Tuesday, March 19, 2024

::: Iftar Ramadan ke-7 1445H::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ramadan ke-7
Baru harini pecah rekod
Tak masak
Balik kerja ambil si Aisy dari taska
sampai rumah
inciksuami cakap harini tak payah masak
kita makan nasi arab mandy
wahh hati rasa berbunga-bunga
bukan malas masak  tapi takde idea nak masak apa
selalunya kalau kita tanya dia nak makan apa
soalan tu berbalik semula pada kita
nak makan apa ehh


Da settle inciksuami solat asar
ke kedai Nasi Arab As-sofwah
order set nasi arab mandy ayam dan nasi arab mandy kambing
total yang bekas besar RM 47 yang bekas kecil ayam separuh RM17
Total sekali caj SST RM62.

alang-alang dah keluar
singgah beli tembikai dan pati air tembikai
beli jugak manggo susu
balik dah hampir jam 7 mlm

buat preparation untuk iftar
Alhamdulillah rezeki nasi arab harini.


:::Popia Carbonara Penangan KA:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Pengaruh Khairulaming ni memang kuat kann
cikpuaneqin pun dah terjebak 
semalam terlelap sekejap atas sofa
kakak Anis kejut mama bangunlah tido kat bilik
Inti popia tu kakak letak dalam peti ais eh
alamak mama lupa nak balut popia tadi
lepas magrib buat inti popia carbonara 
ingat nak duduk ke kat sofa sekali terlelap
da jaga tu memang takleh tido da
mata cerah
terus kita ambik popia balut 


Kakak Anis dan Enida pun sibuk nak balut
balut la nak janji cepat siap
bahan popia tu semua ayah beli
Main bahan inti tu :
Daging kisar
Sos carbonara
Capsicum
Bawang holand
serbuk lada hitam

setel 40 biji popia.
dah siap balut tu terus goreng
Kakak dapat habiskan 4biji popia
sahur tadi pun kakak anis makan popia
tak makan nasi pun
suka sungguh popia KA
puas hati sebab kita buat anak-anak makan
rasa berbaloi

sekian coretan mak2 di bulan Ramadan hee

Saturday, March 16, 2024

::: Iftar bersama in law:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hoa

4 Ramadhan 1445H | Jumaat
Berpeluang iftar bersama in law
mak mertua, adik ipar, biras dan anak saudara

Sebelum ni pun memang tunggu wiken baru nak balik Changlun,Kedah
Kalau hari kerja walaupun dapat balik4.30 rasa terkejar-kejar
Semalam bagitahu inciksuami petang ni jom la kita buka puasa rumah mak
Incik suami jawab on terus bagitahu adik ipar suruh masak nasi lebih
Lepas kakak Anis dan enida habis tuisyen 5.30 baru boleh gerak balik kampung
Kiranya cikpuaneqin kena masak siap2 kat rumah

Dalam perjalanan ke rumah in law, 
Snap gambar sunset
Ni je yang paling tak gegar sebab inciksuami bawa laju


Ini pulak budak naik kete jer terus nak tido mata layu dah tak larat nak buka dah

Cikpuaneqin buat menu simple je semalam
Sup Tulang Rempah timbang dari Kelantan
Ikan Bawal goreng
Gulai Ikan haruan

Adik ipar pula masak
Ayam masak merah
Ikan tamban goreng
Nasi putih
Tembikai
Air jagung, Air tebu, Air soya

Da siap iftar inciksuami nak pergi surau solat terawih
Cikpuaneqin pula ABC jaga anak-anak kat rumah jela
Kita ada bawa sehelai tusung kaler soft pink bagi hadiah kat mak mentua 
boleh la buat tudung raya
tiba-tiba mak cakap takkan tudung jer
baju raya takde ke, alamak malu nya
Nanti eqin beli yer mak. datang sekali lagi kita bawa mak cari baju raya

selesai cerita 4 Ramadhan

Jangan lupa doa: 

Ya Allah, Kami memohon dari-Mu keredhaan Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu dari kemurkaan Mu dan api neraka.
Aminn


Wednesday, March 13, 2024

:::Pack Kurma & Soya:::

Assalamualaikum

Da Jia Hao

Ini cerita sehari sebelum Ramadan

Alhamdulillah, sebelum masuk Bulan Ramadhan
Dikurniakan sedikit lebihan rezeki untuk dikongsi
Kita tak punya banyak Wang tapi kita punya kudrat 
Semalam half-day,
Lepas hantar Aenida sekolah kafa
Ajak kakak pergi K ceria
Beli barang sikit nak sambut puasa
Stock emergency
Sardin, telur etc

Tiba-tiba datang idea nak goreng Mee bagi pada jemaah surau 
Cerita kat kawan opis
Diberi kita RM350 untuk tumpang buat kenduri 
Alhamdulillah 
Makanya terus beli bahan buat Mee goreng
Tak banyak pun dalam 7bungkus mee je
Beli lah sedikit sayuran,Udang,Isi ayam
Sebab ada lebihan duit lagi, datang idea nak bagi pack kurma dan air kotak soya
Minta kakak ambil dan masukkan dalam troli

Selesai membeli belah, balik lah Kita
Prepare bahan nak goreng Mee sementara Si Aisy tak balik dari taska 
Selesai semuanya jam 6.30petang

Beli kurma packing

Bantuan kakak untuk tolak troli

Perencah sambal udang untuk goreng mee

Mee kuning

sayuran yang nak masuk dalam mee

siap mee goreng by cikpuaneqin

Budak kecik ni  tolong tukang sibuk

Packing kurma dan soya

Alhamdulillah
Packing siap2 Minta Inciksuami Bawa ke surau
Lepas isyak,Ada buat tahlil sikit 
Packing cukup-cukup untuk jemaah surau

Semoga semuanya sihat dalam membuat amal kebaikan pada bulan Ramadan 
aminnn


:::Iftar Ramadan Pertama:::

 Alhamdulillah
Da Jia Hoa

1 Ramadan- Kedah Cuti
Iftar meriah sikit sebab ayah pun ada kat rumah
Masak pun tanya dulu setiap kepala yang ada dalam rumah tu
Kakak Anis dan Enida nak makan tomyam
Ayah nak makan sambal Udang
Inciksuami pulak nak makan ikan bakar dan terung bakar
kita kawankan dengan sambal belacan
Potong mangga dan tembikai 
Air pulak blend buah tembikai
dan kopi o untuk ayah

Buah baru beli di pekan nat.
Mangga dan Tembikai
Lauk kampung je

Pilihan incik suami 
Terung bakar, ikan bakar, sambal belacan


Alhamdulillah
Syukur Iftar pertama

Iftar kedua ni- plan nak buat chicken chop untuk kakak Anis
Da tengok resepi by Khairul Aming
Harap menjadi



Monday, March 11, 2024

:::Marhaban Ya Ramadhan:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hao

Marhaban Ya Ramadhan 
Allahuakhbar
Allahuakhbar
Allahuakhbar
Tiba jua akhirnya...
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua

"Wahai orang-orang yang beriman!, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu BERTAQWA."
(Al-Baqarah, 2: 183)

Dengan berpuasa, kita mengawal hati dari melakukan yang tidak baik dan membawa hati untuk melakukan kebaikan. Dengan berpuasa, kita menjaga emosi dari mengeluarkan emosi-emosi yang tidak baik. Dengan berpuasa, kita mengawal nafsu kita dari perkara-perkara berlebihan.



Ramadhan ladang pahala buat kita
Berlumba-lumba membuat kebaikan
Moga menjadi asbab Kita ke syurga

Sunday, March 10, 2024

:::1st Day School session 24/25:::

 Assalamualaikum
Da JIa Hoa

10.3.2024
Tibalah masa hari yang ditunggu-tunggu
Harini 1st school 
Kakak Anis tahun 6- 6 Al- Farabi
Kakak Aenida tahun 3 - 3 Al-Farabi
Masing-masing semangat


Cerita kelam kabut tu tetap ada yer
Walaupun dari minggu lepas mama dah ingatkan yang minggu depan dah sekolah
Pagi ni dah siap semua 
Mama tanya aenida nape tak pakai tudung yang mama dah gosok
Ae : Nda taknak pakai tudung sarung, nda nak pakai tudung bawal
Mama : ok, kakak cari apa?
Anis: Mama, tie kakak mana, haritu last sekolah kakak simpan kat sini..
Mama : Ohmaiiigodd tiber rasa nak pengsan.

Hari last sekolah tu bila anak oii..
sebulan yang lepas
Persiapan memang dah siapkan awal
tapi cerita kelam kabut tu tetap ada

Alhamdulillah 
Harini juga mama sempat siapkan bekal anak-anak
Spaghetti goreng
Kat kantin mesti ramai dan meriah murid nak beli makanan
Bekal bawa
Air bawa
Duit belanja tetap minta RM2 
Aenida cakap untuk beli gam kat koperasi
Tajuk membeli kat koperasi tu pun tetap ada kan
tu habit yang tak boleh tinggal
seronok gamaknya shopping
Syurga anak-anak sekolah rendahSIB

Apa-apa pun,
Enjoy je 1st week of school ni
Moga semangat harini tidak pernah luntur
Terima kasih anak-anak beri mama peluang untuk merasai pengalaman ini semua

Ya Bariq
Kuserahkan segala urusan anak-anakku kepadaMu
Aminnnn Ya  Mujib