Thursday, March 7, 2024

:::Retail Media Agent Kedah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Bilamana cikpuaneqin beraksi maka terjadilah sebuah berita.



07.03.2024 Kuala Nerang - Pihak stesen hari ini telah mengadakan Sesi Perjumpaan & Suai Kenal Bersama CCO Kuala Nerang yang baru iaitu Pn Noor Faizah Binti Abdul Rahman menggantikan Pn Hindun Binti Saad yang telah bersara. Turut diadakan adalah Perbincangan ringkas berkaitan aktiviti stesen serta pemakluman  penyelesaian Enquiry dan Complaint bagi Stesen Kuala Nerang yang melibatkan Unit DN, AD, Metering, BSO & SSD. Turut diadakan majlis bacaan doa selamat, penyerahan cenderahati  serta diakhiri dengan jamuan ringan bagi menyambut Bulan Ramadan AL Mubarak yang akan tiba  tidak lama lagi. Pn. Faizah telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi hadir serta mengharapkan agar kerjasama serta kolaborasi terbaik antara semua unit bersama Retail Kuala Nerang dapat diteruskan ke masa-masa akan datang.

Sekian, Terima kasih 

9 comments:

  1. macam baca surat khabar rsnye... :D

    ReplyDelete
  2. wah...macam text untuk buletin company ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer SA, Salah satu tugas eqin kena post buletin apa2 aktiviti station hihi

      Delete
  3. Oalaaah pantas macam baca berita, ternyata memang kakak buat utk berita buletin di sana yaa 👍👍

    ReplyDelete