendiri
bukan untuk bangga diri dan nak menunjuk
kita ni tak mudah nak dapatkan sesuatu
bukan orang yang senang
simpan dan target apa yang kita nak

Act, dah lama teringin rantai tangan sauh love gantung ni
selama ni tengok je orang pakai
tapi tu la belum mampu dan belum rezeki untuk memiliki
Alhamdulillah harini ku pinang apa yang dihajati

Dah ada ni takde la cewi nak pakai terus
sebab dengan kerja hakiki yang selalu keluar operasi ni 
tak sesuai la nak pakai love gantung-gantung
kerja lasak kan, dah pakai rantai tangan tu jadi ayu plak nanti
kita simpan dulu, nanti pakai la bila sesuai pada tempatnya.

Alhamdulillah 
pakai yang halus-halus je
sweet
💜
sekian coretan 4.3.24

Sunday, March 3, 2024

:::Santai ayah-anak:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

3.3.2024
Modal tak banyak pun nak bagi anak-anak happy
Ayah free , mama kerja
makanya ayah n the geng plan pergi bakar ayam di tepi sungai 
sementara mama kerja, adik Aisy kat taska
Ayah bawa kakak Anis dan Kakak Aenida pergi mandi sungai


Sebenarnya bila plan bapak-bapak ni lagi mudah
takde la susahkan mak-mak
nak kena buat persiapan
plan bapak-bapak yang nak main bakar2 kat sungai
sorang dah beli ayam perap semalaman
sorang bawa air dan pinggan mangkuk
part ayah pula bawa nasi dan lauk sikit

Awal pagi, ayah minta mama masak nasi lebih untuk dorang makan kat sungai
ada la mama bekalkan tomyam ayam untuk topup lauk dorang makan kat sungai
nenek bekalkan super ring untuk enida
Lepas zohor tadi pergi la dorang ke sungai,
mandi manda
makan-makan
lega jugak mama tak yah nak ambil cuti
ayah la layan kerenah anak-anak
ayah banyak free time 
kerja sendiri
mama ni kerja office hour 8am-5pm
mengadap laptop je kerja
esok operasi pulak

terima kasih ayah layan anak-anak sebelum buka sekolah..
Love as always




:::Happy belated birthday- Along:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

1 Mac - Ulangtahun kelahiran Muhammad Shiddiqin Naim
Happy belated birthday along.

Along ni da kawin tau
Anak 3 semua perempuan
Saffiya, Marissa, Naira
semua kecik-kecik lagi
Along baru je datang Kedah ziarah adik dia
masa cuti sekolah ni la baru diorang nak jalan
sebab isteri along tu cikgu sekolah di Taman Maluri

Along, angah takde nak wish apa
Cuma berharap along sentisa sihat
tercapai segala cita-cita
dilimpahkan rezeki yang berkah 
dan tidak lupa moga menjadi bapa dan abang yang bertanggungjawab buat keluarga.

Sayang along selalu.